cinta di hati sara
Apabila bercakap soal cinta yg membabitkan diri aku sendiri, ianya sangat sukar ditafsirkan. Aku yakin di hati aku punya rasa cinta kepada ramai insan. Aku cintakan mereka yang selama ini berada di samping aku, menemani perjalanan hidup aku hingga ke saat ini. Aku cintakan mereka yang tak pernah jemu menjadi tulang belakang aku, menjadi dahan yang kukuh tempat aku berpaut tatkala diri sendiri berasa lemah dan goyah. Malah aku cintakan mereka yang pernah singgah dalam episod hidup aku, yang pernah memberi sinar menerangi jalan gelap yang aku lalui, sekalipun mereka mungkin datang dan pergi.Ingin sekali aku memberikan cinta aku kepada semua insan yang sentiasa memberikan kekuatan pada aku, sekalipun hanya dari kejauhan. Sesungguhnya aku amat cintakan kalian dan aku ingin mengucapkan terima kasih yang takkan berpenghujung kepada siapa jua insan yang pernah membuat hati aku bahagia, biar pun kadangkala kebahagiaan itu datang dengan sekelumit duka. Dan akhirnya, aku ingin sekali meluahkan kepada mereka bahawa "aku cinta padamu".
Comments