Saturday, April 9, 2011

review filem:- World Invasion. Battle Los Angeles.


ini cerita bulan lepas. cerita dah expired. taktau ada tayang kat panggung lagi ke tak. maaf semua lambat buat review. siapa belum tengok boleh download lah kat mana-mana. kalau internet anda slow boleh bertukar kepada Unifi.


klik sini untuk tahu tentang UNiFi

ok. pasal tengok wayang kali itu adalah sebab dapat tiket free dari rakan blogger bom321 melalui syarikat pengiklanan Mangga Ads. sebelum ni aku dah pernah tengok wayang dengan Mr.Bom, kami dapat tiket free dari Kong atas nama web GengBlogger. dulu kami dengan Kong kamceng tauuuuuu.! :p

movie screening di TGV KLCC. tiket free orang offer kita grab jelah. mr.Bom offer dua tiket, so aku pergi tengok dengan housemate sorang. cerita ni. cerita berkisarkan ala peperangan. kemusnahan Los Angeles.






review filem World of Invasion. Battle Los Angeles.

cerita yang sangat patriotik. tentang pasukan army Los Angeles yang berjuang selamatkan tanah air dari musuh-musuh yang bukan berasal dari bumi. tapi rupa musuh-musuh ni tak macam alien. it was like... macam obor-obor dia punya desigh tapi berunsurkan besi. Aaaaa. lebih kurang macam tulah rupa musuh-musuh ni. walaupun rupa hodoh. tapi diorang ni kuat. tembak sekali tak mati. tembak dua kali pun hidup lagi. nak kena bom kan dorang semua baru mampus.!

malahan,. musuh-musuh ini sebenarnya macam sejenis robot yang sudah disetkan. dia taktau army tu semua duk tang mana. dia tak ada mata pun. otak apatah lagi. tapi diorang ada sistem yang boleh detect pancaran radio. so army tu semua kena matikan alat komunikasi diorang supaya kedudukan mereka tak dapat dikesan oleh robot bodoh tersebut. sebab tu ada scene seorang army ni pergi kumpul semua alat radio komunikasi diorang n kumpul satu tempat and then bom kawasan tu bila robot-robot beserta kapal diorang menghampiri tempat tu.

cerita ni sebenarnya memberi gambaran kepada kita. in case la kalau dunia ini diserang oleh golongan yang bukan dari planet bumi. tapi mungkin kalau ikutkan benda ni macam tak logik kan tapi just ambik cerita ni dari sudut perjuangan dalam peperangan lah. army yang isteri dia sedang sarat mengandung. and then dia tetap kena berjuang lepas tu sanggup mati demi rakan sepasukan yang lebih besar. tapi sempat tulis note yang dia sayang gila kat wife dia. nampak macam ada 'jiwa' di situ. sob.sob.

satu lagi nilai yang diterapkan adalah kepercayaan sesama anggota pasukan. kepercayaan kepada ketua bila mana situasi adalah sangat gawat, sebab kalau kita hilang percaya, pasukan boleh berpecah-belah and matlamat tak akan tercapai. jangan memberontak kepada pasukan sebab ianya akan memburukkan lagi keadaan. bersatu teguh, bercerai roboh. teamwork tu penting. bukan dalam army je. tapi dalam apa jua bidang kerja sekalipun ianya penting. taruh percaya dan jangan tuduh-menuduh.

oklah. dari 10, aku bagi 7 bintang.

5 comments:

Achmad Edi Goenawan said...

Harus kompak dan saling melindungi!

Fyqa said...

wahh. macam mnarik je. klo dpt kat adik ni mmg xnk lpas. hihi

mamai said...

wah dah lama tak tengok wayang

beautiful_rose said...

jalan ceritanya nampk menarik.nanti nak try tgk lah.

Jocko said...

Kawe xsempat nak temgok lagi,,,