Posts

Showing posts from September, 2014

Disini lahirnya sebuah cinta..

Image
Putrajaya adalah tempat paling best, yang pernah aku duduki. Putrajaya ada unsur air yang luas (tasik Putrajaya) dan susun atur pembangunan dan landskap yang cantik. Kalaulah diizinkan, Putrajaya adalah tempatnya aku pilih untuk habiskan masa bertahun membina sebuah kehidupan. InsyaAllah. Sejak hijrah ke sini pada Januari 2012, dan hampir 3 tahun ini, Putrajaya adalah tempatnya lahirnya rasa aman, juga rasa cinta yang luarbiasa. di sini, pengangkutan awam (bas) hanya 50sen tambang. dan jika ada transport sendiri, berdepan traffic jam adalah hampir mustahil. jadi bagaimana untuk aku tidak jatuh cinta? I hate crowd. pengalaman duduk KL suatu ketika dulu bagiku adalah sangat menguji sabar. kos yang tinggi. naik transport awam pun kena berebut, naik LRT pakai touch n go pun still have to queue. kadang kalau LRT penuh then you have to wait for the next train. sebelum sampai tempat kerja pun dah rasa penat yang satu macam. ini bukan complain tetapi ianya adalah...

Hari Malaysia di Pantai PD.

Image
Selamat Hari Malaysia. terima kasih PM kerana memberikan cuti umum. selalunya cuti umum yang jatuh pada hari bekerja maka aku akan termenung saja di rumah. tak ada plan nak ke mana-mana. tapi kali ini kami join trip orang lain. bukan trip lah. anggap saja ia aktiviti cuti umum. melawat pantai dan laut. Ya. PortDickson kami datang. rombongan 5 buah kereta. salah satu kereta datang dari Putrajaya. yang lain memang dari N9. Bilakah kali terakhir daku ke pantai?, tidak ingatlah. rasanya pada tahun 2011. dan kali terakhir mandi laut?, masa tahun 2004. lebih 10 tahun yang lalu. itupun masa rombongan SPM '04. walaupun aku memang suka berjalan-jalan, tetapi jarang ada peluang berjalan ke tempat peranginan. kalau tak beriya orang ajak, tidaklah kami sampai ke sini. dari Putrajaya ke Senawang, dan kemudian ke Port Dickson. pantai yang kami pilih ni memang okay. masih cantik. orang pun ramai tapi taklah sesak sangat. cuma satu kekurangannya, tak ada tandas atau bi...

Menjemput Rezeki

Image
Tidak akan berkurang apabila kita memberi,  Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Tapi kita sering berkira-kira, takut tak cukup untuk kita, kita lupa bahawa Allah yang mencukupkan rezeki kita. Kita dah usaha mencari rezeki, tetapi Allah yang menentukan, jika sesuatu itu ditakdirkan dapat kat kita, maka ia tidak akan jatuh ke tangan orang lain. Kita mesti yakin pada ALLAH. Seumur ini, walau berapa umur kita, berapa banyak kebaikan yang kita dah buat untuk orang lain. Ikhlaskah kita? Setiap kebaikan, akan berbalik kepada diri kita sendiri. Tapi kita masih juga berkira-kira untuk berbuat baik. Lemahnya iman kita Jalan ke syurga, bukan hanya dengan melakukan ibadah khusus semata-mata, Solat kita dirikan, puasa kita laksanakan, zakat kita tunaikan. di dunia ini, apakah manfaat kita kepada orang lain. jika lebih yang Allah kurniakan, apakah ia hanya untuk diri kita sendiri?  jangan sesekali kita meremehkan seb...

percubaan 1 2 3.

Image
Salam Bahagia. jangan tanya kenapa tiba-tiba mood rajin berblog boleh meresap ke dalam diri. hidup ku sudah indah, tapi adakalanya boring juga. jadi luangkanlah masa boring itu untuk berblog. jangan risau sebab blog ini tidak lagi jiwang seperti suatu masa dahulu. kejiwangan I hanya diri You saja boleh rasa. kahkahkah. boleh blah. jangan tertipu. ini bukan gambar baru. ini gambar selfie raya tahun 2013. saja je nak share. next, Ini gambar Khamis lepas. malam itu daku menemani seorang insan yang katanya terbosan-bosan lalu mengajak ku dating di sini. disini lahirnya sebuah cinta yang murni abadi sejati. ok. itu lirik lagu. sebenarnya disini dan dimana-mana juga lahirnya rasa cinta. asalkan ada kamu. aik tadi janji taknak jiwang kan, sekarang apa kes?? next, kuda ku lari gagah berani. err, bukan kuda aku. ni kuda Perbadanan Putrajaya. kereta kuda untuk disewa. boleh dibawa bersiar-siar mengelilingi bulatan Masjid Putra sahaja. lupa nak tanya bape caj se...

open house raya dan roti jala.

Image
Ini cerita open house raya yang bukan diadakan di rumah sendiri, tetapi di sebuah kilang di Bangi. dan aku bukanlah seseorang yang hadir sebagai jemputan, tetapi sebagai krew menyediakan makanan open house. ok. ini pengalaman pertama menyediakan begitu banyak gulung roti jala walaupun sebenarnya 1st time aku mengirai roti jala. tidak kurang dari 1000 gulung roti jala yang disiapkan oleh aku pada hari tersebut. now silalah kagum. muahaha. dah 27 tahun hidup, baru kali ini mengenal apa itu Thosai. ini dia mini thosai. 1st time tengok, 1st time makan dan 1st time menyiapkannya diatas pan, jangan tanya bancuh macam mana, sebab dah ready dibancuh awal-awal, tinggal dilempengkan saja bukanlah susah mana. thosai ni boleh kata makanan yang sekali cuba aku taknak cuba lagi. sebab tak kena dengan tekak aku, tapi mungkin sedap di tekak orang lain. for me, lempeng kampung jugak sedap. nak nak cicah dengan sambal tumis. wajiblah meleleh. hehe. dan yang terakhir, ini adalah ga...