paling tinggi setakat ini
sandal yang paling tinggi setakat hayat ini. sebenarnya aku tak suka sangat pakai yang tinggi, tak leh nak jalan lama. sudahlah aku ni jenis suka jalan sampai seharian. padahal sebenarnya aku nak post entry pasal lain. tapi itu topik memerlukan kupasan yang panjang lebar lagi bermaklumat. oleh sebab aku tak berapa nak senang atau lebih tepat lagi, macam terasa malas. maka. ini lah yang jadi.. entry rambang. bebel-bebel. patutnya esok hari aku present assignment, tapi lecturer menangguhkannya untuk memberi laluan kami study untuk test next Tuesday. bila ia ditangguh, itu yang jadinya hari ni aku macam melepak je. assignment tersebut macam dah 80% siap. cuma kena topup sket-sket. cadangnya nak setelkan esok. atau lusa. InsyaAllah masih sempat. dan sepatutnya juga aku pindah rumah Ahad ni, tapi rumah baru kami tu elektrik belum ada. adei, tak paham la tuan rumah aku ni, hari tu bukan main suruh kami pindah, tiap-tiap pagi ketuk pintu umah aku cakap pasal kena pindah. then bila k...