selamat bercuti..

cuti semester dah hampir bermula.. kebanyakan ipt cuti 2 bulan..dan kebanyakan kengkawan aku buat latihan industri/praktikal sepanjang 2bulan tu, aku je yg mengecualikan diri drpd membuat l.i, ntah la kenape aku malas nak wat praktikal untuk cuti kali ini..so, to all my frens yg wat l.i, selamat menjalani l.i di tempat masing-masing.. n kepada siapa yg dapat elaun tu , jgn lupa belanja aku makan2 naik semester baru nanti ok..

mesti you all tertanya2 apakah aktiviti yg bakal aku lakukan untuk cuti semester kali ni.. ermm, plan asal, aku nak g melaka sekejap/sehari.. utk berjalan2 dgn seseorang.. oleh sebab aku ada krisis dgn dia beberapa hari lepas, maka aku rasa dengan automatiknya plan itu dibatalkan..aku tak terkilan pun bila yg dirancang tak menjadi..maybe kitorg tak ditakdirkan utk berjumpa lg..ntahla..

jadi apa plan seterusnya?

ape lg.. balik kampung tanam jagung..eh, mana nak cari tanah nak tanam jagung? takkan nak tanam kat depan rumah? ish2..tak sesuai..tp kan, bukan ke abah hari tu dah kursus tanam sayur kat serdang, n abah pun dah beli tanah bakar, pasir, n biji benih untuk bercucuk tanam..ermm, rasanya kawasan tepi n belakang rumah tu sesuai kot untuk bertanam-tanaman..
ceh..aku ni cerita macam lah mmg aku nak tolg abah bercucuk tanam n sekaligus berlatih jadi petani moden..aik, ni dah macam aku buat l.i under abah sendiri..abah jd supervisor la nampaknya..hihi..

selain bertani, aku pun bleh menjalani kursus memasak dengan my mom..my mom mmg the best in cooking..n anaknya plak the best in eating.. hahaha.. tak sessuuai ok..aku nak belajar masak sampai pro.. coz semester depan kan aku duk umah sewa.. blh masak2 hari2...cthnya prepare breakfast sendiri tiap2 pg.. n then jemput housemate2 aku terutama si hasni bersarapan bersama2..ewahh..berangan sungguh..cukup2..

dan lagi, aku jugak boleh menjadi tutor di rumah... coz my sisters ada 3 org yg bakal menjalani 3 peperiksaan penting this year..UPSR, PMR, n SPM...aih..jgn tak percaya akan kemampuan ku menjadi tutor tak bergaji kepada adik2 sendiri..selain beri tunjuk ajar, bleh gak membebel-bebel kat diorg supaya jgn main2 n seriyus dalam study..chewahh...lebih2 pulak..

dan lagi, aku boleh isi masa terluang..dengan baca semua buku2 yg abah beli under readers digest yg satu buku berharga lebih dr rm100..dan jumlah buku2 tu adalah melebihi 30 buah buku.. sampai rumah aku dah jadi macam mini library..ntah kenapa abah beli n terus beli buku2 yg lebih mahal dr harga buku rujukan aku kat universiti..ish2..

dan lagi, aku bleh melapangkan waktu main ngan farah..aku nak ajar dia bercakap..cian dia tak pandai cakap lg..tp aku kena berhati2 ngan budak kecik ni coz die pernah mintak air from my mom hanya kerana dia nak simbah air tu kat muka kakak dia.. dahsyat betul dia..padahal umo baru 2 tahun..

eh..byk jugak sebenarnya benda yg bleh aku buat sepanjang tempoh cuti kali ni.. so.. jgn cemburu pd kengkawan aku yg buat l.i, aku tetap hepi tanpa l.i..yo! bersemangatlah!

p/s: selamat bercuti ea..

Comments

hum..g la keje kew..huhu..x pon 2 bulan ni g kawen lari kew..huhu
Anonymous said…
si hasni tu hosuemate dari sabah kan?

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..