skill memuji orang..


semalam sebelum tengok wayang. pekena Kepsi dulu. errr. sebenarnya aku sampai awal petang semalam. Mr78 lewat sejam. pergi Kepsi tapi tak makan ayam goreng. cuma makan Cheezy Wedges. entah kenapa teringin sangat.


berikut sesi perbualan antara aku dan gadis cashier:-


cashier:- Hello hi, having here or take away?

miss87:- bagi saya cheezy wedges. err. makan sini eh.

cashier:- cheezy wedges sahaja ke?.. minum? kita ada minuman baru bla.bla.bla (apa ntah minuman harga RM3 tapi ada ais..)

miss87:- oh. saya tak minum ais la.

cashier:- tak apa kalau macam tu kita ada minuman panas, milo, coffee. tea?

miss87:- errr. kalau macam tu bagi saya milo panaslah.

cashier:- (sambil bagi cheezy wedges n hot milo letak atas dulang... tetiba dia cakap macam nih.." patutla kulit akak cantik. tak minum ais rupanya...")

miss87:- *senyum tawar.



sejam kemudian, lepas beli tiket wayang dengan mr.78,  kami beli lah jajan untuk masuk panggung. dia order Coke regular. of course la ada ais. then aku mintak mineral water je. yes. tambah popcornlah. tetiba mr78 tanya. mineral water je ke?.. aku jawab. Yes. I batuk ni dah 3 hari, so kena puasa dari minum sejuk.



p/s: habis kau ingat aku tak minum ais sebab jaga kulit ke?.. mimpilahhhh!


Comments

Hahaha.. Comel laa hang ni cik Alexandria.. Heeehee.. ;)
Bulan Heedaya said…
huuuu...klu x minum ais, kulit bley cantik keww???

bloggggwalkingggg..i follow u k.

(^^)v
Seimura said…
ais itu adalah ubat kepada batuk percaya lah.
SyerAgh said…
:D ais boleh bagi buncit der~
noreed said…
tak minum ice kulit bleh cantik ye...biar betul cashier tu

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..