review Samsung Galaxy Tab 10.1:- berbaloi atau tidak?

Hi readers.

seperti yang dijanjikan semalam. penulis nak buat sedikit review pasal Samsung Galaxy Tab 10.1.. tapi ini review bukan dari penggemar gajet atau iklan berbayar. aku buat review ni selepas beberapa hari try guna Samsung Galaxy Tab 10.1. so aku akan cerita sikit cool dan tak cool nya gajet ni. and siapa yang berbaloi milikinya. 

boleh tengok link ni untuk tengok iklan Samsung Galaxy Tab 10.1. iklan memang cool ah sebab Samsung kan berniaga. Hehehe. http://www.youtube.com/watch?v=x1X_q1DM8s8




soalan-soalan tentang Galaxy Tab 10.1:-


1) Tab ni boleh buat call ke?... ada fungsi handphone ke?

- tak boleh. dia tak ada fungsi phone macam Galaxy Tab pertama dulu. Tab kedua ni memang untuk internet surfing sahaja. yelah. kegunaan lain tu macam biasalah, boleh main games, boleh snap picture, boleh rakam video. boleh simpan beratus lagu, movie and so on. 

2) dengan Tab ni boleh layari internet bila-bila dimana-mana ke?

-dah tentu Tab ni tidak datang dengan internet free. boleh online free kalau anda berada di kawasan free wifi. tapi kalau tak ada free wifi, connect lah dengan internet berbayar seperti broadband. broadband apa-apapun boleh. just masukkan simcard data plan (internet) dalam Tab ni. and boleh lah online sampai lebam.

3) ok ke berblog/main facebook guna Tab ni?

-kalau you all suka menaip. suka berkicau di twitter, atau jenis update blog 10-15kali sehari. Tab ni tak sesuai untuk anda. sebab Tab ni bab menaip just macam handphone touchscreen yang lain. tapi saiz dia besar, so a bit difficult la. macam leceh. kalau i-phone or samsung galaxy S. memang touch jugak tapi ianya kecik and boleh letak elok kat tangan and taip laju-laju. so Tab ni macam ipad 2 jugak la. agak leceh. tapi praktis makes perfect kot. tapi aku bet kalau korang ada Tab n laptop. mesti akan update blog guna laptop gak. melainkan kalau jenis update blog 2-3 baris je satu entry. Tab ni memang sesuai ah untuk korang.

4) ok ke blogwalking guna Tab ni?

hah. siap ada soalan pasal blogwalking kemain. ok. bila guna Tab ni. aku rasa Tab ni sangat sesuai untuk yang gemar membaca blog or bacaan apapun dari internet. kalau gemar peruntukkan masa membaca. Tab ni memang best. boleh leka membaca macam baca sebijik novel. baca dimana-mana. and membaca sambil swipe-swipe guna jari tu yang nampak cool tu. nak besarkan nak kecikkan skrin. ikut keperluan mata. Muahaha!

semalam banyak gak blog yang aku baca melalui Tab ni. tapi aku tak leave komen. sebab macam aku cakap. so leceh nak menaip. (bertatih lagi) maka terus malas nak leave komen. baca je. best ah membaca untuk siapa yang suka membaca. err, tapi kalau korang jenis datang blog orang cari shoutbox je. Tab ni memang tak sesuai untuk korang. LOL

5) games Tab ni best ke?.. sound best? kamera?

actually. aku bukan gamers. aku tak main games langsung. tapi Tab ni memang cool ah kalau buat main games. sound dia pun memuaskan hati. but for parents, takyah ah beli Tab ni semata-mata nak entertain anak untuk main games. membazir Oh.. kamera dia 3.0 Megapixel. not bad lah.

6) bateri Tab ni tahan ke?...

ok. macam mana korang guna Tab ni akan mempengaruhi jam ketahanan bateri. kalau guna internet/ games/ video memang makan bateri. tapi.. untuk 7-8 jam tu no hal la. tapi sebenarnya dia save bateri gak. sebab kalau korang tinggalkan dia untuk beberapa minit (tak sentuh skrin). dia akan hibernasi mode. 

7) aksesori apa yang ada?

well. selain 'book cover' case (RM219) sebenarnya ada gak aksesori keyboard untuk Galaxy Tab ni. keyboard dia harga RM299. (semua aksesori tidak datang percuma dengan Tab) tapi keyboard dia tak ada bateri. dan bila kau letak Tab ni atas keyboard. ianya tak boleh dicaj. sebab plug in charger Tab ni kat bahagian nak dirikan dia atas keyboard. so bab keyboard dia tak boleh mengalahkan laptop/netbook. muahaha. nama pun Tablet. kalau asyik ngan keyboard je baik takyah beli tablet. ada aksesori lain macam USB adapter (RM109). so bolehlah plug in pendrive bila perlu. ada gak aksesori lain tapi aku rasa tak penting pun. muehehe.

8) harga Tab ni berapa.. berapa?

original price RM1899.00 sahaja. tapi kalau pakej dengan Celcom boleh dapat dengan harga RM1728. I mean, pakej dengan internet broadband bulanan RM68 sahaja. maklumat lanjut bolehlah rujuk link ini http://www.celcom.com.my/smartphones/tablets.php#tablet3.


again. aku bukan promote (bukan iklan berbayar tak ada komisyen dari Celcom pun). , ini cuma penceritaan daripada apa yang aku dah try guna. ini bukan review detail blog gajet yang biasa. sebab kalau nak tau detail pasal Tab ni dah banyak pun orang buat review. korang boleh Google sendiri.

kesimpulannya, Galaxy Tab ni sesuai ah untuk yang nak berlagak cool dekat public. macam dalam iklan kat You Tube tu. boleh bawak kemana-mana. ringan, nipis. tapi untuk student. Galaxy Tab tak boleh gantikan laptop pun okeyh. dia tak ada Microsoft Office. bukan boleh buat assignment jugak. tapi macam aku cakap tadi. Galaxy Tab ni sangat sesuai untuk ulat buku (gemar membaca secara senyap). atau yang suka tonton movie/drama senyap-senyap sorang-sorang. Hehehe.

sekian saja review gajet kali ini. babai!


Comments

bila ko review ni.. aku rasa cam teringin aje nak beli.. aku suka gak membaca.. dan suka jugak main game.. mesti lagi cool main game di mane aja aku berada.. haha..

ko patut dapat upah dari celcom..
Shahada Fauzi said…
aku bukan sejenis manusia yg gile gadget..so i juz read through ur review..takde rase pun nak try ngetest benda alah ni..;p
Anonymous said…
Bleh install office utk buat kerja ringan ringan. Boe install skype, viber etc utk video cal atau voice call internet.
MIZ AYIEN said…
mean boleh typing document or wat presentation la ea? mcm guna word 4 example...
Anonymous said…
:) betul tu untk pljar tk best pon...
aq menang dari KOLONY (celcom) tk ada yg menarik bagi aq samsung galaxy nie...
ada tsimpan lagi dlam kotak...
malas nk guna...
baik laptop dri tab nie....
Anonymous said…
Cam mana u dpt tab dr kolony? Bnyk x soalan yang u jawab?share sikit...pleaseee..
Anonymous said…
sim broadnabd utk tab 2 same ke dgn sim broadband yg biase 2? saiz die same ke?
maszull said…
assalamualaikum...bila dah baca ni rasanya x jadi kot nak beli tablet ni susah juga kan nak komen2 kat blog nanti...:)
Ibu Ammar said…
jawapan kpd anonymous yg tanya pasal saiz sim card. yes. saiz dia sama je. tak perlu kerat macam simcard iphone tu. hehe..
xieoanna said…
hr ni dapat tab neh secra percuma dr celcom..br try nak godek2..td masukkan sim broadband..tp xde efect papepun..still die suruh masukkan simkad...camne tuh ye?? actually macam mane sebenarnye nak gune..hee
Anonymous said…
I gune simcard bband ok je..lau xfungsi tu maybe simcard tu terbalik ..or try off n on blik..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S