selesai proses pindah rumah.


Alhamdulillah. selesai semuanya urusan pindah rumah. selamat tinggal Kg.Kerinchi. selamat berhidup di tempat baru Wangsa Maju. semuanya serba berbeza, suasana yang baru. sebab kali ini aku menyewa sebuah bilik untuk aku seorang. dan kali ini juga memilih untuk tinggal di rumah teres. rumah sudah sedia lengkap. ada internet, ada astro (semalam siap tengok konsert pertama AF9). rumah sudah ada peti sejuk, mesin basuh, meja makan, sofa, katil beserta tilam, kipas dan paling penting kitchen berkabinet.

kami serumah cuma 4 orang. and rumah ni ada 4 bilik. so satu bilik satu orang. aku duduk bilik bawah, and  tingkat bawah memang ada bilik air so boleh kira bilik air tu macam aku punya soranglah hehe. tak payah nak rebut-rebut dengan sesiapa. =) pengangkutan ke tempat kerja, bas dan lrt. area umah ni dekat je dengan tempat tunggu bas. mungkin kalau keluar rumah pukul 6.50 pagi still sempat sampai ofis before pukul 8pagi.

apa lagi nak cerita. ermm. kemudahan macam kedai makan and kedai runcit pun dekat sangat boleh jalan kaki. kedai makan dia ada yang bukak sampai pukul 2pagi. kalau nak pergi mall, Wangsa Walk paling dekat.  naik bas 80sen je. yelah. 80sen kalau guna kad rabbit bas Rapid KL. bertukarlah kepada kad rabbit. jimat 20%. ceh promote pulak tumpang lalu. 

oklah. setakat ini sahaja perkembangan peribadi penulis. jumpa lagi di lain waktu.


p/s: sayang, janganlah menyebarkan fitnah kerana dosanya lebih berat daripada membunuh. dan berhentilah bersangka buruk serta berbusuk hati sesama manusia. sesungguhnya hati yang berpenyakit itu tempat bersarangnya syaitan durjana.


Comments

Killer_Chan said…
aik pindah tempat lain ek? all the best sis. =)
Unknown said…
semoga selamat sentiasa di rumah baru
Bestnye rase hidup orang dah bekerja ni.

Jaga diri elok-elok Cik Alexandriana Alia. Hee. :)
Adziim said…
Cer letak gambar rumah. Boleh pergi melawat. :p
Seimura said…
wahh best la. boleh lah aku tumpang tdo umah ko nnt barang 3,4 hari bile aku g kl. weeee.
Seimura said…
lupa lak. wei upload la gambar rumah ko. bilik ko. nak tengok. kikiki.
yAtiE said…
bolehla aku p lepak umah ko satg hehe
♥sophie♥ said…
wah,, pindah umah :)
^_^
hirup angin baru :)
Unknown said…
wangsa maju adalah area permainan Pendekar Berkuda dulu... masih ramai lagi kawan-kawan yang tinggal di sana... hahah..
yg P/S tu.. betol2... :)
emaduel said…
kalau dekat wangsa maju,dekat lah umah kita :)
Kasih nur azie said…
saye tgh mencari rumah sewa area kl utk dua org dlm jangka waktu 3 bulan sahaja...... umah sebelah ade kosong x? :)

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S