Princess Prosecutor and City Hunter

City Hunter

bulan November lepas adalah bulan melayan drama korea City Hunter ulang-ulang tengok kesemua 20 episod sampai 4-5 kali. *dahsyat tak? sebenarnya penangan Lee Min Ho sejak pertama kali muncul dalam drama Boys Over Flowers memang sangat mempengaruhi penonton untuk tengok dia berlakon lagi dan lagi tak kira apa jenis drama sekalipun. 

yes. sebenarnya aku tengok drama ni sebab pengaruh pelakon. tapi untung juga sebab jalan cerita drama yang diadaptasi dari manga Jepun ni memang menarik. so tengok ulang 5 kali pun masih berbaloi. sebenarnya City Hunter ni dah keluar awal tahun ni lagi. tapi aku kira lambat gak tengok. sebelum ni sibuk bercinta mana sempat nak layan korea. bila dah tak bercinta baru tercari-cari drama korea. :p

City Hunter ni aku tengok online je kat Kimchidrama.Net, walaupun cuma akses internet dengan berukband, tapi masih laju jugak boleh tengok cerita online. plus aku pun  bukan jenis download semua drama korea buat koleksi. siapa yang belum tengok, silalah tengok, gerenti akan jatuh cinta. Hehehe.


Princess Prosecutor

drama siri ni pulak aku dapat tengok sebab ada kawan hadiahkan DVD dia, dah setahun pun aku simpan DVD cerita ni, tapi tak pernah tertarik nak tengok. then lepas tengok cerita City Hunter, aku perasan kat DVD tu ada gambar pelakon yang sama dengan siri City Hunter. iaitu watak Ahjussi. again, sebab pelakon jugak aku mula tengok cerita Princess Prosecutor ni. kebetulan hero dia hensem jugak. pernah berlakon dalam cerita Iljimae, salah satu drama yang aku suka.

bila dah start tengok 2-3 episod, baru terasa bahwa drama ni menarik. walaupun heroin suam-suam kuku je tapi watak dia best. jalan cerita pun laju berkembang. mula-mula episod aku banyak tergelak, bila konflik mula, hah. berjuraian airmata tumpah. feeling nak mampus maaflah. terlebih jiwa.

dan rupanya setelah tengok banyak episod, ada 6 watak dalam cerita ni, pelakon yang sama dengan cerita City Hunter. mungkin pengarah atau penerbit yang sama aku pun tak pasti. lagipun. kedua-dua cerita ni berkisarkan misi nak membalas dendam secara halus dan tricky. so anda semua, kalau nak feeling macam aku, boleh lah tengok sendiri. kena tengok dua-dua cerita tau. Hehe.

oklah. setakat ini dulu. jumpa lagi di lain entry.


p/s: Selangor cuti ke? Allah selamatkan Sultan Selangor.





Comments

J.Syazwana said…
tak minat sangat drama korea sebab panjang. tak larat nak tengok. haha !
Intanberlian said…
Suka gila hero prosecutor princess!! ska dekat lee min ho gak ejak tgk city hunter dgn personal taste!!! hehe.

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S