kahwin muda.

Kahwin masa muda.. bukan under age ok.. dah melepasi 18 tahun. Tapi kurang dari 22 tahun. Kategori kahwin muda la tu. Sebab yang kahwin umur 23 dah ramai. Merata-rata malas nak cerita. Berapakah usia yang sesuai untuk mendirikan rumahtangga? Berkahwin bukan perkara main-main. Itulah ayat yang selalu kita dengar. Mana ada orang berkahwin main-main. Ingat main pondok-pondok masa zaman tadika ke? Perkahwinan adalah perkara yang besar dalam hidup seseorang. Berapa pun usia bukan sesuatu hal yang perlu diperbesarkan. Apa yang penting adalah sejauh mana dan sedalam mana ilmu pengetahuan untuk menjayakan rumahtangga yang bakal dibina. Usia untuk berkahwin adalah sesuatu yang subjektif. Tepuk dada tanya selera. Sebenarnya ia banyak bergantung pada latar belakang individu dan persekitaran mereka. Apa hak kita nak sentuh hal peribadi orang lain. Sebelum seseorang itu berkahwin. Mestilah dia sudah fikir semasak-masaknya. Kalaupun kita kata kahwin muda banyak masalah, banyak tanggungjawab, lagi-lagi kalau kedua-duanya belum bekerja, dan masih belajar, kewangan belum stabil dan sebagainya. Walaubagaimanapun tentunya perkara yang kita fikirkan tu telah pun ditimbang-tara oleh individu yang nak kahwin awal tu. Dan sudah tentu mereka lagi tahu tentang hidup mereka dan keputusan yang mereka ambil. Jadi kita jangan bising-bising, jangan banyak komen. Itu memang sudah tersurat bahawa jodoh mereka sudah sampai. Seandainya rumahtangga pasangan muda ni goyah, kita doakan lah yang terbaik buat mereka. Dan seandainya ditakdirkan mereka berpisah (jangan pula didoakan), kita anggaplah jodoh mereka tidak panjang. Allah lagi Maha Mengetahui apa yang tidak hamba-hambaNya ketahui. Kepada yang terdiri daripada mereka yang berkahwin awal, tahniah diucapkan, kerana anda telah pun tergolong dikalangan mereka yang melaksanakan sunnah dan sesungguhnya Rasulullah bersabda bahawa baginda berbangga dengan umatnya yang ramai di akhir zaman nanti. Dan umat yang ramai itu, sudah tentunya adalah generasi yang lahir daripada sebuah perkahwinan. Kepada yang belum berumahtangga, bersabar dan berdoalah ke hadrat Ilahi semoga dipertemukan jodoh dengan insan yang seagama, sekufu, sehati, dan sejiwa untuk sama-sama melayari hidup menuju redha Ilahi. Amin.

Comments

Anonymous said…
klu begitu jom kite kawen !hahahha

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

Barang Hantaran untuk lelaki.

pengalaman naik bas 'lompat'..