Thursday, April 7, 2011

lelaki yang menyampah tapi I tak simpan dalam hati.


taktau kenapa nak ceritakan ini dalam blog. sebenarnya kisah yang tak ada apa sangat nak diambik port. tapi just nak cerita jelah. teruskan baca kalau nak tahu. 

golongan lelaki ni. adakala memang sungguh menyampah. oklah. taklah menyampah secara tersangat-sangat. tapi masih kategori menyampah untuk beberapa situasi. 

ermm. frankly speaking. aku sebenarnya tak suka lelaki yang over peramah (tapi tak kena cara). contoh macam suka berloyar buruk buat kelakar dengan harapan aku boleh gelak dengan loyar buruk dia,tapi dia akhirnya yang gelak sendiri. dan aku akan pamer muka bosan lalu dia tak puas hati dengan riak muka aku. kau nak buat lawak tu kau punya hal. kalau dah memang aku rasa kau tak kelakar. suka hati aku lah nak reaksi cam mana. kenapa kau pulak nak jengkel?. masalah mental 0.1%. ok. tak bahaya. tapi annoying.

situasi macam ni berlaku kat mana-mana. bukan semestinya dengan lelaki yang dikenali tapi termasuk jugak kes-kes dengan lelaki yang ntah sapa-sapa, mungkin cashier restaurant atau siapa sajalah yang nak tarik perhatian. yes. mereka ni usaha nak tarik perhatian sebab sedar diri bahwa perempuan tidak akan tertarik dengan mereka. Lol.

aku sebenarnya bukan kisah sangat. aku selalu cool je. dan walaupun kadang-kadang rasa perasaan aku tak best dengan lelaki-lelaki macam ini tapi aku still boleh senyum. gua bukan apa. malas nak ambik port sangat. cuma bila selalu terjadi. mual jugalahhhh!

ada satu situasi yang lebih kurang menepati point diatas, berlaku ditempat kerja:-


aku tengah bercakap dengan ketua aku. pasal tugas aku untuk hari itu. kau dahla tak bagi salam. datang-datang menyampuk. dan kemudian potong cakap aku dengan lawaknya sebab kau suruh aku tolong ambikkan kau kerusi.

"Sara you boleh setelkan untuk dua hari tak kerja ni..."

"Ala kak dua hari je ke. cepatnya. tapi takpelah InsyaAllah boleh.."

"sebab orang atas bising takut lambat setel..."

"Ok.ok. InsyaAllah.."

gua kalau bercakap ngan orang, gua pandang tepat muka beliau. tu namanya gua respect. kau yang entah sapa-sapa. datang dari planet mana, tetiba berbunyi.. "eh, yang InsyaAllah.InsyaAllah tu tolong pas kan kerusi...."

padahal tangan lu punya panjang dengan ketinggian lu yang 180cm tu. kerusi jarak semeter pun suruh gua pas kan kat lu. ini bukan masalah gua tanak pas kan kerusi tu. cara lu suruh gua tu. dahla gua tengah bercakap dengan orang lain lu potong. lu lebih suka nak kacau perbualan penting orang lain untuk mintak tolong benda bodoh macam tu. bai. dulu lu sekolah ada belajar Adab ke tak?.. 

gua tak panas... gua senyum je balas.

"eh. you tak boleh ambik sendiri ke kerusi ni bukan jauh pun..."

"Ek eleh budak ni tanak pahala plak... orang nak bagi dia pahala tanak..."


gua silent je malas bahas ngan orang macam lu. gua terus blah. lepas tu kawan lu datang, lu pun terus sindir gua.


" Ni tengok ni ada budak tanak pahala...."

" Mana-mana...?


then kau gelak gembira padahal tak kelakar.! cakap pasal nak bagi pahala. padahal kau tu berat bontot.!


hey guys. dengan perempuan ni. kau tak payah mulut manis sangat sebab perempuan tau semua tu bullshit. tapi walaupun kau lelaki kononnya kasar. tak ada perasaan ke apa. perempuan cuma mintak kau para lelaki show respect sikit. jangan layan perempuan macam kau layan member lelaki. takkan itu pun aku nak sekolahkan?!!!


nak kata bebal kang marah. BoDoH!


6 comments:

Adziim said...

berat2..pesen gurau bodoh camtu..itu yang perempuan hilang respek.

beautiful_rose said...

nak aku tolong sepak terajangkan org ini?

Hanafi WangZi said...

hehe

una berry said...

that was seriously annoying
bajet cam best
huh

Sharinginfoz said...

Macam2 jenis org ada..

Bro Framestone said...

bro xkan wat cam tue kat gurl

mahupun kat sara


Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House