Things That I wanted to Tell You..part I

ini adalah entry peribadi dalam blog peribadi, siapa tak suka baca sila main jauh-jauh.

*Honey how I wish u'll read this. but I know, you belum boleh baca lagi blog ni. tapi you mungkin akan baca ia di tahun hadapan. =)


# tau tak bahawa aku ini anti-perokok?.sebab aku sudah 23 tahun hidup dengan lelaki yang bukan perokok. not my dad, neither my only brother. aku sebenarnya boleh mengamuk bila hembusan asap rokok berkepul kena muka aku. dan tau tak aku pernah berazam takkan pilih seorang perokok sebagai teman hidup. tapi aku taktaulah, kenapa kau begitu cool bila driving and at the same time smoke ur tiny cigarette tu. apa jenis rokok tu, menthol rite?. I admit. I kalah kali ini. 1-0. you menang. you boleh merokok anytime, tak apa I tak kisah. sungguh comel tangan kingkong pegang tiny cigarette. orang lain tak ada. you seorang je.

# tau tak yang aku ini penggemar Milo? tapi kenapa kau pula penggemar Coffee? ok. finelah taste kita memang tak sama. tapi yang peliknya kenapa sejak kenal kau aku boleh minum black coffee no sugar sedangkan kau tetap tak boleh terima Milo. mana adil macam nih. adakah ini tandanya aku akan dengan mudah bersetuju dengan kau, dan kau pula pasti susah untuk bersetuju dengan aku. ok dah nampak dah siapa lagi dominan/berkuasa dalam hubungan kita. I know. I can imagine macam mana flow hubungan kita kelak. but I hope you akan selalu fikirkan I everytime you buat keputusan. Ok?

# I know lah yang kita banyak perbezaan, selain daripada you jauh lebih tinggi, lebih besar, dan lebih berat dari I, kita ada banyak perbezaan lain. contohnya kau terer Math  n Fizik tahap Universiti, aku plak terer Biologi tahap SPM. kau boleh buat tuition kat budak Universiti, aku pun boleh buat tuition kat budak PMR.  kau boleh buat kelas renang untuk budak-budak. Ops. tak ada pulak acara sukan yang aku terer. Ahhh. aku retilah main lompat-lompat guna tali skipping tu. tapi yang itu semua orang pun reti. tapi I tak rasa you boleh lompat. nanti roboh bangunan. Hahaha!



*sebenarnya aku nak coret panjang lagi, tapi kumpulan Sepah dan Jozan dah panggil aku supaya tak ketinggalan menonton final Maharaja Lawak malam ni. kalau ikutkan hati aku sokong Jozan, tapi kalau ikut kenegerian aku sokong Sepah. mr.Kingkong tak pernah tengok Maharaja Lawak walaupun dia kadang-kadang pandai jugak buat aku gelak. dah habis musim Maharaja Lawak ni, you tolong buat kelakar untuk I okeyh. Hai Zizan. you dalam citer KL Gangster buat I melting. :p



Comments

ftrhd said…
alolo kalau dah sayang, semua benda terima je.. no worry :)
fikah © said…
Hahahaha.
Saya pun anti perokok.
Siap boleh benci gila kat orang yg merokok sambil dlm hati menyumpah-nyumpah.
Tapi entah kenapa, sejak kebelakangan ni, boleh terima je kawan2 laki yg merokok, asalkan bukan depan saya.
Tu kira tak boleh terima depan2 lagi la kot.
Cik Amni said…
amboiiii engkau! Hahahaha.. Kita sama bab merokok tu. Aku tak tau kenapa ngan dia aku bokeh cakap, okey, nak merokok bila2 tak kisah.. Padahalllll..... Kawan laki aku merokok pun aku membebel, rasa nak muntah la apa lah.. Hahaha..
Unknown said…
menarik...saya pun tak suka perokok dan minum kopi..hehe btw salam kunjung balas...saya follow yer:)
Hans Hanis said…
biasalah
lelaki dan wanita saling lengkap melengkapi
dan kalau dua2 sama nanti boring plak kan
so ada lah perbezaan tu
hehehehehe

Kumpulan Sepah Juara Maharaja Lawak
Whoopz said…
gwa xleh xde rokok.. Addicted.. :p
Bella Enveeus said…
Dulu masa keremajaan, pernah juga berazam taknk lelaki yg perokok. Sebab ayah, adik2 lelaki n family lelaki terdekat bukan perokok.. Sekali dpt bf semua yg perokok.. Lain semua dah pass, except part rokok tu..

My aunty kata, jgn pikir "azam" camtu, mesti terdapat yg kita tknk tu.. My aunt dulu tknk lelaki gemuk, dia dpt yg gemuk.. My mom tknk yg ada misai, dia dpt yg ada misai.. Hahaha.. Kelakar jugak memikirkannya :D
faY said…
membalas kunjungan anda
=P

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S