Eksklusif:- Entry Permintaan Hati

Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui isi hati hambaMu ini.


Aku manusia lemah, dan untuk itu. Aku sangat mengharapkan keajaiban. Perasaan kali ini sangat kuat hingga aku sendiri hairan dari mana datangnya perasaan aneh sebegini. Tapi percayalah bahawa demi kamu, aku mahu menang, aku takkan mengalah sebelum berjuang.


Perut tegang, tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan.


Aku sebenarnya banyak bersusah. Tapi memang bukan aku jika diminta untuk mengalah. Aku menulis ini dengan tangisan. Ini sangat benar, bahawa perasaan ini adalah sangat sakit.  Sakit kerana aku tidak dapat meramal masa depan. Aku bimbang.

Mereka menasihati aku supaya jangan cinta mati. Tapi aku sendiri tidak meminta ini, perasaan separuh nyawa.

Di saat orang lain mungkin berpisah kerana insan ketiga, pudar kasih sayang dan segala yang sewaktu dengannya. Kebimbangan aku bukan untuk masalah seperti itu. Aku benar-benar bimbang sekiranya walaupun tanpa orang ketiga, walaupun perasaan kita begitu kuat, tapi takdir tidak menyebelahi kita, di atas faktor lain.

Aku ngeri membayangkan itu.

Justeru, bolehkah kita sama-sama berjanji bahwa kita akan tetap mencuba? Sekurang-kurangnya kita mencuba sehingga di tahap tiada sebarang penyesalan lagi.

Berjanjilah.



Comments

feyza said…
sesal adalah prkara y pling saya ak suka..=(

bila buat kptsan fkir sdlmnya ye~
Ya sayang. Mencuba selagi ada daya. Biarpun tinggal hujung nafas, kalau yang diperjuangkan sehabis daya itu sesuatu yang bermakna dan bawa bahagia, kita takkan menyesal walau pengakhirannya yang macam mana sekalipun. Moga yang terbaik.

Smile. :)
Shahada Fauzi said…
jangan menangis sayang..yakinlah dan bermohonlah pada Dia sentiasa supaya kamu diberikan kekuatan utk menghadapi segala kemungkinan..
James Alexander said…
membuat keputusan memang sentiasa mempunyai risiko...

namun hidup ini tidak pernah lari dari risiko...

pilih...
untuk yg terbaik...
tanpa sesalan di kemudian hari...
dan percaya dengan apa yg kamu pilih...

itulah keajaiban dalam hidup yg sebenarnya...
hanafijaafar said…
apa maksud eksklusif kat sini?
Unknown said…
dont love too much. jika jodoh itu ada,berdoalah. jika tidak, percaya lah qada dan qadar
Hans Hanis said…
sokong komen Ezan.....
jgn terlalu memberi kasih kerana takut nanti kita sendiri yg merana
:-)

Kisah Joyah Dan Bedah
+AnamuSafir+ said…
assalamualaikum..

setiap yang bercinta dgn makhluk akan terasa pedih dan lukanye..

koreksi semula diri kite..adakah sepanjang percintaan kita itu kite telah cemari dgn noda n dosa tanpa sengaja atau sengaja...

manusia selalu alpa..bila dah ditimpa dugaan baru ingat Allah kan. tapi di saat nikmatNya datang..kite lupa n lalai dan buat dosa..

semoga diri kita lebih baik dr sebelumnya..amin ya Rabb..
Solehah said…
Cintai sekadarnya..
puteri ain said…
doakan yang terbaek :)
Huda Luna said…
doa kepada Allah.

Dia akan sentiasa dengan kita.

=)

InsyaAllah
F. A said…
kita berusaha sebaik mungkin, berdoa dan bertawakallah...
sesungguhnya DIA lbh mengetahui yang terbaik untuk hamba-NYA
Hazwan said…
yer..tarik nafas dlm2,tp jgn kentut nanti busuk..haha..ade prblem cinta eh?xpe, kalau dh jodoh tak kemana..

aku suke gaya penulisan mcm ni =D
siti ika said…
aku pun ngeri..

"saya percayakan awak, awak percayakan saya. Awak jaga diri awak,saya jaga diri saya. Ingat, kalau jodoh tak kemana.."

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S