selesai proses pindah rumah.
Alhamdulillah. selesai semuanya urusan pindah rumah. selamat tinggal Kg.Kerinchi. selamat berhidup di tempat baru Wangsa Maju. semuanya serba berbeza, suasana yang baru. sebab kali ini aku menyewa sebuah bilik untuk aku seorang. dan kali ini juga memilih untuk tinggal di rumah teres. rumah sudah sedia lengkap. ada internet, ada astro (semalam siap tengok konsert pertama AF9). rumah sudah ada peti sejuk, mesin basuh, meja makan, sofa, katil beserta tilam, kipas dan paling penting kitchen berkabinet.
kami serumah cuma 4 orang. and rumah ni ada 4 bilik. so satu bilik satu orang. aku duduk bilik bawah, and tingkat bawah memang ada bilik air so boleh kira bilik air tu macam aku punya soranglah hehe. tak payah nak rebut-rebut dengan sesiapa. =) pengangkutan ke tempat kerja, bas dan lrt. area umah ni dekat je dengan tempat tunggu bas. mungkin kalau keluar rumah pukul 6.50 pagi still sempat sampai ofis before pukul 8pagi.
apa lagi nak cerita. ermm. kemudahan macam kedai makan and kedai runcit pun dekat sangat boleh jalan kaki. kedai makan dia ada yang bukak sampai pukul 2pagi. kalau nak pergi mall, Wangsa Walk paling dekat. naik bas 80sen je. yelah. 80sen kalau guna kad rabbit bas Rapid KL. bertukarlah kepada kad rabbit. jimat 20%. ceh promote pulak tumpang lalu.
oklah. setakat ini sahaja perkembangan peribadi penulis. jumpa lagi di lain waktu.
p/s: sayang, janganlah menyebarkan fitnah kerana dosanya lebih berat daripada membunuh. dan berhentilah bersangka buruk serta berbusuk hati sesama manusia. sesungguhnya hati yang berpenyakit itu tempat bersarangnya syaitan durjana.
p/s: sayang, janganlah menyebarkan fitnah kerana dosanya lebih berat daripada membunuh. dan berhentilah bersangka buruk serta berbusuk hati sesama manusia. sesungguhnya hati yang berpenyakit itu tempat bersarangnya syaitan durjana.
Comments
Jaga diri elok-elok Cik Alexandriana Alia. Hee. :)
^_^