cerita si kecil yang cacat pendengaran.


ini kisah berlaku dalam LRT Khamis lalu. masa tu on the way pergi kerja pagi-pagi. around 7am. dari stesen lrt Wangsa Maju. aku nampak budak lelaki sekitar umur 7 tahun berbaju sekolah bersama mak dia. nampak kat dua-dua belah telinga dia memakai alat bantu pendengaran. 

dalam LRT budak lelaki ni sangat bising. bising bukan bercakap. tapi dengan bunyi-bunyi yang tidak dapat diterjemahkan dia sedang bercerita apa. mungkin dia excited naik lrt.  sepanjang perjalanan, memang suara dia saja memecahkan kesunyian pagi. nyaring dan terus berbunyi tak henti-henti.

one thing dalam fikiran aku. budak ini tak tahu bercakap. dia tak boleh menghasilkan perkataan atau ayat. dia punya suara. tapi dia sendiri tak tahu apa dia cakap. mungkin sebab parents dia lewat sedar yang anak mereka ada kecacatan pendengaran.

anak kecil, baby, kanak-kanak, mahupun kita sehingga dewasa kini. kita semua belajar bercakap melalui apa yang kita dengar. otak kita terima maklumat melalui bunyi, kita proses dan menyebutnya semula. macam contoh kita ajar budak umur 10 bulan sebut 'Mama...'. mustahil dia boleh ajuk apa yang kita ajar kalau dia tak dengar.

kita paling cepat belajar bercakap masa umur seusia 2-4 tahun. masa tu apa saja mak ayah kita ajar sebut perkataan, kita cepat tangkap. kalau masa tu mak ayah kita kat rumah cakap bahasa melayu maka kita akan fasih bahasa melayu. kalau mak ayah speaking London, kita akan fasih cakap omputih. umur 2-4 tahun adalah masa genting ibu-bapa ajarkan anak-anak mereka berkomunikasi.

tak pasti kalau kecacatan pendengaran ni boleh diwarisi atau berpunca daripada apa. mungkin gegendang telinga boleh rosak akibat jangkitan atau sebab-sebab lain yang aku sendiri tak tahu. tapi untuk kes budak lelaki umur 7 tahun ni. sebenarnya kasihan sebab fasa genting untuk dia belajar bercakap dah berlalu. dia boleh belajar, tapi makan masa. 

moral of the story, perhatikan bagaimana anak-anak kecil menjalani proses membesar. try test uji macam mana si kecil respon terhadap bunyi, begitu juga aspek penglihatan. aku ada dua pupu yang rabun sejak kecil. umur 5tahun dah pakai spek mata. mak ayah dia perasan anak dia kecilkan mata bila tengok tv. bila cek rupanya rabun.

kepada yang sudah bergelar ibu bapa, jangan degil berpendapat hanya mereka yang ada anak sahaja boleh bersuara tentang apa yang baik untuk si kecil. sebab ada orang lain yang mungkin belum ada anak, tapi boleh jadi mereka lebih tahu kerana mereka lebih prihatin.


p/s: tak faham kenapa jadi parents pun ego dengan status parenthood. kemonlah.




Comments

eira said…
eira pernah ke sekaolah bdak2 ccat pendengaran..sekolah 2 ade sediakan ostel la..kecian tgok mreka..nk sgt ckap ngn ktorg..nk sgt jd smpurna..
Seimura said…
Berdekatan dengan rumah aku kat Mesir ni ada sekolah untuk remaja pekak dan bisu. Selalu terserempak dengan diorang time nak pergi kelas (tengahari) dan seronok tengok mereka berbual sesama mereka guna bahasa isyarat. So awsome!
Anonymous said…
kesiannya. tapi dia cakap banyak, jadi sekejap ok la tu..kut. moga2 la.
huhu.
Shahada Fauzi said…
saye kesian tengok kanak2 yg ada kekurangan upaya macam tu..kalau terserempak dengan yg dewasa yg mengalami kekurangan tu pun saya kesian..tapi saya kagum kalau dorang berupaya uruskan hidup mereka dgn baik dan jadi seorang yg berjaya..kadang2 teringin nak belajar bahasa isyarat..
Anonymous said…
eh. aku pun ada masalah pendengaran
tp selepas umur 18 tahun
huhu

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..