Posts

Showing posts from February, 2011

TerFakTab: Definisi Cinta Infiniti

Image
aku banyak berblogwalking sejak semalam. sebab semalam aku tak keluar dating. yelah. bila keluar dating aku akan lupa apa itu blog. Blog?.. what the heck is that?. errr, blog is a platform for bloggers. to share their briilliant opinion, so u can read their entries.. not to watch a video.... :p tanak cerita sangat pasal vlogger felasyur dan yang sewaktu dengannya. pung-pang-pung-pang la you all pasal topik tu. sana bekap sini. situ bekap sinun. besh nyer la ada tukang bekap. kalau tanya aku bekap siapa? itu rahsia. hanya  Hanafi Jaafar  saja yang tahu. serius ini bukan entry feedback kepada isu-isu tersebut. dan jangan nak kata aku ni 'menumpang trafik'. ceh. apedehal dengan trafik. Nuffnang tetap bagi aku 75sen je seminggu. tak kaya jugak :p  *try la wat vlog.. mana tau fans bertambah? -aku tak perlukan kipas susah mati walaupun rumah aku tak ada air cond. lol ok. berbalik pada tajuk. TerFaKtAB:- dEfiNisi CinTa InfIniTi gambar tanak kalah, erk! semua orang ...

'today is not my day..' he said.

semalam, jam 11 pagi dia janji akan sampai untuk ambik aku.  dah janji nak pergi 1Utama. selalunya dia akan sampai 5 minit lebih awal. dan kali ini seperti selalunya aku terlambat 5 minit. kat situ dah bazir masa dia 10 minit. masih ok. malah lebih baik dari Khamis lepas, dimana aku lewat 15minit.  hari ini dia tidak seperti selalunya. aku masuk dalam kereta, dia cuma diam. bukan dia marah sebab aku lewat. tapi aku rasa dia memang dalam keadaan mood yang kurang baik. radio juga tak dipasang, walhal selalunya dia akan bukak lagu dengan volume yang sangat kuat. suasana senyap sunyi. selepas 5minit, aku bersuara. "Are you ok..?" "Ya...." dan perbualan mati di situ. senyap kembali. then aku taktau apa patut aku buat. aku tau mungkin ada something bad yang berlaku. tapi aku tanak tanya direct dengan mengeluarkan dialog berbunyi.."kenapa ni dear, ce cite. ce cite..".. ok. aku tau bukan masanya aku nak berdialog sedemikian rupa. lagipun aku tau yang dia tak ...

misi mencari kasut..

gila excited sejak tahu akan dapat kasut baru sejak 3 hari lalu. malam tido pun tak lena. terbayang-bayang kasut di mana-mana. I nak kasut cantek dan selesa. plez.plez. tak apa kalau tak belanja Caffe Latte Starbucks hari ni. yang penting dapat kasut. tapi lagi best kalau nak belanja dua-dua. :p beg atau kasut?.. aku akan pilih kasut. beg tak minat sangat. tapi kalau orang nak bagi free memang tak tolak.  blog dah jarang update kan?.. serius taktau nak cerita apa kat you all. sebab dunia aku sekarang sangat boring untuk dicerita. aku tak boring dengan life aku sekarang tapi aku takut korang boring baca benda-benda layan perasaan bagai ni. so aku prefer layan perasaan sorang-sorang jelah. tak nak share sangat. walaupun sebenarnya dah share sikit-sikit. kehkehkeh. p/s: bosan gila jadi penganggur. cepat-cepatlah dapat kerja. Arghhhhh!

D.I.A

meh nak citer pasal dia..siapa rasa meluat, sila klik button X di penjuru skrin laptop anda. ok. nak cite. beberapa perkara. ermm. ok. ok. ce cite. ce cite.. ;p * dia tak makan ayam. * dia tak makan ikan. * dia bukan vegetarian. sebab dia makan daging. beef/lamb. * dia suka makan nasi goreng paprik daging. juga beef prosperity. * dia suka minum black coffee tanpa gula atau krimer. * dia ajar saya minum coffee+fresh milk. starbucks panggil ia Caffe Latte. (no sugar). * dia cute, lagi-lagi bila dia pakai sunglasses masa driving. * kalau pergi starbucks n online, dia bagi saya tengok FB dia. tapi saya tak bagi dia add FB saya. * bila spend time dengan dia. saya tak perasan bagaimana waktu berterbangan. * saya harap saya boleh nampak dia setiap hari. * saya taktau kenapa saya tulis ini di blog. sebenarnya saya bukan jiwang. sumpah tak! p/s:- It's not like I miss 'you' so much, It's more like I miss 'us' being together..! esok kita dating. yea!

Happy 2nd Anniversary..

Image
siapa sangka, pejam celik, pejam celik hari ini sudah genap 2 tahun. ulangtahun kedua yang bermakna buat seorang blogger cap ayam macam aku. Happy 2nd Anniversary to Deep In My Heart.  sudah dua tahun pung pang pung tulis blog. sudah dua tahun jadi tukang karut di kamar tulis ini. sudah dua tahun megumpul kenalan di alam maya. dari seorang blogger yang mula-mula cuma baca sorang-sorang entry sendiri. dan lama-lama dapat banyak kawan-kawan even banyaknya datang dan pergi. semua itu adalah manis buat aku. terima kasih untuk semua yang pernah menjadi sebahagian daripada ruang tulis ini.  terima kasih kepada semua yang menjadi followers sama ada yang lama atau yang baru, yang aktif ataupun pasif. terima kasih. terima kasih dan terima kasih yang tidak berpenghujung kepada anda semua. tentang pencapaian pengunjung di blog ini, cuma sekadar biasa-biasa saja. ye. mungkin sebab aku memang jarang update blog. malah jarang gak blogwalking dan semua itu bergantung kepada mo...

review filem:- The Green Hornet, mesti tonton!

Image
percaya atau tidak, aku dah menonton The Green Hornet dua kali di panggung wayang. ini berikutan sempena chinese new year baru-baru ini, memang tak ada cerita di pawagam yang best lagi. semua duk tayang cerita kantonis lemau sungguh. pada hari raya cina yang kedua awal Februari lepas, itu adalah kali pertama menonton Green Hornet. member dari Seremban datang KL, and dia yang belanja tengok wayang. kami tengok dekat 1Utama. kali kedua tengok Green Hornet, adalah Selasa lepas. Mr78 baru terhegeh-hegeh nak tengok. sebabkan cerita ni aku suka, so aku sanggup tengok sekali lagi.  THE GREEN HORNET:- hero pertama yang tak handsome, tapi muka dan dialognya selalu kelakar. hero kedua yang memang handsome, chinese guy yang genius, smart, menarik, tertarik dan sememangnya da bom. berlokasikan Los Angeles. watak The Green Hornet tercetus pada malam Brit dan Kato memotong kepala patung replika mendiang ayah Britt, mereka tidak puas hati bahwa lelaki itu harus disanjung hanya kerana kejayaa...

YOU TUBE:- some videos are really good to watch.

Image
selamat pagi sayang-sayang sekalian. selamat kembali bekerja selepas semalam bercuti.  so, entry dimulakan dengan pertanyaan. *sejak bilakah anda mula melayari You Tube?.. *adakah anda akan melayari you tube everytime you guys come online?.. *what kind of video yang you all suka tengok?.. video Cikgu Shida? atau ujibakat Akademi Fantasia? aku sendiri gemarkan You Tube. setiap kali online. selepas menghadap Facebook, cek email. baca blog-blog, dan kalau rajin baca berita online. mesti bukak You Tube. selalunya carik video klip lagu-lagu favret. atau video Siti Nurhaliza, perbezaan masa mula-mula beliau nyanyi pakai tudung, dengan yang sekarang. makin lama jambul makin kelihatan. Eh. Eh. itu contoh saja. beberapa hari lalu. aku ada membaca satu entry di blog Ariffshah, klik  SINI  untuk baca lanjut. tentang penggunaan bahasa Inggeris. bukan nak puji entry tersebut menarik atau apa, tetapi dari entry itu aku mendapat idea untuk mencari video-video di You Tube yang b...

cerita misi menyelamat pelajar Mesir. pengalaman my sister.

well. well. well. Aku baru bangun tidur dari tidur tengah hari. 1.30pm-3.30pm. Oh! yesterday was tiring. malam tadi sangat tak cukup tidur. lelapkan mata jam 3 pagi dan kemudian bangun jam 6.30pagi. really-really berjaga-jaga dari peristiwa ketinggalan train. bukan aku yang balik kampung, tapi my elder sister. yang sampai KL semalam, penerbangan pesawat terakhir MAS dari Jeddah. kami sampai KL Central tepat jam 8.30pagi. dan sempat bersarapan nasik lemak di La Cucur yang harga segelas Milo Ais gelas kecil adalah 3.80sen. pukul 9.20pagi seat release. my sis turun eskalator dan aku dengan selaju mungkin melangkah pulang. bukan melangkah pulang sampai ke rumah, tapi menapak ke tempat bas. terlalu laju sebab tak tahan mengantuk. letih badan. dalam bas pun tersengguk-sengguk malah sebenarnya tertidur nyenyak. sumpah tak tahan. cerita semalam. bangun pagi sekitar jam 7pagi. mandi dan bersiap-siap ke KL Central. naik bas ke KLIA. bas dia sangat selesa. 18ringgit tiket pergi dan balik. sej...

my current situation..

*selsema sejak malam tadi. maka itu buat saya teringin makan sup ayam masakan emak.  *sedang maraton tonton korean drama Secret Garden. dah episod 11, lagi 8 episod akan ditamatkan hari ini juga. so far cerita ni best, oh ya, dah tonton pun episod akhir cerita ni semalam. memang tak aci tengok ending dulu. oh, itu housemates saya punya pasal. dia yang sibuk nak tengok ending lepas tu blur tak paham lol.  *jobless. dah dapat kerja baru tapi tak mula kerja lagi. poket kering, malah surat amaran PTPTN yang pertama pula sampai. this is bad, saya tanak kena blacklist sampai tak boleh ke luar negara. honestly teringin sangat pergi Singapore ni. tolong..! *tak mula kerja lagi sebab nak setelkan my sister yang balik dari Mesir. tanak susahkan orang lain, dan tanak susahkan my new boss untuk apply cuti ke apa. so sejak balik dari Johor minggu lalu, I just stay at home makan tidur online menternak lemak OMG.  *my sister akan terbang petang ini dan bakal sampai ke KLIA esok. an...

kesihatan:- kurangkan makan 'junk food'.

Image
junk food:- no nutritional value apabila kita menerjah masuk ke supermarket?.. section mana yang kita terjah dahulu?.. kalau dulu masa kanak-kanak, asal pergi kedai runcit je mesti carik jajan/cekedis. plus, aiskrim, gula-gula, coklat. senang kata yang nampak menarik dihati adalah junk food yang entah apa-apa. yang sudah tentu tak ada kebaikan untuk kesihatan. tak apalah itu dulu zaman kanak-kanak mana tahu sangat pasal kesihatan. baham asal sedap je. tapi sampai kini sudah besar, adakah perangai masih sama?.. yes, jajan memang sedap. makan sekali nak lagi. ianya sedap sebab banyak perisa tambahan yang boleh bikin botak kepala. twisties, mamee monster, potato crisp, roller coaster dan macam-macam jajan bukan anda saja suka malah saya juga. tak apa kalau kita makan 'menatang' tersebut sekali-sekala tetapi cuba jangan selalu. gantikan pengambilan jajan dengan sesuatu yang lain. pergilah ke section biskut, cuba gantikan junk food dengan jacobs crackers misalnya atau pergilah ...

review filem:- FASTER. aksi The Rock tidak pernah mengecewakan.

Image
hari ini kita sambung lagi dengan review filem. sebenarnya saya memang suka me'review'. sebab susah-susah masuk panggung wayang tanpa bekalan popcorn. memang tak lengkap lah kalau tak buat review. saya tau ianya macam tak ada kaitan antara popcorn dengan entry ini. tapi tak apalah. saya memang tak ada idea lain nak update blog. maka terimalah review ini apa adanya.  Faster:- mengisahkan seorang banduan yang sudah tamat menjalani hukuman penjara, (dipenjara kerana sebuah rompakan). cerita bermula apabila beliau dibebaskan dan belum sempat pun beliau makan ke minum ke sempena celebrate 'kemerdekaan', beliau terus menjalankan misi penting, iaitu membalas dendam kerana saudaranya disembelih di depan mata beliau, iaitu sebelum beliau dipenjarakan. misi balas dendam adalah nyawa diganti dengan nyawa. jalan cerita filem ini sebenarnya adalah biasa-biasa sahaja, tetapi aksi-aksi the rock memang boleh tahan. dan dalam masa yang sama beliau sendiri diburu oleh pembunuh u...

review filem:- Khurafat. errrr, kutipan lebih 7 juta baiii.

agak susah nak remind balik plot cerita filem ni sebab aku dah menontonnya pada pertengahan bulan Januari lagi. jadi review ini kita jadikan sebagai slot pendapat peribadi sahajalah. ok? Khurafat:- dari pengarah muda Shamsul Yusof bersama percubaan pertama beliau membawa genre seram dalam sebuah filem. Khurafat mengisahkan sepasang suami isteri yang sering diganggu oleh 'gangguan' berbentuk hantu wanita. unsur seram adalah sama seperti yang kita tengok selalunya, di mana hantu datang di waktu malam (dari tingkap bahkan siapa suruh tak kunci tingkap malam-malam), ataupun datang di dalam gelap malap @ black out. apatah lagi jika bertempat di bilik mayat. lepas pejam mata then bukak mata semula muncul pulak perempuan tua yang bukanlah hantu tapi wajah tua dia memang berjaya bikin suspen.  kenapa hantu wanita yang berdarah-darah tu kacau rumahtangga diorang?.. alah kalau tanya budak darjah 6 pun sure boleh jawab. mesti hantu tu ada kaitan dengan heroin kedua dan sudah tentu tak...

Chris Medina and his fiance..

Image
hari ni saya telah melakukan penjelajahan blog secara rambang. banyak blog sebenarnya. antara blog-blog tersebut adalah blog Ariff Shah dan Carl Samsudin. belek previous entries and then jumpa entry pasal video yang sama. yes! video ujibakat peserta American Idol, Chris Medina. mereka masing-masing mengutarakan tentang 'keutuhan cinta'. bagaimana Chris Medina yang 2 bulan sebelum tarikh kawin, tunang beliau ditimpa kemalangan dan mengalami kecacatan akal yang kekal. akan tetapi Chris Medina tetap setia. yeah. semua orang boleh bercinta tapi tak semua orang boleh bertahan dengan ujian percintaan.  video tersebut diupload di You Tube sekitar 28 january lalu. n that time I was in my hometown bersama arus banjir. yes. saya ketinggalan. tapi itu bukan soalnya. kerana saya tidak melihat video itu dari sudut percintaan semata-mata. Chris Medina and his fiance cuma salah satu dari mungkin beribu kisah yang sama di dunia ini. ujian percintaan memang tidak boleh diduga. maka siapa pun...

Liverpool dan jersi biru Torres.

*sesungguhnya Torres kurang bersinar dengan jersi biru. kurang handsome. aku berpendapat bahawa beliau tetap menyinar dengan kaler merah. kaler biru adalah malap untuk Torres. tapi peduli apa kan. nak sangat pergi Chelsea. pergilahhhh! * Liverpool menang 1-0 ke atas Chelsea malam tadi biarpun Torres sudah tidak ada. aku dah agak dah.. kekuatan pasukan bola sepak bukanlah pada individu tetapi pada pasukan itu sendiri. lagipun bukan kah Torres ambik masa gak nak serasi dengan pasukan baru?.. biasalah tu kan. * cukuplah pasal bola yang tak seberapa tu. aku tak tengok sangat match sebab ngantuk sangat-sangat. tapi bangun Subuh dapat mesej tahniah sebab team favret aku menang, ada orang rajin giler update kat aku keputusan dia tanpa diminta. thank u. thank u.! * esok lusa aku akan kembali buat review filem yang aku dah tengok sepanjang 2 minggu lepas. yes. aku rindu nak buat entry review filem. macam konon-konon berharap pengarah filem akan baca review yang aku buat. Muahaha! yang penti...

pening kepala...

Ouhhh! kepala macam terpusing-pusing..mungkin sebab kehujanan tadi siang. badan rasa melayang-leyang bila berdiri. ni update belog dengan mata berpinar-pinar. oh ya.. mungkin gak sakit kepala ni berpunca dari jerawat kat dahi. errr. dah lama muka aku free dari jerawat, tapi now taktau kenapa jerawat bercambah dengan riang ria sejak balik Johor. maybe sebab perubahan cuaca. ntahlah. keadaan tak sihat ni diharap tidak berlarutan. errr, nak makan maggi kejap lagi. agrhh. update blog pun dengan fikiran yang bersepah-sepah. untuk pengetahuan, kampung aku memang dilanda banjir. tapi umah aku tidakla ditenggelami air. cuma ada banyak jalan keluar ke bandar yang ditutup. rasanya sekarang keadaan dah semakin baik. Alhamdulillah. kakak aku di Mesir sedang tunggu giliran penerbangan ke Jeddah dan bakal pulang ke Malaysia tak berapa lama selepas itu. harap-harap semuanya selamat. aku memang tak henti ikut perkembangan krisis di Mesir ni dekat berita tv setiap hari. setakat hari ni mungkin hampi...