keadaan memualkan yang berterusan di alam blog.

important reminder:-
keadaan ini mungkin dijumpai di mana-mana. tak terkecuali blog ini. tapi jangan ambil hati sangat lah eh. ini entry santai je. ok?



1. Isu Plagiat / Copycat

lagi-lagi nak kecoh pasal isu plagiat. one of my friend yang juga blogger told me, bahawa semua bloggers sebenarnya berharap entry mereka akan diplagiat dan kemudian bolehlah bikin kecoh. so barulah orang tahu bahwa dia tu blogger hebat lagi berpengaruh. mungkin entry best sangat. ada blogger yang diam je kalau diplagiat. ada jenis yang melenting. mana tak melenting, entry original dia kot. perah idea dari kepala otak lalu dipersembahkan dengan susah payah di dalam blog. lu orang copy bulat-bulat then blog korang dapat income lebih seringgit dua. panas weh, panas! then lepas tu kalau kantoi. habisla plagiator kena kutuk. blog pun kena tutup. ok la kan glamour gak sekejap.


2. Anonymous Blogger vs Famous Blogger.

anonymous blogger hentam blogger famous. then kes ini akan berlanjutan selama beberapa hari berikutan blogger famous yang sudah tentu ada peminat tersendiri akan mendapat pembelaan wajar dari peminat mereka. lepas tu bloggers yang setuju dengan hentaman anonymous blogger akan ramai-ramai menyamar sebagai anonymous commentators then hentam pulak entry-entry pembelaan tersebut. you all akan dapat lihat perdebatan hebat di ruangan komen entry antara yang sokong anonymous blogger atau famous blogger. sana kutuk sini. situ kutuk sana. bersambung pulak komentator mengutuk sesama sendiri. blogger anonymous pulak akan menerima trafik blog dengan mencurah-curah sebab banyak orang share link ke blog diorang. mungkin income Nuffnang akan naik juga. dari seringgit sehari kepada 10 ringgit sehari. berbaloi bukan?




# isu memualkan ini akan terus memualkan anda. sebab keadaan ini tidak akan berhenti. pasti akan berlaku. kalau tak setiap hari mungkin setiap bulan atau mungkin di setiap 6 bulan. dia macam ada musim-musim tertentu. kejap dia reda. kang bila-bila dia ada balik. menghangatkan suasana industri blog di Malaysia. cuma mereka yang terlibat mungkin silih berganti. ada yang ambik port. ada yang lebih suka berdiam. ada yang terkadang terlebih kuah walaupun dia tak ada kaitan. macam-macam ragam yang boleh dilihat. boleh bikin anda ketawa, dan geleng kepala. kelakar walaupun tak la lucu sangat. 



p/s: selagi tak muntah. industri blog masih okay. have fun!





Comments

sharamli said…
saya amik hati.sekian!























































kah3
Shahada Fauzi said…
fenomena normal dalam dunia blogging..kan2?
Anonymous said…
isu tiru meniru atau cedok bulat2 memang kalau kena kat batang hidung sendiri, boleh sentap jawabnya. Kita penat2 kerah otak tulis entri, tup2 ada orang tempek sebiji2 kat blog dia.

isu anon vs blogger femes tu mmg tak leh lari. sama macam artis la ada yang suka ada yang tak suka. just ignore je anon yang merepek meraban. mana yang baik dr anon ambik la. mana yang buruk buat apa nak di kenang. take it easy. tak semua orang suka kita. tak semua orang juga menyampah dengan kita.
ween said…
cemana dgn income yg diterima hasil drpd hentam menghentam or plagiat entry yea. apa pandangan kamu? ;)
Seimura said…
Aku tak de nuffnang. itu je nak cakap. haha ape heran sangat dengan income nuffnang? huhu.
yeahhhh! betul tu sarah :)
btw dah tukar template?
Izzat Aziz said…
biasalah tu.. bila dah berblogging bermotifkan duit semata.. mula lah cari jalan mudah.
abigemok said…
haha. biasalah dunia, semua org nk ambil kesempatan atas org lain. semua nk fames lebih. kan3?
nodin said…
kite ambik yg positif jer ler

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S