Friday, June 24, 2011

'dihatisara' masih bernyawa yea!


mood sekarang adalah nak menangis terharu. ingatkan dah give up dah dengan akaun Blogger yang tak dapat di Log In selama 27 hari. last update blog ni 26/5/2011... lagi 3 hari nak cukup sebulan. sebenarnya aku dah give up siap dah buat akaun Tumblr. Cis! berani Blogger ni bergurau senda dengan aku. kencang je jantung. jangan lah ada kejadian sebegini berulang lagi. aku sayang blog ni sumpahh. blog ni masih bernyawa ok clap.clap!

baiklah, apa cerita tentang sebulan yang tak berupdate itu mari kita senaraikan untuk tatapan mereka yang rindu-rinduan. bluekkkk! :-

# sudah berpindah rumah, tidak lagi tinggal di Wangsa Maju. sudah dua minggu bertukar angin di area Sentul. berteman baru bersama suasana baru. dari Kerinchi ke Wangsa Maju dan kemudian ke Sentul. Alhamdulillah, Sentul is much better. rumah fully furnished siap bilik air ada water heater dan ruang tamu ada aircond. tiap pagi mandi air panas sungguh feeling macam duduk oversea konon-konon. and yang paling penting. tak ada lagi kedengaran bunyi anjing berkicauan seperti di area Wangsa Maju dulu.

# sudah bertukar profession. Ofis lebih dekat dengan rumah, which is Jalan Pahang, currently work as Financial Advisor AmAssurance.dan sayalah penasihat kewangan anda. anda boleh buat investment sekali dengan insurans. siapa nak saving lebih protection kurang, siapa nak protection tinggi saving kurang. tak paham? nak tanya banyak kita deal jumpa. you bawak pen je ok? sign je mana yang patut. hahaha. gurau je. Im ontheway dapat lesen consultant tapi kena lulus beberapa exam. tapi I dah boleh manage klien dah, well. I welcome you sesiapa yang interested nak melabur ke apa. sila-sila.

# sudah bertukar status Opsss! tipu jek. belum kawen dan belum bertunang, kami bukan bercinta tapi dalam peringkat hubungan yang matang, sedang mengenali hati budi masing-masing. term bercinta tu macam budak-budak lah. Ahaha. Ok. Sorry cilok ayat Yusry KRU bila ditanya tentang hubungan dengan Lisa Surihani. tapi ayat Yusry memang sama macam fikiran I cayalahhh!

# mr.kingkong semakin sibuk dengan life dia menyebabkan aku terkapai-kapai. rindu nak jumpa tapi tak boleh jumpa. jadual dia pack siap nak kena arrange masa one week before plan jumpa. keja menteri ke apa dia nih erghhh! btw, nak tau tak bahawa dia telah kehilangan beberapa kilogram disebabkan dia kini adalah cikgu renang kepada 15 kanak-kanak. dia cakap buat kelas renang agak lumayan. but for me lumayan lah jugak sebab bila dia lose weight so one day I bolehlah cakap macam ni.. "Sayang, kenapa bukan dari dulu lagi you buat kelas renang, kalau tak mesti dari dulu I suka kat you". :p

# pengetahuan tambahan, handphone S.E Spiro den sudah tidak dapat berfungsi sebagai handphone. cuma boleh buat dengar lagu je. sebabkan handphone tu asyik hang je bila tengah mesej-mesej so aku dengan sekuat hati telah melemparnya ke dinding sebanyak 3-4 kali. then untuk kali ke empat handphone tersebut terus mengalami kerosakan skrin secara luarbiasa. so ada beberapa contact number teman-teman yang aku ter'hilang' sebab cuma save kat phone tak save kat simcard. nak view contact dari handphone itu pun tak boleh sebab skrin rosak. maka barangsiapa yang ada urusan dengan aku plez contact me ok. coz aku tak dapat nak trace balik kalau korang tak contact aku.


sekian dulu dari pihak kami, alexandriana alia dan suami... Pfftttt! ~berangan~


11 comments:

Amni said...

hahaha... Bukan main.. Dengan suami eh? Lepas ni boleh la cepat kawen.. Kelakar.. Sama la tu bercinta.. Amboiii.. =p

Aisumi Chan Kawa'i said...

haiyoohh~ sampai baling fon>? ganas tuu~ hhehee..

violetless said...

banyak kan bleh berubah dalam masa kurang dari sebulan kan?

una berry said...

ohoho, suka I baca
they way u put sounds funny
hopefully u'll achieve what u dream for
chaiyok!

beautiful_rose said...

wah...semakin berseri2 la sekarang.hati makin berbunga2 mekar.owh,sara dah tak macam dulu.sara kini lebih bersifat ayu!

ingat dah lama tak update sara nak tutup blog.rupanya still ada lagi... =)

Whoopz said...

welcome back.. :)

Uchi kay-f @hmad said...

slmt menulis kembali 'sarah karin'......

♥CIK SHA♥ said...

suami??hoho..amin..soon you will have ur hubby..;p

cerita sebulan yg padat dan ringkas..selamat menempuh hidup dalam suasana rumah baru..enjoy your new work..and enjoy your love life..^_^

IMANSHAH said...

selamat bertukar kerja dan ofis

fikah © said...

Selamat kembali ke dunia blog, sis!!

Alexandriana Alia said...

#Amni
mak, I nak kawen. huhu

#Aisumi
aku mmg ganas dengan benda. awaslah. haha

#violetless
orangnya tetap sama, tapi kisah berubah

#unaberry
thanks =)

#beautiful rose
mana boleh tutup blog nanti hilang fans. haha. penulisan ni ada keayuan ke?. sumpah tak tau

#whoopz
tq

#Uchikay
hehe, thanks bro

#cik sha
thanks. haha, i nak cepat2 bersuami pretty plez

#Imanshah
thanks

#fikah
yeahh.