ci comel penyeri rumah..
Kucingku sayang..
Sebenarnya rumah aku tak bela kucing time dulu-dulu. Tapi kami mula bela kucing sejak tahun 2007. Mungkin sebab adik bongsu aku dah besar. Jadi mak dan abah tak kisah nak bela kucing. Balik hari tu 23 januari 09. Dua ekor anak kucing yang lahir bulan ogos tahun lepas dah semakin membesar. Si Oren dan Si Belang. Yang Oren tu bulunya warna oren semua. Yang Belang tu warnanya belang oren dan putih. Ibunya Si Hinata still garang macam dulu. Rupanya tinggal 3 ekor kucing ja yang masih hidup. Tak sangka Si Gemuk yang dibela sejak akhir tahun 2007 mati awal januari lalu. Sedih juga. Gemuk tu comel, datang rumah masa bulan syawal, masa tu dia kecil lagi. Comot dan hitam. Selang beberapa hari datang pula si Putih. Kucing remaja betina yang garang. Aku namakan dia Hinata sebab bulunya putih semua. Nama Hinata yang aku rasa sesuai. Aisyah (adikku yang bongsu berumur 7tahun) bagi nama si Hitam itu Winnie sebab ingatkan dia kucing betina. Makin Winnie membesar, makin dia bertambah gemuk. Jadi akulah yang tukarkan namanya. Si Gemuk! Memang sesuai dengan kucing berbulu hitam yang gemuk. Aisyah cukup manjakan Gemuk. Kadang-kadang dibawa tidur bersama. Gemuk memang comel. Awal tahun 2008, abah bawa pulang dua anak kucing baru, abah kasihan dua anak kucing itu tercari-cari makanan kat tepi tong sampah kat depan sekolah. Sebab itu abah bawa kucing-kucing tu balik rumah. Satu dipanggil Si Comel, satu lagi dipanggil Gelap sebab bulunya hitam berkilat. Pertengahan tahun 2008, semasa Gelap dan Comel meningkat remaja, Comel sakit. Tak mahu makan, selang beberapa hari, Comel mati. Masa nak kebumikan Comel, aku menangis, entah kenapa aku sedih sangat. Sebab aku rasa umur dia pendek ja. Seminggu selepas Comel mati, si Gelap pula mati. Mulanya aku pelik kenapa kucing-kucing aku mati. Tapi ada kawan aku bagitau mungkin mati disebabkan makanan yang kucing-kucing tu makan masa kat tepi tong sampah sewaktu dulu. Antibodi lemah. Maka kucing kat rumah tinggallah si Gemuk dan si Hinata. Sepasang kucing yang putih dan hitam. Entah sejak bila Hinata bunting aku pun tak tahu. Tapi kucing jiran depan rumah aku tu suka sangat kejar si Hinata. Agaknya tak lama pastu si Hinata bunting. Dan lepas beberapa bulan, lahirlah si Belang dan si Oren. Masa Hinata beranak, anaknya ada tiga ekor. Tapi yang seekor lagi umur tak panjang. Jadi tinggallah dua ekor. Dan alhamdulillah hidup sampai hari ni bersama ibunya Hinata. Aku gembira tengok dua anak kucing yang makin membesar kat rumah aku. Walaupun Comel, Gelap dan Gemuk dah tak ada, aku tetap mengingati saat-saat waktu mereka masih bersama kami sekeluarga. Dan aku masih menyimpan foto-foto kucing-kucingku di dalam laptop. Agaknya akan ada ke penambahan kucing selepas ini? Nanti kalau ada, akan aku ceritakan lagi ya.
Comments