Rutin Ibu Bekerja
Assalamualaikum. Hai Julai 2017. Selamat Hari Raya. mood masih beraya sebab nak makan makan di open house raya minggu ini dan minggu depan. Tahun ni beraya pertama di rumah mertua. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja 5hari 4 malam berpuasa dan sambut awal Syawal di sana. Pertama kali beraya bersama anakanda teruna sulung kami. Azzam murah rezeki, siapa yang jumpa dia terus hulur angpau raya. kadang satu rumah tu sampai 4-5 orang hulur angpau.
diam tak diam dah 7 bulan ibu bekerja selepas cuti bersalin. Azzam pun dah nak masuk 10bulan. sekejap je masa berlalu. Anak ibu tak lama lagi masuk setahun umurnya. Rindu Azzam yang baby yang merah-merah lagi tu.
Azzam Ashraf umur 4 hari. tembam, mata sepet macam anak cina. merah lagi masa ni. Wangi sangat
Selama nak masuk 10 bulan ni, Azzam easy baby sangat-sangat. dia tahu ibunya bekerja tak dapat nak berkepit dengan Azzam 24jam. Azzam sangat mudah dijaga, jarang meragam, friendly dengan sesiapa pun tak menangis. tapi masih manja dengan ibu. Allah didik Azzam supaya memudahkan ibu dan abah. Ibu bekerja untuk keluarga kita, untuk Azzam dan adik-adik Azzam, ibu nak rancang kewangan keluarga kita sebaiknya 10, 20, 30 tahun lagi jika umur panjang. ibu nak hantar Azzam belajar pandai bila besar nanti. Banyak impian ibu untuk anak-anak, Allah rezekikan ibu sejak pregnant Azzam lagi ibu dapat sahkan jawatan, dapat naik gaji, naik gred jawatan. Alhamdulillah Allah takdirkan yang terbaik untuk kita anak-beranak.
Walaupun ibu hantar Azzam ke pengasuh, ibu sentiasa ambik Azzam awal. Ibu cari pengasuh yang dekat dengan ofis (tak sampai 5minit drive). Ibu boleh jenguk Azzam waktu tengah hari and ambik Azzam sebelum 5.20petang. Ibu pilih pengasuh yang lebih kurang umur ibu supaya boleh wassap ibu selalu, ibu selalu mintak gambar n video Azzam, buat teman ibu bila ibu rindu. Ibu sentiasa rindu Azzam. Allah kuniakan pengasuh yang sangat sesuai dengan Azzam. Syukur Alhamdulillah.
Ibu tahu ibu tak dapat nak uruskan rumah setiap hari. Dah penat balik kerja baik ibu main dengan anak ibu, basuh baju ke sidai baju ibu boleh buat waktu hujung minggu. Azzam makin lasak dan cerdik, suka explore sana sini, merangkak dari ruang tamu ke dapur, sepahkan barang dalam almari tv, tumpahkan air, cakar muka ibu. Ibu lagi suka layan Azzam buat apa yang Azzam nak buat. Tak apa ibu tak masak pun, makan Nasik goreng pun okay asalkan dapat main dengan Azzam. Bagi ibu yang bekerja, masa itu emas. rumah boleh dikemas kemudian tapi masa dengan anak tak dapat diputar semula.
Azzam sayang semoga menjadi anak yang soleh dan taat pada Allah dan RasulNya. Jadi abang yang baik dan contoh pada adik-adik. Ibu sayang Azzam.
Comments