Akuan Sumpah di Istana Kehakiman Putrajaya


selama lebih 3 tahun menetap di Putrajaya dan sudah berpuluh-puluh kali tengok Istana Kehakiman ini tapi tak pernah jugak masuk ke dalam. jadi hari semalam, aku telah membuat keputusan untuk membuat Akuan Sumpah di Istana ini. Ya. walaupun PesuruhJaya Sumpah ada di mana-mana. tetapi jika tidak kali ni maka bilalah lagi aku berpeluang masuk ke Istana Kehakiman ini. 



siapakah arkitek yang menyusun atur bangunan-bangunan di Putrajaya ni. kalau dilihat memang ada simetri gitu. betul-betul bangunan Istana Kehakiman ini berhadapan dengan view yang begitu cantik hingga terlihat Masjid Besi Putrajaya. 




view didalam Istana biarlah gambarnya kuabadikan seorang didalam simpanan. tapi ianya memang cantik seperti kita masuk ke dalam istana. urusan aku juga sangat lancar dan pantas dapat diselesaikan. Akuan Sumpah disini adalah percuma bagi kes aku iaitu Akuan Sumpah untuk perlantikan ke perkhidmatan awam. kalau kes lain. mungkin ada dikenakan bayaran tapi tidaklah mahal. dalam 10 ringgit ke bawah sahaja.



Comments

miellza said…
Salam.. Saya nak tanya, kalu nk p Istana Kehakiman ni kat mana nak park kereta ye. Saya tak biasa area sini, nak dtg buat surat akuan sumpah bujang.. Terima kasih..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S