cerita diet:- cabaran 30 hari tanpa nasi/mee/roti !!
Friday, 15Apr 2011, 12.40pm, at Starbucks KLCC.
hai semua. hai blog. jangan terkejut sangat tengok perempuan murung berbaju kurung di atas. and tolong jangan cakap aku dah kurus. belum lagilah weh. hahahah!
*pipi masih tembam sebab itu memang aset. diet macam manapun pipi mantain gak. lol.
ok. ini adalah story pasal diet yang sedang dijalani penulis. iaitu cabaran 30 hari tanpa nasi/mee/roti. sebenarnya bukanlah diet untuk kurus. sebab aku tak sesuai kurus. tapi diet untuk lose weight, lose fat. nak fit, and stay healthy. dengan berat 53kg and ketinggian 153cm sebelum ini masih dalam fasa BMI yang ideal. tapi lagi cun kalau boleh turunkan 6kg. yea. misi diet adalah untuk turunkan 6kg. and maintain berat 47kg.
agak-agak berjaya ke turunkan 6kg dalam tempoh 30 hari?
hari ini adalah hari ke-11. sepatutnya dah berjaya turunkan 2kg. tapi aku belum pergi ke mesin penimbang lagi. berjaya atau gagal sebenarnya no hal sangat. cuma cabaran ini perlu diteruskan. kerja keras tahan diri dari ambik nasi/mee/roti ni anggap sebagai satu bentuk displin. displin kecil sebagai latihan untuk displin yang lebih besar.
ok. apa yang aku makan untuk overcome rasa lapar.?
aku tak ada ambik pil kurus. or apa-apa produk langsing, teh ke herbalife ke apa. memang tak ada. sebab now focus on diet tanpa kos mahupun apa-apa kesan sampingan. so everyday mesti ambik breakfast around 8am. selalunya makan kuih je. kadang ambik milo panas. milo O.
lunch mesti, tapi lewat. dalam selepas pukul 2 petang. pergi warung beli lauk. lauk sahaja. selalunya ayam dan sayur. atau daging and sayur. sometimes tauhu or tempe. memang cabaran sebab orang sekeliling akan pandang pelik bila pinggan aku tak ada sebutir nasik pun. lepas tu yang ringan mulut mesti tanya diet ke diet ke. aku senyum je bagi jawapan aku memang tak makan nasik.
lewat petang dalam pukul 6pm biasanya akan beli goreng pisang. dan sebelah malam biasanya tak makan. tapi selalu ambik fresh milk, susu soya or. buah and biskut kadang-kadang. sesekali ada gak makan tomyam campur. tak ada nasik tak ada mee, tak ada kuey teaw or bihun. tomyam sahaja.
bila dah usaha tak makan nasik/mee/roti. automatik tak akan ambik fast food. sebab tau apa guna diet nasik kalau melantak pizza burger, fries tu semua. so cabaran ini sekali pakej dengan cabaran tanpa fast food, tanpa minuman berkarbonat. kita fokus on the power of protein. protein intake penting sebab daripada proteinlah menjana semula pertumbuhan sel-sel dan kitaran hormon.
tak ambik nasi/ mee dan roti sebab nak minimakan pengambilan karbohidrat. so tenaga untuk bekerja akan diperoleh dari lemak-lemak. karbohidrat/glukosa ni tenaga pantas sebab dia mudah dimetabolisma. tapi kalau karbohidrat tak ada. badan akan pilih lemak untuk jana tenaga. satu lagi hal. bila on diet. waktu rehat and tidur kena jaga. mesti cukup rehat dan cukup tidur kalau tak badan akan jadi lemah. tapi jangan terlebih tidur. yang itu tak elok jugak.
bab exercise. aku tak peruntukkan masa untuk latihan tertentu. takde jogging or cycling ke apa. sebab now kerja aku memang perlu jalan banyak and sure berpeluh. satu hari jalan kaki more than 5km.
walau macam manapun. badan masing-masing sebenarnya berbeza. ada orang tak boleh diet drastik dengan cara macam ni. so kalau anda nak diet. pastikan anda tak terima kesan buruk macam gastrik dan sebagainya. sebelum ni aku ada terima nasihat dari seorang blogger supaya ambik jugak nasik once in 3 days supaya badan tak terkejut. tapi mungkin sebab aku nak lose weight dalam masa singkat. so aku pilih untuk skip nasik/mee/ roti untuk 30hari terus.
"the true secret to weight loss is this:- Make small changes each and everyday and you will slowly (but surely) lose those extra pounds. The key is to forget about instant result and settle in for the long run."
oleh sebab aku pilih diet yang agak drastik, so after sukses turunkan 6kg aku kena kerja keras untuk maintain weight. maknanya after that aku still tak boleh riang gembira makan nasik everyday. sebab itu akan mensia-siakan usaha lose weight sebelum ini. kena jaga food intake sesuai dengan penggunaan kalori. kalau makan banyak kena exercise banyak. maybe ambik nasik 3 hari sekali. tergantung keadaan. dan walau macam manapun, yang paling penting adalah tubuh badan maintain sihat.
p/s: ada orang tanya, kenapa diet dah nak kawen ke....? Hahaha. gelak je dengar komen macam ni. :p
Comments
I pun tgh try kurangkan nasi/mee/roti semua tu. tapi xbole lagi la xmakan langsung. memang xtahan
ada artis memang diet xmakan carbs. dorang makan sayur/buah je
hopefully u'll succeed. u go girl!
Tapi...macam ada yg tak kena la dgn diet awk tu..
Breakfast: Awk makan kuih kan? Kuih apa ye? Sbg contoh karipap. 1 biji ada 128 kalori. Kalau basic 3 biji = 384 kalori. Milo-O = 50 kalori.
Lunch: Awk makan ayam. Ayam goreng? Ayam goreng (seketul) = 290 kalori. Sayur is good. =)
Petang: Pisang goreng (seketul) = 129 kalori. Sekali makan standard 5 ketul = 645 kalori.
(Awk betul bila tak amek fast food. Sbb dalam fast food, setiap satu hidangan boleh mencecah sehingga 2000 kalori. Dalam satu tin minuman bekarbonat plak ada 12-13 sudu gula.)
So, bila kita total up purata pengambilan kalori awak sehari = 1369. Cuba check kat mana2 kadar pembakaran kalori awk dlm satu hari tu berapa. Sbb klau kadar pembakaran kalori awk rendah, kalori yg tak diguna tu akan disimpan jadi lemak..=)
Kalau boleh, goreng pisang jgn amek lagi tau. Kuih waktu pagi pun kurangkan. Tukar kpd mkn buah ke. Jauhkan makanan2 yg digoreng. Utk lunch plak, lebihkan makanan yg bewarna-warni..=)
"Diet is not reducing what we eat, but eat a lot of right kind of food"
Just sharing some good info.. =)
Eh, Herbalife bukan ubat kurus, tapi sbg meal replacement utk breakfast & dinner..=)
jom kita diet sama2.... =)
semoga berjaya. ganbatte!
P/s: Im new blogger pls visit my site mymatatajam.blogspot. Ringan2kan jari klik follow ye tq..