beras menjadi bubur
sejujurnya, ini kali pertama aku masak bubur secara sendirian. biasanya kalau makan bubur nasi. dah tentunya adalah dari air tangan emak. atau dari Mekdi. kes semalam. langsung tak menjamah apa-apa kecuali semangkuk mee maggi tomyam. tidak lah lapar, tetapi tidak bertenaga. kat dalam kepala cuma nak makan bubur ayam. mulanya ingat nak call delivery je. tapi delivery mekdi pesan bubur?. malu je dengan abang delivery tu nanti. mesti akan gelak kat aku. setakat bubur baik masak sendiri. Heh. ok. jam 2 pagi. mengeluarkan ayam dari peti sejuk. sesi memasak bermula setengah jam kemudian. dalam pada dah mamai, tersukat beras dengan banyak. macam nak masak nasik. padahal nak masak bubur. sukat 1 cawan beras. Aaaa. apabila beras itu sudah bergenang sebati bersama air rebusan ayam. tiba-tiba aku terkesima. ni awatla beras secupak sudah menjadi segantang. apakan daya, sudah tersalah sukat dari awal. nasik ini menjadi bubur dengan susah payah aku. sebab asyik kena tambah air. bila tambah air, k...