cerita misi menyelamat pelajar Mesir. pengalaman my sister.
well. well. well.
Aku baru bangun tidur dari tidur tengah hari. 1.30pm-3.30pm. Oh! yesterday was tiring. malam tadi sangat tak cukup tidur. lelapkan mata jam 3 pagi dan kemudian bangun jam 6.30pagi. really-really berjaga-jaga dari peristiwa ketinggalan train. bukan aku yang balik kampung, tapi my elder sister. yang sampai KL semalam, penerbangan pesawat terakhir MAS dari Jeddah.
kami sampai KL Central tepat jam 8.30pagi. dan sempat bersarapan nasik lemak di La Cucur yang harga segelas Milo Ais gelas kecil adalah 3.80sen. pukul 9.20pagi seat release. my sis turun eskalator dan aku dengan selaju mungkin melangkah pulang. bukan melangkah pulang sampai ke rumah, tapi menapak ke tempat bas. terlalu laju sebab tak tahan mengantuk. letih badan. dalam bas pun tersengguk-sengguk malah sebenarnya tertidur nyenyak. sumpah tak tahan.
cerita semalam. bangun pagi sekitar jam 7pagi. mandi dan bersiap-siap ke KL Central. naik bas ke KLIA. bas dia sangat selesa. 18ringgit tiket pergi dan balik. sejam perjalanan, kurang dari 10 minit aku melihat pemandangan dari luar tingkap. selebihnya lebih kurang 50 minit, aku melihat pemandangan di alam mimpi. sebabkan terlalu selesa. maka tidur. sebaik saja terjaga. ok. dah sampai. phew..!
ini dah keempat kali aku landing kat KLIA. eceh. nak guna perkataan landing macam penerbangan la pulak. :p, sebelum ini dua kali melepak dekat departure. dan termasuk ini dua kali juga melepak di arrival. dan bila agaknya untuk tidak sekadar melepak tetapi terbang sekali bersama juruterbang. yeah. dengan 4 kali melepak di KLIA, InsyaAllah tidak akan mengalami kesesatan. sudah boleh hafal ia, macam hafal kedudukan kedai di sebuah mall.
semalam, sungguh ramai orang di KLIA. mungkin banyaknya adalah ahli keluarga pelajar-pelajar Mesir yang bakal sampai. sebab aku datang sendiri. sungguh boring menunggu. lalu mencuri-curi dengar perbualan orang lain. malah ada perbualan yang datang dari mulut student Mesir yang selamat sampai 3 hari sebelumnya. tapi datang untuk jemput cousin dia. paling aku ingat point dia kata bahwa memang tak ada pun student Malaysia di Mesir yang kena rogol. sungguh itu cumalah khabar angin yang terbang tanpa arah.
lagi satu, ruang arrival turut dipenuhi dengan wartawan-wartawan dan jurukamera yang mungkin bertugas membuat liputan. dan persatuan-persatuan pelajar yang siap membawa banner. dan apa lagi ya?. eh, ada menteri-menteri juga. tapi sebaik saja jumpa my sister. kami terus pulang. bye.bye KLIA. next time jumpa lagi. Alhamdulillah, kakak aku sihat, masih kurus seperti dahulu. dan itu bukan kerana effect rusuhan di Mesir, tetapi dia memang kurang makan makanan berkhasiat. Bhahaha!
kami bersembang panjang dalam bas. soalan pertama aku pada dia adalah tentang bagaimana pengalaman terbang dari Alexandria ke Jeddah dengan menaiki Charlie TUDM. makan masa 3jam bukan saja tanpa aircond, malah duduk rapat-rapat dalam 300 pelajar macam dalam tin sardin. my sis kata memang pengalaman tak boleh lupa. but I told her, cuma mereka saja yang berpeluang naik Charlie. rasanya mustahil aku boleh ada pengalaman sama. anda juga kalau anda tiada dalam situasi darurat seperti itu. bukankah?
kakak aku berada 3 hari di Alexandria, dan 7 hari di Jeddah. katanya, penempatan di Alex sungguh sukar, tetapi penempatan mereka di Jeddah sangat selesa, tak berebut untuk mandi, malah makan juga disediakan malah boleh merasa kenyang setiap hari, sekalipun sebenarnya mereka berada dalam ala-ala pelarian. tapi masih boleh lena tidur. syukur kepada Allah dan terima kasih atas semua pihak yang memudahkan urusan semua pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang kini telah selamat kembali. sebenarnya semua urusan membawa pulang ribuan mereka bukan mudah.
semalam petang. bawak my sister pergi jumpa adik kami yang belajar nursing di PPUM. sebab adik aku yang nurse ni mungkin lambat lagi nak cuti sebab baru hari tu cuti dua minggu. maghrib sampai pukul 10 malam berada di asrama jururawat. pukul 10.30 malam my auntie yang duduk Sg.Besi pulak nak jumpa. semalam adalah hari bercerita panjang sesama keluarga. my aunt cerita yang sanak saudara semua tanyakan beliau apa jadi dengan my elder sis.. sampai nenek pun turut risau asyik tanya-tanya tak henti-henti.
untuk pengetahuan, my elder sis ni duduk kat Mansoura. sebuah negeri yang agak jauh dari Kaherah dan di sana suasana adalah terkawal dan tidak bahaya. sebenarnya penunjuk perasaan yang mengadakan rusuhan adalah tidak merbahaya kepada para pelajar, yang jadi bahaya adalah apabila warga Mesir yang mungkin penjenayah mengambil kesempatan atas keadaan. mungkin merompak, pecah masuk rumah dan sebagainya. yelah, bila keadaan huru-hara, polis pun tak berjaya kawal keadaan. dan jenayah senang berlaku.
sebab itulah keamanan itu paling penting dalam sebuah negara/komuniti. keadaan huru-hara, pergaduhan, persengketaan malah sebarang pertumpahan darah harus dielakkan kerana ia bakal mengundang perkara buruk yang lebih besar berlaku. kini Mesir di bawah pemerintahan ketenteraan. dan belum tahu bilakah Mesir akan kembali aman seperti sediakala. so belum tahu apakah nasib pelajar-pelajar Malaysia yang masih ada pengajian di Mesir.
p/s: tahukah anda, dalam perlembagaan Malaysia, sekiranya negara kita mengalami nasib sama seperti Mesir, pemerintahan negara juga akan jatuh ke tangan TENTERA. sehinggalah keadaan aman semula.
Comments
cuma yang pelik, hosni mubarak dah letak mesir jadi negara darurat selama 20 tahun. gilos.
dan sekarang nih kita harap agar jangan jadi kat malaysia.
btw, kalau korang rajin. cari cari lah video kat youtube. mmg polis sana punca keadaan jadi ganas. n polis yang lepaskan banduan ituh.