puteri gunung ledang..

dari melaka ke gunung ledang..
sekalian kalinya, aku ingin menyentuh soal cinta. cerita cinta, hikayat cinta dari tanah air kita, tanah Melayu.

Puteri Gunung Ledang dikatakan sangat cantik sehingga Sultan Melaka menghantar rombongan yg diketuai oleh Tun Mamat untuk meminangnya. namun sang Puteri meletakkan syarat yg cukup sukar untuk pihak Sultan memenuhinya. syarat2nya ialah:

1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
7 dulang hati nyamuk.
7 dulang hati kuman.
7 tempayan air mata anak dara.
7 tempayan air pinang muda.
1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.


Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.

sebenarnya memang wujud ke Puteri Gunung Ledang? dan yang sebenarnya memang betul ke cerita di atas? betul ke Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah saling mencintai?

sama ada cerita ni betul wujud atau tidak, inilah kisah cinta yang paling glamor kat tanah air kita. betapa cintanya Sultan Melaka pada sang Puteri, hingga syarat2 yg pelik bin ajaib sanggup ditunaikan asalkan Baginda memiliki si jantung hati. cerita ini turut dimuatkan dalam Komsas sekolah menengah, sebenarnya memang sangat banyak maksud yang tersirat disebalik kisah Puteri Gunung Ledang ni. Antaranya kepatuhan dan taat setia rakyat kepada Sultan selaku pemerintah yang berdaulat. Pembinaan jambatan emas dan perak dari Melaka ke Gunung Ledang menjadi bukti betapa dalamnya cinta Sultan kepada sang Puteri, tetapi permintaan semangkuk darah segar putera Sultan sebenarnya melambangkan bahawa Puteri Gunung Ledang tidak mahu menerima cinta Sultan Melaka. pasti sang Puteri sudah menduga bahawa tiada ayah yang sanggup mengorbankan anaknya demi sebuah cinta, maka terbukti cinta Sultan kepada anaknya jauh lebih mendalam berbanding cinta Baginda kepada sang Puteri. walaubagaimanapun cinta Hang Tuah dan Sang Puteri juga tidak kesampaian kerana daulat dari Sultan yang tidak merestui Puteri Gunung Ledang untuk bersama insan yg dicintainya. Sungguh ironis cerita cinta yg menjadi lagenda bagi masyarakat Melayu. Malah cerita cinta ini juga diketahui oleh orang asing yang bukan warga Malaysia.

Kampung aku sendiri memang dekat dengan Gunung Ledang, tetapi sejak aku dewasa, aku belum berkesempatan lagi untuk pergi. teringin juga aku nak datang ke Gunung Ledang dari Melaka. aku nak lihat dan bayangkan sendiri perjalanan dari Melaka ke Gunung Ledang, dan membayangkan juga seandainya wujud jambatan emas dan perak dari Melaka ke Gunung Ledang. dan seandainya aku adalah Puteri Gunung Ledang? apakah aku akan memilih Sultan, atau aku akan memilih Hang Tuah?


Comments

Anonymous said…
sbnrye pu3 gunung ledang suke dgn hang tuah sbb tu wat syarat yg pelik2 nie..

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..