ada indah pada setiap yang Allah aturkan.


salam 10 akhir Syaaban kepada semua readers. ~Im counting the days before Ramadhan~. 


sebenarnya entry ini nak cerita pasal behind the story of pemilihan roomate. Naaah. ingat apa. nak pilih calon  roomate pun ada special story jugak. apatah lagi bab nak pilih calon suami. akan tetapi, soal jodoh ni, Allah yang tentukan. aku tak gusar, aku tak bimbang. Allah knows best!

haa, jangan buat spekulasi, jangan berteka-teki. 'kami' KingKong and his Queen baik-baik saja. =)

23tahun 8bulan. masih muda. masih cantik. masih laku. :p

anda percayakan takdir? percayakan aturan Allah?..

percayalah bahwa pada setiap yang berlaku itu, ada hikmahnya. setiap aturan Allah itu, ada keindahannya. pada setiap kelukaan, Allah tunjukkan yang mana kaca yang mana permata. pada setiap kebencian, Allah tunjukkan yang mana kawan, yang mana lawan. dan pada setiap episod hijrah hidup, Allah sentiasa pertemukan dengan pendamping yang lebih baik. Alhamdulillah.

berbalik kepada cerita sesi pemilihan roomate akhir Jun lalu. sebenarnya ada 3 orang calon. dua calon pertama, mereka datang dulu tengok rumah. dan kemudian, salah seorang dari mereka bersetuju. akan tetapi, at that time. I was like... macam belum berpuas hati, dan macam mengharapkan ada calon roomate yang lain yang akan view our house. tak puas hati bersebab.

calon yang bersetuju tersebut, budaknya nampak baik. tudung agak labuh. tapi mengejutkan bila mana aku mintak dia tengok hall, kitchen, and my room tapi dia boleh pulak sengaja bukak pintu bilik my other housemate. gulp! you have no right to view others room babe. aku pun takkan jejak bilik my other housemate macam mana pulak this gurl berani berbuat demikian.

yes, dalam rumah ni. walaupun kami semua adalah rakan serumah, walaupun hubungan kami semua baik. tapi masing-masing tahu bahwa hak individu lain MESTI dihormati. kau tak boleh tetiba nak makan cekedis dalam bilik orang lain sambil intai orang tu tengah berTweet pasal apa. ianya bukan larangan. tetapi ianya adalah pandai-pandai kepala otak kau nak behave. 

dan, mungkin memang calon kedua itu tidak ditakdirkan tinggal di rumah ini, sebab magiknya aku boleh pulak bersetuju dengan calon ketiga, which is my current roomate. walhal, semasa bersetuju. aku tak pernah kenal pun this gurl. dan dia pun tak view pun our house. sebab masa tu dia ada di Perak. dia call sekali then aku boleh terus setuju. MAGIC!

memang berdebar nak tunggu kehadiran this roomate. sebab dia bukan datang untuk view rumah, tetapi datang dengan mandat sebagai roomate. yang tak mungkin aku boleh berdolak dalih kalau aku 'tak berkenan' dengan beliau. aku kena terima beliau bagaimana dia seadanya. this is really rare decision. kau bawak masuk stranger dalam hidup. macam-macam boleh jadi. mungkin dia kerek, mungkin dia pengotor, mungkin dia....macam-macam.

but, Alhamdulillah, Allah aturkan semuanya dengan begitu cantik sekali. syukur. 

setakat 3 minggu 'hidup bersama'. belum muncul sebarang masalah. zero problem. roomate tidak ada sebarang perangai  yang boleh termunculnya rasa menyampah di hati aku malah housemates lain. malahan beliau juga mempunyai tahap toleransi yang tinggi for every single thing. (hari ni nampak I buang sampah, esoknya terus dia pulak buang sampah...)

sentiasa cool, tak pernah nampak dia hangin dengan apa-apa pun. tak ada lah macam tetiba nak hempas-hempas pintu ke apa. mungkin kalau dia stress ke apa, dia tetap cool. sebab dia respect others. Haih langsung hodoh kalau bila stress je terus nak masam muka hempas barang tunjuk emo dekat orang lain yang tak bersalah. ingat cantik ke perangai camtu?

ingat tak pasal entry khas aku buat pasal welcome teman baru which is my roomate? sebenarnya masa buat entry tu memang I have no idea macam manalah agaknya bakal roomate aku. but now memang aku rasa she deserves a very welcome wish from me.

other things, memang banyak sangat nak cerita lenguh dah jari menaip ni. siapa yang follow my twitter tahu kot every single thing pasal my roomate ni sebab aku banyak tweet pasal dia kat sana. yelah. kang tweet pasal cintan-cintun ada pulak yang menyampah. so just entry ni nak state kan my point kat tajuk entry. Alhamdulillah atas segala aturan Allah. sekarang ni tak sabar-sabar nak masuk bulan Ramadhan. pasti lebih manis InsyaAllah.


p/s: roomate cakap petang ni dia nak masak since yesterday im the one yang bersilat di dapur. see. cool tak beliau?



Comments

hanafijaafar said…
selama ni aku keliru baca entri kau sebab kau guna perkataan roommate. rupenya tak duduk satu bilik pun..
m said…
hee. anyway salam ramadhan =)
beautiful_rose said…
tak sangka ada org y macam tu.sama2 kena hormat hak orang lainlah.mana boleh buat sesuka hati biarpun mungkin dia kata tak kisah.tp dlm hati siapa tahu kan.....
IMANSHAH said…
owh org pempuan sensitip kalau tgk bilik orang ek..hurm
Unknown said…
sush nak cr roomate yg sekepale sbnrnye, hehe dy sgt cool :p
Adziim said…
cool r roomate ko..sedap tak dia masak?

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S