jam tangan..

semalam, jam tangan kerinduan aku telah kehabisan bateri..betapa tak berertinye saat2 yg berlalu tanpa jam di pergelangan tangan kiriku..sedih betul.. tp memang hayat bateri jam tu cuma 2 tahun..dan mmg dah genap 2 tahun pun..mmg patut jam tu mati sekejap...huhu, dah sampai ajal dia, tp takpe, nnti aku akan kasi nyawa baru kat dia..maka ini adalah kali ketiga dia mendapat nyawa...

walaupun jam ALBA pemberian abah tu dah melangkaui 4 tahun, tp itulah jam yg paling lama pernah kekal terhias di tangan kiri aku..pernah byk kali tercicir di mana2 akibat keterlupaan tuannya terhadap dia.. tp mujur bila ingatan tuannya kembali pulih terhadap jam ini, jam ini masih setia menanti di tempat keterciciran itu..apa pasal la jam ni setia bebenor..isk.sumpah aku terharu..

jam ni adalah jam ketiga pemberian abah, pertama kali dapat jam masa aku darjah 2, jam tali jenis kulit.. aku tak ingat jenama ape, tp hayat jam tu tak pnjg akibat keganasan aku yg malas nak mencabutnya dan asyik memakainya tak kira apa..jam tangan kedua abah belikan masa aku tingkatan 2, jam jenama ORIENT, jam nadi yg sangat aku sayang kerana ia teramat cantik, dan tanpa bateri, tp cuma bertahan setakat aku tingkatan 5, itupun selepas rosak dan kos memperbaikinya adalah rm60..mana boleh tahan..dan sebelum masuk matrikulasi, abah belikan pula jam yg sekarang tengah tersadai sebab baterinya habis..

sebenarnya aku mmg tergantung pada jam tangan 24 jam..di mana n bila.. aku sentiasa pakai jam tangan, even g bilik air, mahupun tidur.. tak pernah mahu berganjak dr jam tangan..thats y aku hanya pakai jam tangan yg kalis segala apa..n even jam tu rintang terhadap apa juga, ia tetap menjadi semakin lusuh dek kerana aku yg buas mencintainya..(eh, ayat apa tuh?..)

rasanya aku takkan mintak abah belikan lg jam untuk aku, asyik belikan jam padahal anaknya ni bukan tahu uruskan masa..ermm..nnti bila aku dah ada pendapatan sndiri aku nak beli jam tangan yg pernah aku ternampak dan terushar kat satu tempat tu..rahsia la.. mana boleh bgtau...ahaha.. sebenarnya bukan aku tak pernah beli jam sendiri, tp jam yg aku beli ngan duit aku sendiri mestilah jam tangan yg tak mahal, bawah harga rm30..yelah.. belum kerja lg..mana la mampu..hehe..dan jam dengan harga sedemikian manakan mampu bertahan lama..paling lama pun setahun lebih..alahai..mmg kesian pd tuannya..isk.isk.


p/s: jam couple pun comel gak...

Comments

Anonymous said…
dah lame x pki jam tgn..!

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S