takdir yang membawa kita..





aku selalu yakin. setiap perancangan yang menemui kegagalan, itu bermakna Allah punya rencana yang jauh lebih baik buat aku. 

aku selalu percaya bahwa pada setiap jiwa yang menanam benci, masih banyak jiwa yang berbesar hati melapangkan dada, memberi pelukan buat aku.

aku rasa bertuah, dan syukur kerana di'hadiah'kan teman-teman yang baik. yang mahu bertanyakan apa jua kisahku. alasan tangisku. 

mereka bertanya, bagaimana tercetusnya perkenalan kita.

percayakah mereka, bahawa perkenalan yang tidak terancang itu adalah takdir yang membawa kita ke tahap persaudaraan yang sebegini. 

aku panjatkan setulus doa, moga kita tidak akan bersengketa. 






p/s: terima kasih, atas takdir yang membawa kita.



Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S