Posts

Showing posts from 2017

26 weeks of 2nd pregnancy

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.   perjalanan 2nd trimester untuk pregnant kali kedua ni hampir sempurna, terima kasih Allah kerana mempermudahkan episod mengandung kali ini. Ya Allah sangat mudah atas rahmat dan kasih sayang Allah. Allah Maha Mengetahui situasi aku yang masih ada anak kecil, tak terasa sangat seperti sedang mengandung. tidak mengalami sebarang alahan dan mabuk. masih boleh dukung anak sulung dan rutin sebagai isteri dan ibu bekerja tetap lancar seperti biasa. syukur Alhamdulillah.   sebenarnya untuk our second baby ni aku memang tak kisah kalau mengandung jarak dekat. memang aku bersedia dan positif untuk tempuhi. orang kata biar penat sekali harung. disebabkan minda positif tu banyak urusan yang Allah bantu dan permudahkan. sangat banyak tidak terhitung, bukan sahaja aku tak mengalami sebarang alahan, tapi anak sulung pun sangat mudah dijaga dan diuruskan. tidak meragam, dan boleh dijaga oleh sesiapa. mudah ditidurkan, pandai bermain sen...

Kenapa Menganggur Dipandang Hina

Mengimbau kisah dahulu. actually tahun 2015 la masa awal tahun. masa ni aku dah terima tawaran masuk government tapi surat panggilan belum sampai lagi. and kebetulan aku ada krisis sikit dekat tempat kerja lama yang memaksa aku untuk resign awal dan jadi penganggur untuk beberapa bulan. oleh sebab memang jenis tak suka duduk rumah, and tak nak susahkan mak kalau tau aku tak ada kerja, yelah sebab aku ada komitmen kereta, sewa bilik and so on. so aku still stay kat putrajaya duduk saja kerja berjalan je tapi bukan berbelanja lah. sikit-sikit simpanan aku habis. dari amaun lebih tiga ribu dalam bank, memang susut dan susut sebab menanggung diri aku yang menganggur time tu.   ok cerita nya baru nak mula, sebenarnya ini bukan kali pertama aku tanam anggur berbulan-bulan (2-3bulan) tapi kali ketiga. sebelum tu masa tahun 2011 lepas aku pindah dari UM. dan jugak 2013 lepas aku resign dari taska kat putrajaya. masa 2011 n 2013 still okay sebab aku ada buat kerja secara part time...

Rutin Ibu Bekerja

Image
  Assalamualaikum. Hai Julai 2017. Selamat Hari Raya. mood masih beraya sebab nak makan makan di open house raya minggu ini dan minggu depan. Tahun ni beraya pertama di rumah mertua. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja 5hari 4 malam berpuasa dan sambut awal Syawal di sana. Pertama kali beraya bersama anakanda teruna sulung kami. Azzam murah rezeki, siapa yang jumpa dia terus hulur angpau raya. kadang satu rumah tu sampai 4-5 orang hulur angpau.   diam tak diam dah 7 bulan ibu bekerja selepas cuti bersalin. Azzam pun dah nak masuk 10bulan. sekejap je masa berlalu. Anak ibu tak lama lagi masuk setahun umurnya. Rindu Azzam yang baby yang merah-merah lagi tu.     Azzam Ashraf umur 4 hari. tembam, mata sepet macam anak cina. merah lagi masa ni. Wangi sangat         Selama nak masuk 10 bulan ni, Azzam easy baby sangat-sangat. dia tahu ibunya bekerja tak dapat nak berkepit dengan Azzam 24jam. Azzam sangat mudah dijaga, jara...

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Image
Alhamdulillah segala puji bagi Allah. throwback sikit pengalaman bersalin Muhammad Azzam Ashraf. Sebenarnya Azzam ni lahir dah terlepas due date. EDD 10/9/2016 and Azzam lahir pada 12/09/2016 iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji).   Plan awalnya masa awal pregnant ibu memang konon ada rancang nak bersalin kat Hospital Muar sebab memang rumah mak kat Muar. lepas tu masa ibu dah 7 bulan camtu atuk Azzam kata ala bersalin je kat Hospital Mersing, lepas bersalin baru balik Muar. Tapi nak dijadikan cerita sampai dah lepas due pun ibu tak bersalin lagi and dah nak Raya Haji pun kan jadi balik la kampong Muar and bila balik Kampung tu memang confirm lah akan bersalin di Muar.   Hari Jemaah haji wukuf di Arafah tu dikhabarkan waktunya doa kita dimakbulkan Allah. Ibu doa banyak-banyak yang ibu akan bersalin esoknya. Alhamdulillah, malam raya haji tu pecah ketuban di rumah and segera ke hospital sampai terlupa dah nak mandi dulu ke nak pakai pad ke semua tak inga...

Update Blog 2017

Assalamualaikum. Hai. Masih kah blog ini punya pembaca? Ok. Just nak update je sikit, sebab entry terakhir sebelum ni masih mengandung kan. Alhamdulillah penulis dah selamat bersalin seminggu selepas entry terakhir tersebut. Bersalin pada usia kandungan 40 minggu 2 hari istimewa bay lahir di pagi Hari Raya Haji. Alhamdulillah normal delivery +episiotomy, induce drip. Baby boy seberat 3.5kg yang diberi nama Muhammad Azzam Ashraf. Syukur pada Allah, esok genap lah 7 bulan penulis memegang jawatan sebagai seorang ibu.   Bercuti bersalin selama 3 bulan di rumah emak di Muar. Tempoh pantang dilalui dengan kejayaan dibantu oleh emak, abah dan adik-adik di kampung. Pengalaman bersalin dan berpantang sangat manis sebenarnya sentiasa diingati sampai bila-bila. Ibu bersalin di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Johor. Semua doctor dan staf nurse sangat baik dan ibu tiada sebarang masalah langsung diuruskan sepanjang di LR. Terima kasih sangat membantu ibu melalui proses melahirkan...