kes pecah rumah pecah kereta jumaat lepas.


ini cerita yang berlaku jumaat lepas. salah seorang housemate aku, kereta dia (Myvi) pakai belum sampai setahun pun kena pecah. cermin belah driver habis. and penyamun ambik radio and meter kereta. memang sebenarnya kawasan Sentul ni agak 'panas' dengan kes samun kereta. bukan semestinya kalau tinggal kereta semalaman, kalau berhenti makan kat area Sentul ni pun ada peluang kereta kena pecah jugak. 

kesannya, housemate aku plan nak pindah rumah. then kalau sorang pindah maknanya lagi 2 orang housemates pun akan pindah jugak. sebab mereka bertiga kawan baik dari zaman kampus. sebenarnya ketiga-tiga mereka pernah kena pecah kereta dalam jangka masa 3 bulan duduk area Sentul ni. salah satu kesnya adalah kereta boyfriend salah seorang mereka kena pecah masa tinggal makan kat kedai. 

menurut housemate aku. kerja pecah kereta ni orang profesional yang buat. sebab elok je set radio n meter kereta dia samun. macam kerja orang expert lah senang kata. nasib baik Perodua kata boleh claim insurans. kalau tak dalam 3ribu lebih gak 'terbang'. tapi kawasan pangsapuri memang high risk pun. lagi-lagi yang tak ada security. rasanya kalau aku ada kereta aku pun tak berani nak stay sini. 

kes pecah rumah pulak, ofismate kepada my roomate yang kena, kat Segambut, jumaat lepas jugak. di siang hari masa lunch hour. roomate and ofismate dia saja nak balik tengah hari tu, tetiba tengok mangga kunci rumah dah tak ada. sekali tengok bilik tombol pintu dah kena pecah. bilik bersepah gila. laptop, handphone kamera digital semua hilang. spare key kereta and rumah pun lesap. terpaksa tukar semua kunci kereta. mampus la kalau kereta pulak lesap kan.

dua-dua kes pecah ni memang buat laporan polis, tapi bab nak tangkap tukang samunnya entah bilalah boleh tangkap kan?. yes, mungkin laporan tu untuk rekod jenayah satu-satu tempat, and next time kalau si penyamun tu masih bebas maka akan adalah pula mangsa seterusnya. penyamun pun bukan bodoh. expert kot. kat TV banyak tunjuk skill menyamun yang selamat. kan? 

so macam mana sebenarnya nak 'selamatkan diri' dari insiden yang macam ni. rumah tak selamat, kereta tak selamat, kedai mamak (seksyen 15 shah alam) pun tak selamat. yelah, kalau orang yang mampu, dah tentu akan menyewa tempat yang security bagus. apartment/teres yang security tip-top. yang mampu memang setel la masalah, maka yang kurang mampu?.. yang golongan tak ada pilihan melainkan menyewa kawasan perumahan yang murah. memang terdedah la dengan kemungkinan kes-kes pecah/samun bagai ni.

kesian kawan-kawan aku yang berkereta, tiap malam tidur tak lena sebab fikirkan takut kereta kena pecah. and entah kenapa aku teringatkan BERSIH 2.0, sebenarnya kalau nak. pihak polis boleh turun padang untuk kekang sebarang kemungkinan buruk yang bakal berlaku kan?. so then untuk kes-kes kat area 'panas' yang boleh berlaku jenayah dah tentu pihak berkuasa pun boleh sangat 'turun padang' untuk buat kerja. yelah daripada asyik buat sekatan jalanraya saman-menyaman sahaja (taulah dapat duit). tapi kenapa tak boleh buat rondaan berkala kat area yang pernah direport ada kes pecah rumah pecah kereta.

aku taktau kalau pendapat aku salah ke betul tentang apa yang pihak berkuasa boleh buat, mungkin ada yang akan kata pihak polis banyak kerja and so on. tapi just aku nak you all fikir-fikirkanlah. macam mana nak tingkatkan tahap keselamatan kat negara kita sendiri. bayangkan kedai mamak pun kena samun, laptop customer kena cekau. nasib baik tak ada yang mati kena pukul?.. kalau bab 'kuasa' kalau bab 'duit'. apa pun boleh dikuatkuasakan. tapi kalau bab kebajikan/keselamatan rakyat. yang mungkin tak ada untung material ni. macam susah sangat nak terbantu. 

p/s:- agak-agak suara kami rakyat jelata ni, didengar ke tidak eh?


Comments

Unknown said…
malaysia da xbrape selamat...haishhhh
Hime said…
scary..dan2 rasa nk balik korea
abghani said…
hati sakit tk terkira klu kena samun.Bikin susah org
Shahada Fauzi said…
agak bahaya jugak tmpt tgl ko eh..hmm..

kat kawasan perumahan aku, dulu ade kes pecah rumah,curi moto dan pecah kereta, ktorng repot polis, tetiap malam dr kul 12 dorang akan ronda dan pantau..kerjasama dgn rukun tetangga taman perumahan aku..


time rumah aku kena serang dgn jiran sebelah yg 'gila' nak bunuh kami sekeluarga dulu pun kami buat repot polis..polis dtg pantau tiap masa kwsn rumah aku..skang dah ok dah..


aku tak tau la pulak polis kat sana mcm mana kan..ade polis yg mmg bgs jlankan amanah kerja die..ade gak polis yg pemalas nk mampos..


ape2 pun yunk, aku nasihatkan ko hati2 selalu eh..
m said…
jumaat2 pun orang buat pasal. mcm kes samun dekat s.alam ramadhan lepas. ish. org nk berpasal ni xkira bulan baik ke hari baik ke sebab dorang memang tak baik.
Adziim said…
xde phak atasan nk dengar...well kena target kawin ngan org kaya2 le kot bru merasa duk tmpt2 slamat skiti..pasang bodyguard.
Kujie said…
kak jie pernah tulis satu entri ringkas ...kes kak jie kena ragut bila polis tu ckp " jangan lalu jangan tu...kalau nak keluar ajak orang teman"

pelik... kalau jalan di tempat sendiri tak selamat

dan tak kan nak ajak kawan sekampung temankan kalau sekadar hanya nak hantar anak ke sekolah?

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S