disebalik Malaysia vs Singapura


Hi readers,

game over. Malaysia gagal ke peringkat seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil. apapun, mari kita lihat apa yang ada disebalik perlawanan Malaysia vs Singapura. yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. 


*bola sepak kembali menyatukan rakyat Malaysia. begitu hebat sokongan jutaan rakyat yang tidak berbelah bahagi. lebih 90 ribu penyokong membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. teruskan sokong harimau malaya. kita masih ada peluang untuk Olimpik 2012 London.

*persembahan terbaik dari Khairul Fahmi Che Mat. tak payah ulas panjang, semua orang pun nampak kehebatan beliau. memang semangat harimau paling sejati bila urusan peribadi tak jejaskan prestasi.

*harimaumalaya pamer aksi yang jauh lebih baik dari 1st leg di Singapura 23 Julai lalu. tapi sayang, setiap kali ada momentum, setiap itu juga ada player Singapura yang nazak macam nak mati. kalau dah nazak sangat pegi matilah. buat apa masuk padang. 

*walaupun tewas, jutaan tahniah untuk skuad harimau malaya. mereka sudah berjuang. tahniah untuk the whole team, terutama Safee Sali, Kunalan, Amar Rohidan, dan Amirul Hadi. dan semua penyokong tidak kira dimana jua anda semua menonton perlawanan malam tadi.



pengajaran yang dapat diambil dari match semalam.


*kalau rasa tulang lembik, jatuh sikit terbaring 5 minit, jangan main bola sepak, bagus kau pergi main guli je kat laman rumah. sure sampai jadi atuk pun terpelihara tulang. bebas osteoperosis.

*kalau ada migrain atau barah otak, jangan jadi penjaga gol. bungkus je kepala kau, then pergi cari doktor untuk dapatkan rawatan laser.

*gadis-gadis sekalian, tak payah jadi pelakon depan kamera. pasti rugi. sebab jadi gadis paramedik atas padang mungkin income lebih lumayan. tak susah. tugasnya lari-lari anak bawak ais je. sesiapa pun boleh buat.




p/s: aku rasa rules bola sepak kena tukar lah. masa kecederaan perlu setimpal dengan masa player pura-pura cedera. kalau total lakonan kecederaan boleh sampai 30 minit. tapi masa kecederaan cuma 5 minit. mana keadilan bai. mana?


Comments

miss nina said…
thumbs up utk entri ni
yang tersirat di sebalik yang tersurat malam tadi
una berry said…
eeee..geram betul tgk match malam tadi
penuh kepura-puraan!
huh
Shahada Fauzi said…
part masa kecederaan tu sokong sangat!
Queen said…
setuju..safee sampai bengang dgn keeper yg duk terbareng migrain.. puas die cuit2 suruh bgun teruskn game...

yg no.13 tu pulak....siap tolak pemain singapore yang nak tukar player tu....yela..duk terhegeh2 lenggang kangkung...


w/bgimanapun malaysia mmg mempamerkan aksi yang bagus semlaam.... cuma kurang power sikit je
James Alexander said…
marah sgt nampaknya... so kalau bab masa kecederaan tu kena runding la ngan Sepp Blatter...
Unknown said…
hahaha.. lawak la.. :D
.dida mumin♥ said…
yang penting players negara tetap punya maruah, bukan mcm pemain singapore yang tidak malu hilang maruah dengan pelbagai aksi lakonan...murahan!

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S