Friday, April 1, 2011

Bila Nuffnang bagi B.E.

Hi all. semua sihat?. dah gaji?. dah makan?.. dah kenyang?.. ok. say Alhamdulillahh.

lama dah rasanya tak berbelog pasal blog. dah lama tak ada entry pancing bloggers berlari masuk sini secara beramai-ramai berpusu-pusu berebut-rebut nak susu. Eh?!

okay guys. nak cerita sikitlah. kepada mereka yang baru mengikuti blog ini. anda sebenarnya sedang melayari blog peribadi penulis muda yang berceloteh tentang pengalaman hidup diri sendiri, nak percaya ke tak, nak menyampah ke tak. tiada paksaan, read this blog at your own risk. yang baik ambik, yang buruk jangan ikut. ok?

and, untuk yang tidak tahu, blog ini sudah berusia 2tahun sebulan. masih baru masih bertatih. tapi penulis pasang iklan Nuffnang selepas 10 bulan berblogging. bukan hari ni buat blog terus hari ni pasang Nuffnang. Alhamdulillah, lepas pasang Nuffnang 3-4 bulan, dah mula merasai B.E. ceh nostalgia bila mengenang 1st time dapat B.E. eksaited betul I time tu. refer entry INI

kalau ditanya pasal income berblog. adalah dalam 2-3ratus setahun. bukanlah datang dari income visitors datang main klik-klik. sebab income per click hanya paling tinggi pun RM1 seminggu. sumpah tak tipu. tapi blog ini masih boleh berhidup nyaman disebabkan adanya Buffered Earning yang comel-comel. selalunya dari DiGi dan Nokia. 




sebahagian B.E Nuffnang yang dah cash out dah pun.


B.E ni kategori comel lah sebab Nuffnang and company yang bagi B.E ni sekejap-sekejap je bagi iklan melekat. jadi bila dia metered takde la banyak sangat. tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit ye tak?. income B.E paling tinggi RM34.14sen. di zaman blog ni meriah dengan kerajinan penulis mengupdate entry. makin lama makin slow. berblog dah ikut mood. kalau mood terbang maka entry pun lemas. terperap dalam draft.

dalam draft, berhutang entry review filem, World Invasion Battle LA and The Ward. untuk pengetahuan, penulis blog ni memang kaki wayang. gila wayang. gila filem secara gila. sebab tu rajin buat review filem. kalau sesiapa nak ajak keluar, umpan tengok wayang selalu berkesan. tak caya. ce try. ce try.

ini sekarang ada dua B.E running. dari DiGi and Nokia. thank you atas kepercayaan. walaupun visitors blog dah menjunam sikit sebab jarang update entry or blogwalking. tapi macam apa yang selalu blogger-blogger lain bagi tips, once bila kita dapat B.E, kita haruslah berusaha mengupdate blog paling malas pun satu entry perday. itu kita panggil kerjasama antara blogger dan syarikat pengiklanan. ok?

esok. InsyaAllah akan publish iklan bisnes perfume berjenama. tunggu ya. =)

p/s: terima kasih Nuffnang. terima kasih my readers. sayang you all. mmuah.mmuah!


5 comments:

Magrib said...

best nya.. lama da tak merasa BE...

PenaDigital said...

syok baca blog ni, susah nak buat entry yang celotehnya macam bertih goreng...

thanks sebab buka laman komen ni luas-luas, seban saya memang suka mengomen..

PenaDigital said...

maaf saya, salah eja tu... baca "sebab" ye bukan "seban"...

Aii... dulu sekolah atap je.. tak pandai menaip

♥sophie♥ said...

bestnye merasa BE,, sy baru jew berblogging =) hehe

si cebbie cholet said...

Sara...


salam...nih CC ah..cik cumey...ohhh.....lamer nyer tak blog walking..sara sihat??heheh