lelaki hensem kawen awal/kalau hensem mesti dah kawen?
hi readers, salam Ahad buat semua. semoga sihat dan bahagia selalu.
ok. ini adalah Sunday pertama penulis dalam bulan Julai yang tak berapa nak super. tapi always penulis mahu berasa happy. harap anda juga, dan jika tidak berasa happy, at least janganlah berasa sedih. semua masalah adalah cubaan dunia semata-mata. Allah menguji takkan berhenti.
selalu dalam episod hidup ini, Allah aturkan banyak perkara yang dilihat macam sebuah kebetulan. tapi itulah aturan yang Maha Kuasa. macam kebetulan tersusun seperti apa yang kita mahu. kalau tidak semua, mungkin sebahagian dari episod hidup. sepertilah kebetulan mengenali insan-insan berbudi pekerti/ insan yang boleh dibuat kawan. mungkin 'hadiah' dari Allah. sentiasa menggantikan 'kehilangan' dengan anugerah yang lebih baik. sentiasa menggantikan 'kebencian' dengan anugerah kasih sayang.
untuk itu, Terima Kasih Teman Lelaki Sejati. dan barangsiapa yang berasa bahwa diri dia penuh dengan prasangka negatif, berhasad dengki dan suka memburuk-burukkan orang lain maka sudah tentulah dia tidak sejati. pergilah cuci hati sendiri. percayalah bahwa kebusukan hati sudah tentu tidak akan membawa anda kemana-mana.
baiklah, cukup dulu. mari kita berbalik kepada tajuk entry ini......
lupakan seketika bahwa penulis ini berstatus 'imnotsingle'. sebab walaupun tidak single tidak bermakna kadangkala tidak menghadapi 'c.r.u.s.h'. tak apa kalau sesekali 'crush'. ulang sekali lagi. TAK APA. asalkan si dia tidak tahu. kerana kalau si dia tahu, sudah tentu si dia akan berkecil hati. :p
ceritanya, dalam 3 minggu yang lepas, my superior (AmAssurance) ajak pergi briefing sama-sama. sebabkan dia duduk dekat Kerinchi maka.. maka macam susahlah nak ambik aku yang tinggal di Sentul ni. so then dia pun mintak tolong kawan kerja dia, merangkap my senior jugak lah pick me up, sebab this guy pun duduk area Sentul jugak yelah briefing tu buat waktu malam kul 8. aku manalah nak ada transport memalam nak keluar.
1st nampak this guy yang pick me up ni.... berdetak jantung ai. dalam hati cakap. "apasal la hensem sangat mamat nih. apsal putih, apsal pakai spek mata, apsal smart, apsal macam boleh jadi jejaka idaman semalaya. hambek kau banyak sangat yang 'cantek' saja aku nampak kat beliau. tapi sungguh. muka pun nampak bercahaya je macam boleh masuk rancangan Imam Muda Astro!
finelah. sudahlah tu. then, dan habis saja briefing kat our office. my superior nak belanja makan kat Kampung Baru. dengan that mamat hensem tulah. kami bertigalah having dinner. pukul 11 baru nak dinner. then masa tengah makan-makan sembang-sembang pasal kerja, mamat handsome tu dukla balas-balas mesej dengan someone. aku pun bajet, mesti makwe dia. yelah orang market bagus camni mestilah ada makwe kan. ala.. baru makwe kot, best woman win rite?
guess what. sekali yang duk mesej tu BINI dia rupanya. mintak dia belikan kuih pau. mengidam katanya.
by then I was like.......... baru nak teka pakwe hensem camni mesti dah ada makwe kot, rupanya bukan setakat makwe, nak jadi bapak orang dah. pffttttt! kelaut lah semua best woman win phrase. dah jadi hak orang maka babai lah!
and then, semalam Sabtu aku kena pergi office meet my superior. ada nak discuss pasal kerja. time siang hari memang aku pergi sendiri lah. saja-saja aku bawak my sister. Sabtu tak apa, sikit je staf kat ofis. boleh je nak bawak bukan staf masuk. then rupanya that guy pun ada. siapa lagi kalau bukan the person yang bikin aku 'crush' tu. ceh, aku sekadar say hi-hi je. aku tau adik aku mesti akan cakap mamat ni handsome..tengok saja..
masa aku macam dapat peluang jauh sikit dengan my superior n mamat tu, aku pun tanya kat adik aku. handsome tak mamat tu, handsome tak? adik aku pun cakap. hensem gilerrrrr!. hah. kan dah kata... aku pun bagitau kat adik aku. "sayangnya dia dah kawen, isteri dia tengah pregnant. :p"
balik rumah, cuba tengok apa status my sis kat Facebook dia.... wakaka!
p/s: tapi orang cakap, lelaki nampak lebih attractive bila mereka dah berkawen.. betoi ka? hah. tercabar semua lelaki yang belum kawen. :p
Comments
jd kawenla ngan laki2 xensem
bia yg ensem x kawen2, haha
tp bila dh kawen ni sempurna sikit sifat lelaki..keh3
senang cite.. amek yg x encem...
"sebab dorang hensem la dorang dah kawen sebab dah kena cop awal2 oleh bini dorang..kalau tak nanti melepas..hensem la katakan..;p"
tapi kan sarah, rasanya lelaki yg dah kawen ni memang nmpk attractive kot..mostly..yg sbelum kawen org nak pndg pun taknak tapi bile dah kawen terus berseri2 nmpk kacak hensem bergaya sume gadis2 nak pandang jeling2..sbb tu ade kes anak dara dok tergila2kan laki orang..agaknye sebab tu la kan?
ahahaha
Juvana Episod 11