kondisi yg masih belum tentu.

selsema yg masih belum baik...dah 3 hari selsema, dan hari ini rasa macam demam, balik dr lab pukul 5ptg, terus tido sampai dekat pukul 7mlm..sangat tak larat..sebenarnya mmg ramai budak um yg sakit..ntahlah..bukan taknak g klinik, tp kat klinik tu ramai sangat yg sakit..sentiasa penuh sendat dgn manusia..aku rasa patutnya pusat perubatan universiti malaya kena wat cek up kat fakulti2..demi memudahkan student..bukan apa.. takut gak antara ramai2 yg demam ni ada yg suspek h1n1..lgpun dah byk ipta yg tutup akibat jangkitan ni..

walaupun selsema, tetap makan aiskrim milo yg hasni buat sendiri semalam, katanya dia buat guna susu segar, gula, n milo..aku tak tolong pun dia buat..malas nak menyibuk..hihi..tapi aiskrim tu mmg sedaplah..walaupun tu percubaan pertama minah tu buat aiskrim..tapi rasanya tak kurang hebat dengan aiskrim walls..huhu, puji melangit supaya cik hasni akan buat aiskrim lagi lain kali..hahaha..

lab dah byk..maka lab report pun melambak nak kena siapkan, plan untuk discuss pasal lab report hari ahad ni kat library um..harap2 tak terbatal lah..kenapa ntah masa makin cepat berlalu..kerja pun dah makin banyak..mmg kena atur masa supaya takda masalah kerja tak siap bila sampai due date..

tadi test plant fisio..aku rasa macam leh jawab, n aku rasa ramai org setuju dengan aku..soalan direct jer..harap2 leh score dengan baik..n aku doakan sumer org dapat markah yg bagus..amin

lab fisio kimia mikrob ptg tadi habis awal..praktikal yg simple..tapi counting mikrob colony kat plate tu sangat men'tension'kan diri aku..pening dan serabut nak kira..nasib baik aku bukan majoring mikrobiologi..kalau tak, boleh muntah la aku kalau hari2 kena mengira benda alah tu, huhuhu..

bila tak sihat ni, rasa macam rindu plak nak balik umah..kalau dapat makan bubur yg mak masak mesti sedap..dah dekat sebulan kot aku tak balik umah..tapi macam tak sempat nak balik..coz sekarang byk kerja..nampaknya aku balik time cuti pertengahan semester jelah.. lagipun kan ke masa tu sambut awal ramadhan sekali, best la jugak..bersahur ngan berbuka puasa ngan famili..hihi..

setakat ni dulu entry hari ini..dah kata demam jgn ngengada nak mengarut lebih2..hehe..

Comments

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S