this is an entry..and review of 3 movies..
bila orang tanya. macam mana nak buat blog best?
- sonang ajo dik non. blog best ni tak ada kriteria sangat. paling penting adalah penghasilan entry. penghasilan sebuah penulisan. sama ada bergambar atau letak video atau sekadar huruf-huruf. tapi yang penting ianya adalah sebuah entry. macam yang anda sedang tengok dan baca sekarang ni. YA.. inilah entry. syarat entry. biarlah original dan benar belaka. :p
* tapi ini bukan entry tutorial blog. ini adalah sebuah entry biasa. teruskan baca kalau nak. =)
* semalam aku marathon tengok 3 movie. yes. semalam blog tak update sebab laptop mengalami proses transformasi menjadi transformers. so now sedang menaip guna keyboard lappy yang gila canggih. tetiba keyboard jadi canggih sebab lappy dah bertukar dari windows Vista ke Windows 7. macam tipu je keyboard manalah ada kaitan. errr, tapi feel dia rasa lain sungguh. lappy menjadi lebih ringan. errr, itu sebab dah buang segala 'sampah-sarap'. lalalalala.
* berbalik kepada cerita menonton wayang. jangan gelakkan aku sebab baru je semalam aku tengok cerita TRON in 3D. konon lah 3D macam excited nak tengok. for me cerita ni takde lah gempak sangat. just baju-baju bercahaya laser tu yang bikin menarik. plus kenderaan yang nampak rangka cahaya. actually as a woman aku tak suka sangat cerita yang tak ada logika ni. means cerita yang konon canggih gila. cerita tentang seorang manusia biasa tapi genius gila boleh masuk ke alam komputer then klon diri sendiri then his clone tu plak cipta sistem yang macam sebuah 'dunia' baru. bersama robot-robot baru yang dipanggil 'program'. end up clone dia tu lawan tauke pulak. mentang-mentang dia clone dia tak boleh tua. so dia buat kepala sendiri. then lastnyer kita bunuh la si clone ni maka musnahlah sebuah sistem besar yang maha canggih tu dengan sekelip mata. so Im sure budak-budak mesti suka tengok cerita macam ni. bapak budak mungkin suka gak. tapi aku yakin golongan mummy atau bakal mummy tak minat sangat flow cerita macam ni. macam nonsense. Bluekk!
-TRON:- 6/10 stars.
* filem kedua. The Tourist. lakonan Johnny Depp dan Angelina Jolie yang berbeza dari lakonan-lakonan mereka yang sebelumnya. cerita ni macam klasik. Angelina Jolie nampak sangat retro. dari segi solekan mahupun dress. bawak watak macam dia adalah seorang wanita yang gila vavi punya jelita. menawan. ayu. gojes. berkarisma dan so on sedangkan Jonnhy Depp punya watak macam lelaki yang gila blurr dan sometimes kelakar. macam bangang pun ada. filem ni best!.. I loike. ada unsur tertanya-tanya dan macam tertipu pun ada. cuma ada gak part macam tak logik sangat konon nak tunjuk teknologi diorang macam canggih gila boleh detect mesej kat sehelai kertas yang dah jadi abu. bayangla kertas dah jadi abu then boleh konon dia susun balik macam susun puzzle so leh baca mesej dalam kertas tu. Hoh! tapi ending dia okay aku sangat suka.! tapi perkataan yang keluar dari mulut aku bila tengok ending dia adalah:- "macam celaka je Johnny Depp nih sebab berlakon dalam berlakon. Ceh!
- THE TOURIST:- 7/10 stars.
* filem ketiga, Season of The Witch. cerita ni baru launch jugak la kat panggung. Fuiyo tajuk dia ahli sihir beb. padahal tak ada sihir pun. untuk seorang Muslim. cerita ni nak tengok je bolehla. jangan bodoh sangat percaya sudah. cerita macam berkisarkan zaman dulu-dulu. epik gak kot. teraju utama adalah watak dua orang panglima perang beragama Kristian yang quit dari berperang sebab tak sanggup bunuh perempuan dan anak kecil, then pergi suatu negeri, negeri tu sedang diserang wabak yang kononnya datang dari sumpah seorang wanita sihir. so misi besar dua bekas panglima ni adalah untuk bawak perempuan sihir ni ke suatu gereja dan di sana perempuan sihir ni akan diadili. you all tau tak zaman epik dulu-dulu sihir adalah jenayah besar dan kalau kantoi memang hukuman berat. masa on the way pergi church tu makan masa berhari bermalam gak, so every nite macam ada je suspen dan menakutkan. cuma bila tiba part ending. iaitu bila dah sampai kat church tu. penonton akan rasa. gila vavi punya bangang ending dia ni cilake betul! seyesly karut sangat-sangat! apa ke hal tetiba perempuan sihir rupanya adalah syaitanirrajim yang kononnya boleh terhapus dengan holy water dan mantera kitab kat gereja tu. hek eleh. buang masa. buang masa.
- SEASON OF THE WITCH:- 5/10 stars.
p/s: aku tak sarankan anda tengok filem-filem di atas kat panggung. tunggu DVD jelah. :p
Comments