KTM komuter baru. I feel good.



semalam, masa turun KL, penulis berpeluang rupanya merasa naik KTM komuter yang baru yang lawa dan canggih tu. naik dari Subang ke Bank Negara. actually tak sangka yang aku sedang menaiki gerabak komuter. tau jelah koc komuter sebelum ni adalah macam mana, koc yang baru ni design dalam dia ala-ala ERL Klia transit. siap ada tv lcd boleh tengok Tom n Jerry dalam tren. and sebab koc adalah banyak. sampai 6 koc, memang rasa macam naik keretapi antara bandar. haha. boleh komuter jadi lengang. dan boleh kata semua orang dapat duduk. 

tapi Im not sure lah on weekdays peak hours macam mana, sebab semalam kan Sabtu masih cuti kan. bab kelajuan. memang agak laju berbanding yang dulu. sangat puas hati. aircond pun kuat. memang beza dengan tren dulu yang everytime naik mesti macam dalam tin sardin. sempit panas rimas. komuter baru ni masih ada lagi ruang untuk koc wanita tapi semalam duduk bercampur je sebab tren memang lapang. duduk je mana-mana kosong tak kira koc dah. macam naik lrt jugak la. so bagi yang gunakan kemudahan komuter ni everyday. mesti akan rasa syukur dengan environment dalam tren yang tidak lagi seperti dahulu. 



lunch semalam kat Carrefour Subang. Claypot chicken with black mushroom. 



anak sedara my friend makan ABC special. not bad.

cuti weekend kali ni aku tak dapat tido sangat. tetap busy memanjang. banyak hal nak kena setel. rasa macam diri kurang rest. teringin nak bercuti panjang tapi tak pasti bila boleh bercuti. Huh.!.. update sampai sini je. ada kerja nak kena sambung. Daaa.



Comments

H A N said…
Assalamualaikum...
Wow! Ada baru ke, rasa macam nak try naik je...

Tren sebelum ni memang macam tin sardin, bau peluh orang je :D
Izzat Aziz said…
tak sabar nak merasa, tapi tak sampai hajat lagi nak pergi kl.
kaizen said…
kalo delay n lmbt lg sila la sman dorg
Nabiel said…
wahh.design baru..nice!hehehe.
Unknown said…
nice one. aaa Claypot chicken nampak aummmm
Shahada Fauzi said…
ari tu aku turun kl..naek rapidKL kot..dari pudu nak ke kelana jaya..pakai token dah..tercangak jap aku..haha..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S