Redha itu Indah


untuk beberapa perkara yang terjadi dalam hidup aku kebelakangan ni. banyak darinya memberi pelajaran bahwa di setiap sesuatu yang kita korbankan/lepaskan dengan redha. Allah bakal gantikan ianya dengan sesuatu yang lebih baik. 

sesuatu yang aku nak sangat ia terjadi, aku terpaksa let go dengan berat hati. walaupun berat. terpaksa lepaskan jugak. sebab hidup bukan hanya perlu memikirkan tentang diri sendiri. hidup ini melibatkan jiwa insan-insan yang penting di sekeliling kita.

yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. tapi kalau kita tutup mata kerana terus kenangkan masa lalu, kita sukar untuk nampak 'peluang' di masa depan. 

buka mata dan hidup untuk masa hadapan yang lebih bersinar. 



p/s:- update blog time lunch hour. tak curi tulang eh.


Comments

aizamia3 said…
apa yang telah berlaku jadikan sebagai pengajaran + pengalaman.. jangan terlampau dibayangi masa silam..
uncle gedek said…
lunch makan sup tulang ke?

(tak faham)

hehe
beautiful_rose said…
jalan hidup ni teka teki.kita tak akan tahu apa yang akan terjadi esok lusa.tapi bersedialah untung menghadapinya.

lama tak singgah sini.sara sihat?
Emmet said…
wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S