kehidupan.
Hidup ini berlangsung dengan baik kerana kita menjalinkan hubungan dengan orang lain. Kita tidak keseorangan seperti tarzan yang hidup di dalam hutan. Tarzan tak tau dunia manusia. Dia hanya tahu dunia flora dan fauna. Wujud lagi ke tarzan abad ini? Atau sememangnya tarzan tak pernah wujud pun dalam dunia? Mungkin cerita tarzan ni hanya cerita dongeng. Yang pasti, kita bukan tarzan, kita perlukan orang lain untuk kelangsungan hidup. Hidup seorang diri? Pernah bayangkan ke? Pasti tak dapat dibayangkan. Jalinan hubungan dengan orang lain adalah sangat luas. Hubungan yang terjalin kerana pertalian darah adalah hubungan yang paling kuat dan dekat. Hubungan mak ayah dengan anak-anak adalah ikatan kuat dan hubungan ini adalah anugerah dari Allah. Jadi, macam mana pun. Kita mesti utamakan keluarga dari yang lain-lain. Hubungan tanpa pertalian darah juga adalah sesuatu yang perlu dihargai. Selepas keluarga biasanya kita akan merujuk kepada hubungan dengan rakan-rakan, kawan-kawan, sahabat handai, tak kiralah apa pun gelaran yang kita beri pada mereka, mereka ini juga adalah anugerah dari Allah untuk kita. Ini kerana bukan sepanjang hayat kita akan berada 24 jam bersama keluarga. Sedar tak sedar, sejak kita mula sekolah, kita sebenarnya menghabiskan lebih daripada 50% masa kita bersama mereka yang bergelar kawan. Kita membesar bukan saja dikelilingi keluarga, tetapi pembinaan karakter kita juga adalah dipengaruhi oleh karakter kawan-kawan. Sebab itulah orang kata, kalau nak kenal peribadi seseorang, kenali juga peribadi kawan baiknya. Walau tak 100% sama. Dalam 50% mungkin sama. Rasanya ramai yang setuju jika dikatakan kebanyakkan daripada kita lebih selesa habiskan masa dengan kawan-kawan. Mungkin sebab usia yang lebih kurang sama, dan minat yang serupa. Study group dengan kawan-kawan, shopping dan makan-makan dengan kawan-kawan. Dan banyak lagilah kalau nak cerita bab kawan ni. Selain kawan-kawan, kita juga dikelilingi oleh orang yang jauh lebih tua daripada usia kita, orang yang kita gelar makcik, pakcik, auntie, uncle ( samalah tu)..tak terkecuali nenek dan atuk kita. Mungkin juga nenek dan atuk orang lain. Dan kita juga menjalin hubungan dengan yang lebih muda daripada kita. Mungkin adik-adik kita, atau adik-adik kawan-kawan kita. Mungkin juga anak saudara yang baru nak masuk usia setahun. Dan sesiapa saja yang lebih muda dari kita. Kita sebenarnya membina jalinan perhubungan dengan orang sekeliling kita yang terdiri daripada pelbagai golongan. Mungkin mereka adalah guru sekolah, tukang gunting rambut ( biasanya kita suka pergi satu salon rambut ja), makcik jual goreng pisang, pakcik yang jual air tebu, tutor kita kat universiti, lecturer kita yang kedekut markah, ibu kepada kawan baik kita ( sebab kita selalu lepak rumah dia). Dan sesiapa saja yang sewaktu dengannya. (maaf tak disebutkan di sini). Jalinan hubungan inilah yang kita sebut sebagai tali silaturrahim. Jalinan kasih sayang sesama manusia tidak dibatasi dengan perbezaan usia, kedudukan, dan bangsa. Kerana jalinan kasih sayang ini adalah anugerah Allah kepada hambaNya. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Maka dilimpahkan perasaan kasih sayang itu dalam diri manusia untuk kita sama-sama berkongsi kasih sayang dengan hati yang ikhlas.
Comments