Posts

Berkunjung ke LIMA'15 Langkawi

Image
Assalamualaikum dan hi readers. Baru-baru ini telah berlangsungnya LIMA'15 Langkawi iaitu Langkawi International Maritime &Aero space Exhibition iaitu pada 17 Mac 2015 hingga 21 Mac 2015 di kawasan lapangan terbang Langkawi, Kedah. Setelah beberapa kali LIMA diadakan di Malaysia, Alhamdulillah kali ini aku berpeluang untuk menyaksikan sendiri show begini di depan mata. dan lawatan ini telah ditaja sepenuhnya oleh ibu bapaku. Alhamdulillah rezeki. kebetulan diorang diajak oleh jiran kami. maka aku berpeluang turut serta memandangkan aku pun telah berhenti kerja dan bercuti panjang sementara menunggu surat panggilan dari SPA Johor. Sedikit info berguna sekiranya anda ingin berkunjung ke LIMA Langkawi:- show bermula jam 11 pagi atau 12 tengah hari, bergantung kepada jadual penerbangan domestik flight di Langkawi. selesai semua penerbangan berlepas dan mendarat, maka barulah show LIMA dimulakan.  sekiranya ingin menonton show di kawasan sekitar lapangan te...

20 bulan bersama.

Image
diam tak diam, hampir 20 bulan dah kita bersama. masa mula-mula kita berkenalan, aku masih tak dapat membiasakan diri. berbulan-bulan jugak ambik masa nak biasakan diri. tapi kau masih ada disisi dan diperlukan oleh kami, wahai Si Putih yang banyak berjasa. kali pertama kita bersama adalah 20 bulan yang lalu. kalau ikut bulan, masa tu aku masih lagi di usia 25 tahun. jadi impian nak berkereta di usia 25 tahun Alhamdulillah tercapai. walaupun masa itu aku tak tau macam mana nak bawak kereta. tapi kalau tak ada kereta sendiri, macam mana nak biasakan bawak. so I dun care. Hahaha. walaupun aku bukan owner pertama, mungkin owner ketiga. tapi aku macam memiliki kereta yang baru. tidak banyak ragam dan mampu pergi sehingga 140 km/j di atas highway tanpa masalah. yang pasti bukan aku lah tu yang drive selaju itu. itu dah tentu nya mr.kesayangan lah. beliau itu memang super power kalau memandu. ini baru kereta 2nd hand, kalau beli kereta baru seperti Honda HR-V, bagaimanalah ag...

Nasi Goreng Special

Image
Assalamualaikum. Hai readers. hai kawan-kawan. selamat berhujung minggu. hari ni kita update pasal story masak-masak di dapur. kali ini menu nasi goreng. nasi goreng memang menu terpaling simple and boleh di makan bila-bila masa tak kisahlah sarapan, lunch or dinner. sebenarnya memang nasi goreng lah benda paling kerap di makan tapi kadang sebab bosan kan takkan nak goreng nasi je so sometimes buatlah lauk sampingan untuk dimakan dengan nasi goreng. waktu ni yang ada kat dapur cuma kentang, ikan bilis, bawang, and cili api. so terhasil idea nak masak tumis goreng bahan-bahan tersebut tapi make sure kentang dan ikan bilis tu digoreng terlebih dahulu. barulah kemudian menumis bawang and masukkan balik kentang dan ikan bilis yang dah digoreng. kalau nak pedas tambah cili padi. ini memang kegemaran. tak ada ayam pun tak apa. tak kisah tetap berselera. over tak siap hias sikit nasi goreng tu nak bagi nampak menarik padahal nak makan sendiri je. haha. yang ini pulak na...

Menu Nasik Impit

Image
Assalamualaikum. Hai readers. Percaya tak yang kita dah memasuki bulan March dan kurang 10 bulan lagi nak berakhir 2015. How time flies? bukankah terlalu pantas kan.  Ok. entry kali ini nak kongsi hasil masakan orang bujang. Last Sunday my sister yang kursus kat Kelana Jaya datang Putrajaya. so aku excited nak masak lah untuk beliau. masak nasik macam biasa tapi tetiba nasik yang ku masak lembik. terlebih air. fikir punya fikir nak buat macam mana dengan nasik lembik ni. last-last terfikir yang kita boleh buat nasik impit dengan nasik lembik. terus cari bekas aluminium then letak nasik lembik and padatkan dengan sudu. tekan-tekan lah nasik tu and biarkan dia sejuk. biarkan je dalam 2 jam. dalam masa dua jam menunggu tu bolehlah masak sup ayam. takkan nak makan nasik impit macam tu je kan.  after sejuk. nasik tadi bolehlah dipotong-potong. sup ayam pun dah masak, so terhasil lah soto ayam. sup ayam bolehlah letak kentang. kalau nak pedas leta...

IOI City Mall Putrajaya

Image
rasanya ramai yang dah maklum tentang kewujudan Mall baru ini berhampiran Putrajaya iaitu IOI City Mall Putrajaya. sebenarnya dah lama dah kami ke sini. dalam sebulan selepas mall ini dibuka untuk orang ramai. tapi baru kali ini nak share tentangnya dalam blog. kalau on the way dari Putrajaya, makan masa dalam 15 minit sahaja dah sampai. at that time kami pergi memang ramai sangat orang and parking dia masa tu belum berapa teratur lagi so jem dekat parking. tapi sebab masa tu parking masih free, so tak apalah.  dari tepi jalan lagi dah jem nak parking. ini yang masa baru-baru opening la. now taktau macam mana keadaannya. mungkin dah okay. actually masa kami pergi sini, time tu masih banyak lagi kedai yang belum beroperasi. Magnum punya kedai aiskrim pun tak bukak lagi masa ni. tapi IOI City Mall ni memang besar, lagi luas dari Alamanda. kedai makan pun lagi banyak pilihan and of course pengunjung pun lagilah ramai. macam semut. masa kami pergi ni b...

Akuan Sumpah di Istana Kehakiman Putrajaya

Image
selama lebih 3 tahun menetap di Putrajaya dan sudah berpuluh-puluh kali tengok Istana Kehakiman ini tapi tak pernah jugak masuk ke dalam. jadi hari semalam, aku telah membuat keputusan untuk membuat Akuan Sumpah di Istana ini. Ya. walaupun PesuruhJaya Sumpah ada di mana-mana. tetapi jika tidak kali ni maka bilalah lagi aku berpeluang masuk ke Istana Kehakiman ini.  siapakah arkitek yang menyusun atur bangunan-bangunan di Putrajaya ni. kalau dilihat memang ada simetri gitu. betul-betul bangunan Istana Kehakiman ini berhadapan dengan view yang begitu cantik hingga terlihat Masjid Besi Putrajaya.  view didalam Istana biarlah gambarnya kuabadikan seorang didalam simpanan. tapi ianya memang cantik seperti kita masuk ke dalam istana. urusan aku juga sangat lancar dan pantas dapat diselesaikan. Akuan Sumpah disini adalah percuma bagi kes aku iaitu Akuan Sumpah untuk perlantikan ke perkhidmatan awam. kalau kes lain. mungkin ada dikenakan bayaran tapi tidaklah ...

PTPTN: Membayar Dengan Senyuman.

Image
Alhamdulillah. segala puji bagi Allah untuk setiap episod hidup, yang baik dan buruk, tiap-tiap sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi. semoga kita semua terus positif dan selalu bersyukur. Bulan Disember 2014. Alhamdulillah Allah rezekikan dengan extra income jadi entah mana datangnya gerak hati nak bayarlah hutang PTPTN yang dah berlapuk dah lama sangat bertahun tak bayar. Azam tahun 2015 ni nak mula lunaskan hutang. memang dulu ada pernah terniat malas nak bayar PTPTN tapi hidup macam mana nak tenang kalau awal-awal dah berniat taknak bayar. kalau kita berkira-kira takut tak cukup, Allah akan bagi rezeki mengikut sangkaan kita. Jadi positif dan bersangka baik bahawa Allah akan mencukupkan kita.  Niat mahu melunaskan hutang kerana Allah. InsyaAllah yakin kalau kita buat benda yang betul, Allah akan permudahkan jalan kita. Amin.