Posts

Showing posts from June, 2012

Herbalife & Me

Image
macam mana nak bancuh shake Herbalife supaya sedap sangat-sangat?.. mudah saja. jadikan ia ice blended. tak kisah nak guna air biasa atau susu rendah lemak atau pun susu soya. tapi hasil dia memang sedap gila. kalah ice blended dekat starbucks. hehe bila dah di blend dgn ais kiub. mmg wow sangat tengok je cawan ni terus cant wait untuk habiskan dia. sedapnya... why herbalife? * sebab saya sayangkan tubuh badan saya yang Allah pinjamkan untuk sementara. tubuh badan yang sihat akan mudahkan kita untuk buat macam-macam kerja. bila kita sakit yang macam-macam, duit berjuta pun tak boleh beli kesihatan. tapi masa tengah sihat. kesihatan kita ni boleh dipelihara dengan pelaburan yang sedikit. saya pilih Herbalife untuk kesihatan saya. anda bagaimana?

Diet Bukan Hanya Untuk XXL.

Image
for me, diet maksudnya usaha untuk jaga kesihatan tubuh badan melalui pemakanan. kita adalah apa yang kita makan. diet sebenarnya bukan hanya untuk si gemuk yang nak kurus. sebab ada orang yang kurus tapi tubuh dia dalaman tak sihat pun. bezanya mereka makan macam-macam tapi tak jadi gemuk. bila buat body scan. lemak dalam badan tinggi juga. lain pula bagi sesetengah orang yang bila makan over sikit terus badan pun naik. aku sendiri tak pernah ada sejarah gemuk pun in my life. tapi cuma pernah terlebih berat beberapa kilogram. tinggi 153cm. berat yang sesuai adalah 50-51kg.. tapi ada time, pernah capai berat 55kg. yes! sebab aku suka makan. try tanya mr.teddy aku makan macam mana. lagi banyak dari dia. tapi dalam pada suka makan tu, aku tetap concern pasal ideal weight sebab aku ni belum kawen lagi. bayangkan kalau dah kawen, beranak. ntah ke berat jadi 60-70kg. serius aku tak dapat bayangkan itu. aku nak cegah benda tu awal-awal lagi. biasalah perempuan mesti kena concern ten...

kenapa diet sering gagal? #1

Ramai di kalangan kita yang ada usaha untuk diet, ada usaha untuk kurangkan makan, malah ada yang sehingga ikat perut untuk slim, tapi dalam kebanyakkan kes. diet sedemikian tetap tidak berhasil. malah ada yang sampai dapat sakit pulak. badan jadi lemah, selalu sakit perut, gastrik dan kurang zat dalam tubuh. tadi lunch hour, ada seorang kakak ni badan dia besar. so aku expect dia akan makan banyak. pinggan penuh. but guest what?.. masa beratur kat cashier. aku tengok pinggan dia cuma ada sayuran dan daging goreng. TIADA NASI. tiba- tiba teringatkan pengalaman aku sendiri tahun lepas. macam itulah aku try diet. ambik lauk sahaja tanpa nasik. sebulan kot tak makan nasik. tapi hasilnya.. memang berat turun 1-2kg. tapi tubuh jadi lemah. metabolisma badan jadi rendah. cepat penat sebab asyik tahan lapar. sistem tubuh jadi tak stabil. seksa sebenarnya. tapi usaha nak diet tak stop kat situ. aku try jugak cari solution lain. sebab at that time memang rasa dah gemuk. sehinggalah one day te...

Wordless Wednesday

Image
Sofea, her parents were waiting about 5 years for Sofea, their 1st child.

usah pertikai.

kadangkala hairan dengan pemikiran manusia yang bukan lagi tahap cetek, tapi akalnya tandus. kalau tahap cetek tu kira ada la jugak takungan air boleh bagi sang burung yang kehausan singgah minum. tapi kalau tandus. sudahlah kontang tiada air, ditabur benih emas sekalipun sudah tentu sia-sia. begitulah diibaratkan. banyak orang. suka pertikai benda yang dia bodoh tentangnya. bukan bodoh tidak boleh diajar. masalahnya sekalipun diajar, dia tetap mahu bodoh juga.  'Membazir Amalan Syaitan'. bila ada no plat kereta dibida hingga setengah juta. keluar lah ayat 'membazir amalan syaitan'. tapi tahukah anda. perkara pembaziran yang paling dibenci Allah dan Rasulullah adalah apabila kamu makan, kamu tidak habiskan makanan di pinggan kamu.  perkara yang kecil-kecil memang kita tak nampak. kita cuma akan nampak perkara yang besar-besar, seperti hal duit RM520,000. memang besar lah dimata kita yang baki akaun bank bulan-bulan kurang dari RM520. yang hairannya. se...

I met his mother.

Image
Salam Rejab. Selamat datang Jun. hari ni dah 9 Jun. time is running fast. pejam celik je. kan?. cuti sekolah dah nak habis. sebut pasal cuti sekolah. musim kenduri kendara sangat rancak setiap kali cuti sekolah. I am happy tengok update rakan-rakan sekolah mahupun ipt yang dah selamat mendirikan rumahtangga. Congratulations to all of you guys. maaf sebab tak dapat nak datang.  ini, Ahad lepas. kami menemani emak mr.teddy ke Jalan TAR. this time. both of us poket kering gila. so. only his mom did shopping. dan ini adalah pertama kali bertemu mama beliau. kelihatannya, mama dia okay-okay sahaja. macam sporting sama macam emak saya. tapi my mom jauh lebih sporting agaknya. ya. i know my mom very well.  ini gambar curi. mama mr.teddy sembang kencang pasal harga kain. macam beliau nak bisnes. but Im not so sure. dah nak puasa ni sempat lagi ke nak bisnes kain?..  2 jenis kain yang sedang HOT di Jalan TAR. iaitu kain Ombak Rindu dan Sutera ...