jangan terlalu terhegeh-hegeh.
hai pembaca blog..
hurm, pagi Isnin kembali. macam-macam yang berlaku minggu lepas. tapi yang macam-macam tu next time aku cerita. kali ni nak cerita sikit pasal my roomate punya cerita. Sabtu lepas keluar dengan roomate jalan-jalan kat Sunway Pyramid. hari tersebut ada rakaman Art Attack Disney yang dihoskan oleh Qi Qushairy (hos Jalan-jalan Cari Makan/pelakon utama Blogger Boy). ampun sumpah Qi sebenarnya sangat handsome berbanding dalam TV. muka dia macam mat saleh pun ada tak nampak macam malay sangat. yang penting suara dia best I loike!
*tak dinafikan aku memang minat Qi sejak dia belum famous pun. masa tu dia cuma keluar kat rancangan Destinasi Bajet. well, selalu aku ditakdirkan terjumpa secara dekat dengan orang yang aku minat tanpa dirancang. #KFCM, #FaridKamil, #AmirulHadi, and #Qi Qushairy as well. *nahh, lucky me?!
oklah. tutup kes Qi Qushairy now kita nak cerita pasal tajuk entry. yes, ini berkenaan my roomate. Sabtu lepas masa keluar dengan beliau. handphone dia ayik bunyi and banyak mesej masuk. yang peliknya dia sekalipun tak angkat pun call or reply mesej-mesej yang masuk tu so aku tanyalah dia kenapa. and siapa gerangan yang asyik call and text tu. then roomate pun tunjukkan mesej-mesej kat phone dia yang dihantar oleh seorang perempuan 'paranoid'.
kenapa aku katakan 'that gurl' paranoid?..
sebab perempuan tersebut tak kenal pun my roomate. tak pernah pun jumpa. tapi dia 'mengacau' sebab meroyan. ceritanya, dia adalah exmakwe kepada expakwe my roomate. *paham ke?..
roomate aku pernah couple dengan one guy, then break up, pastu that guy pun couple dengan this gurl yang paranoid ni.. now dorang (that guy and his paranoid gf) pun dah break up jugak.. and now that guy berkawan semula dengan my roomate. tapi perempuan paranoid tu cemburu dengki jeles ke apatah, asyik hantar mesej 'puaka' dekat roomate aku.
tak paham aku dengan sejenis perempuan yang biadap dan terhegeh-hegeh kacau life orang yang tak ada kaitan dengan dia sebab dia rasa dia konon nak fight demi cinta dia padahal kalau lelaki tu dah taknak dekat engkau, buat cara macam mana pun dia tetap tanak jugak. orang putih kata, "If you cant save the relationship, at least save ur pride". malulah sikit jangan terhegeh-hegeh secara melampau. buruk sangat ok.
siap ancam nak santau roomate guwa.. kan ke perempuan tersebut dasar GILA?
berbakul mesej yang my roomate terima, last nyer roomate aku balas dengan mesej berbunyi. "jangan buang masa, aku takkan gaduh dengan kau melainkan aku dapat duit dengan bergaduh ni"..
betul. roomate aku memang 'sefikiran' dengan aku. aku pun jenis yang akan bagi ayat serupa kalau aku yang kena. yes memang kadang-kadang dalam dunia ni ada spesis yang suka buang masa nak bermusuh dengan kita, nak bergaduh dengan kita, walaupun kita sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan hidup mati dia.
kalau kau nak kau punya jantan sekalipun, pergilah dekat jantan tersebut, merayu kat dia what so ever. kenapa mesti kau nak kacau somebody yang tak pernah berhutang dengan kau?..my roomate pun langsung tak pernah nak berebutkan lelaki tu, just diorang berkawan biasa. tak adalah nak musuh/gaduh ke apa. tapi perempuan paranoid tersebut tetap rasa diri tergugat lantas terhegeh-hegeh secara extreme. LOL.
come on gurls. kumbang bukan seekor. lelaki memang 'manis' saat bercinta bahagia. tapi yang 'manis' itu tidak selalunya kekal. kau bersedia lalui saat manis maka kau kena bersedia lalui saat pahit juga. kau ready untuk bercinta maka kau sepatutnya kena ready putus cinta juga. jangan setkan dalam kepala otak, boyfriend/tunang/suami kau milik kau forever maka kalau dia tinggalkan kau maka kau kena hancurkan dia dan pasangan baru dia.
dan duhai perempuan, janganlah terlalu skeptikal bahwa break up bermakna mesti bermusuhan. kalau hidup dengan membenci/berdendam, hati tak akan rasa tenang. pakailah jubah berkelubung berpurdah bagai tapi kalau hati asyik taruh tak puas hati, marahkan orang, dendamkan orang, doakan yang buruk berlaku pada orang. adakah kau rasa kau boleh bergembira senang hati?.. boleh?.. kalau perasaan marah/dendam boleh membahagiakan kau, maka kau teruskanlah berdendam.
orang selalunya bila ditegur akan cakap, *bukan kau yang kena, bolehlah kau cakap. #HahaHa. mana kau tau aku tak pernah kena?.. bezanya kalau aku kena, aku tak bertindak macam engkau lah.
aku cuma nak cakap, dalam hidup ni kita kena sentiasa bersiap sedia. bersedia untuk apa saja yang mendatang. yang baik kau ambik, yang buruk kau kena redha. orang suka engkau, orang benci engkau. orang sayang engkau, orang tinggalkan engkau. semua tu kau kena terima dengan lapang dada.
*then kalau flow hidup kau sentiasa best, selalu berlaku benda-benda yang kau suka/kau mahu saja maka mudahlah kau lupa akan zat yang Di Atas sana..
p/s:- orang dah tanak, cari lainlah. tak yah terhegeh sangat ok?
Comments
hishh..memang teruk betol la prangai..no wonder kena tgl..
TQ. heh lama tak nampak beb..
#Cik Sha
lupa nak tanya rumate cane dia dapat no, maybe kot dia stalk ke apatah.. org kurg kasih syg camtu la. muahaha
#abghani
hrhr, TQ