Monday, May 23, 2011

kalau baik mudah di buli..?


orang kata, dalam hidup ni, kita kena bersedang-sedang saja. kalau bodoh pun janganlah bodoh sangat. kalau pandai pun jangan tunjuk pandai sangat. kalau miskin jangan terlampau miskin, kalau kaya jangan tunjukkan kekayaan.

peribahasa kata buat baik berpada-pada. buat jahat sekali pun jangan. ada orang kata peribahasa ni salah, sepatutnya tukar kepada 'buat jahat biar berpada-pada. buat baik buatlah banyak-banyak'. sebab manusia ni memang jahat. tapi kalau nak jahat biarlah berpada-pada. sebab manusia ni jahat, kena cover balik dengan banyak buat baik juga.

dalam hubungan sesama manusia. kalau percaya jangan 100%. nanti kelak makan diri. kalau cinta jangan 100%. nanti kecewa makan hati. kalau benci jangan 100%, nanti jatuh suka malu sendiri. kalau marah jangan sampai berdendam. tak ada untung menyimpan sekam. perlahan-lahan terbakar diri.


kalau baik mudah dibuli... apa lagi, bulilah balik!!!



p/s: jangan terpedaya dengan entry luahan perasaan. segala kesan buruk sila tanggung sendiri. :p



2 comments:

pisau belati said...

nak hidup kat muka bumi ni,kena tahanlah dengan segala macam sakit yang mendatang...tak begitu? =)

Hans said...

apa2pun sebenarnya kita kena bijak
xsalah baik tapi kalau dibuli tu kita kena pandai lawan balik dengan kebijaksanaan akal kita yang dikurniakan Allah
:-)

Meatball IKEA Halal