Barang Hantaran untuk lelaki.



Assalamualaikum. berjumpa lagi. kali ni nak update pasal barang hantaran kawen. serius aku belum beli satu pun. kalau ikutkan hanya tinggal 50 hari saja lagi. tapi takpe aku yakin semuanya akan dipermudahkan oleh Allah InsyaAllah.

foto di atas adalah contoh dari facebook. bukan hantaran for my wedding. 


tapi rasanya barang yang aku pilih untuk hantaran kepada pihak lelaki tak lari jugak, sama macam dalam gambar kat atas ni.2 dulamg lagi tambah coklat and buah-buahan. gubahan pun buat simple je letak bunga-bunga. maybe pilih color white or cream jugak sebab warna camni boleh menonjolkan barang-barang yang kita bagi. if warna lain barang hantaran macam tenggelam pulak. 

jadi projek weekend ini adalah mencari barang hantaran. aku tak beli sikit-sikit macam orang selalu suggest tu. takpelah beli je sekaligus semua. senang kan sekali jalan je. kami pilih jumlah dulang 5 berbalas 7 sahaja. itu pun dah bingung nak bagi apa. lagipun dulang girls tak ramai pun. tak ada bridesmaid bagai. hahaha. 

mohon didoakan yang baik-baik ya kawan-kawan. thank you. 


Comments

sharamli said…
Kita esoknya majlis, malam ni baru buat awak. hahaha
Zurainny Ismail said…
Minggu ni ye? All the best, semoga semua berjalan lancar. :D

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S