Dan Sesudah B.E.R.S.I.H


untuk entry sebelumnya, just nak test power. tapi memang hit. thanks kepada yang share link entry tersebut dalam blog masing-masing. yea, memang entry itu sekadar berkongsi gambar. dan kalau ada yang tanya pendapat aku tentangnya, Yes, BERSIH had my support. and I dun really care tentang sejarah hidup Ambiga. but I do care about my country. 

Bersih tidak Kotor, Kotor bila tak mahu Bersih. aku tak kisah berapa juta pun taksiran kerugian bila mana Kuala Lumpur 'ditutup' untuk satu hari. anda percaya tak bahwa kerugian Kuala Lumpur ditutup semalam mungkin hanya 5% jika dibandingkan dengan bajet yang kerajaan peruntukkan everytime berlangsungnya PRU. 

well, yang aku dengar duk melaungkan nak Malaysia aman, aman dan aman, just nak remind you all, kalau pun tiadanya perhimpuan sebegini, janganlah 'perasan selesa' anda berada di zon aman sejahtera, mengangguk-angguk everytime anda menonton berita di kaca TV, atau tersenyum membelanjakan rm1.50sen setiap hari untuk sehelai surat khabar. 

cukup aman ke negara kita bila mana setiap kali saksi kes besar-besar semestinya kebetulan mereka tak sengaja terjun tingkap lalu mati? mereka yang mati ini tidak terbela, jadi jangan perasan bahwa kita ini berada di zon aman. kalau setakat nak nampak aman sebab nak tarik pelancong/investor. maka selama-lamanya lah kebenaran tak akan terbela, yang ada cuma kepalsuan, dan cerita-cerita bohong demi menutup cela yang dah nyata dapat dilihat bagi mereka yang celik.

p/s: yang tak celik-celik lagi, pergilah tidur dan mimpilah yang indah-indah. 



Comments

MORIBAYU said…
yups,tutup mata saja terhadap ambiga.
Dia tak bersalah.
dia tak buat apa-apa pun.

Kita saja,yang kalut bergasak sesama kita.

Ambiga,tiada kene mengena.

nieh semua masalah kita...sesama bangsa.

ambiga...tidur lena malam tadi.

:)
James Alexander said…
mmg benar kata2 anda itu...
beautiful_rose said…
dari situ juga kita dapat lihat siapa bodoh siapa bijak.siapa tuan siapa hamba.








owh,ada yang masih tidak sedar2? tahniah...kerana mereka sedang menempah tiket untuk di pijak2 secara berjemaah.
PuanPepel said…
aku tekan like kt entri ni.eh ada ke button like.hee~
Adziim said…
Aku sokong agenda/tuntutan Bersih 2.0. Cuma biasalah bila ada perhimpunan begini ada pihak yang ambil kesempatan,musuh dalam selimut.
Anonymous said…
orang muda harus lebih rajin mengkaji dan berfikir dgn akal yg waras dan jgn tutup mata hati pada kekejaman dan kezaliman yg jelas terpancar..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..