Posts

Showing posts from August, 2009

selamat menyambut kemerdekaan ke 52..

Bulan ogos hampir melabuhkan tirai. Dan semua org tau bahawa Ogos akan diakhiri dengan sambutan kemerdekaan. Dan tahun 2009 ini, kita menyambut hari kemerdekaan tanah melayu yang ke 52. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, atas nikmat kemerdekaan di tanah tumpah darah ini. Ingin sekali melihat kemerdekaan ini bukan dari sudut kebebasan, kerana frasa 'kebebasan' itu sendiri selalu disalah ertikan. Kita raikan kebebasan tanah kita dari belenggu penjajahan. Bukan raikan 'kebebasan' dengan bebas menjadi apa saja hingga melupakan agama dan budaya kita. Kemerdekaan ini, begitu besar ertinya bagi mereka yang mengenali sejarah bagaimana episod ratusan tahun bangsa kita dijajah. Dan siapa yg tidak kenal sejarah itu, maka dia tidak layak meraikan kemerdekaan ini. Saban tahun kita dihadiahkan konsert malam ambang merdeka di mana-mana dataran berdekatan. Tapi hadiah sebegitu tiada manfaatnya kerana ia ibarat satu peluang ke arah lebih banyak kelakuan sumbang. Kemerdekaan kali ini,

betul atau salah?

pertama sekali, betul atau salah telah ditentukan oleh pegangan agama masing2.. yang halal itu adalah 'betul' dan yang haram adalah 'salah'.. simple lagi senang.. seorang penceramah pernah berkata.."Islam itu berkenaan 5 perkara iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram." Maka sebagai seorang Islam, kita wajibkan yang wajib, memperbanyakkan yang sunat, meneliti sebelum mengharuskan yang harus, meminimakan yang makruh dan menjauhi yang haram. yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan yang diantara keduanya itu adalah syubhah. Dan sesuatu yang syubhah adalah menghampiri kepada haram. Syubhah ini boleh dikatakan sebagai sesuatu yang diragui. Dan apabila kita berasa ragu, adalah lebih baik jika kita menjauhinya. Sebagai contoh ada orang meragui bahawa tengok wayang tu boleh atau tak boleh. Sebab ada orang kata siapa yg masuk panggung sama macam masuk tempat maksiat. Penulis plak berpendapat, kalau ada sesetengah yang rasa macam tu, so dia tak payah

cerita ini.

Selamat pagi sabtu..Cerita kali ini membawakan tentang sesuatu cerita..Haha..Jangan bingung, inilah ceritanya..hehe.. Penulis macam sedang meminati bidang masakan secara lebih sejak tinggal di rumah sewa. Rasa macam nak belajar secara mendalam segala resipi masakan. Beruntung kerana housemate kesemuanya jenis suka berada di dapur. Malah kami semua seronok memasak di dapur dan kemudian makan bersama-sama. Tidak perlu jadual memasak, siapa pun sedia bertolak ansur untuk memasak sekalipun pulang lewat dari kuliah. Dan walaupun di bulan puasa, tetap bersemangat menyediakan juadah berbuka puasa. Tak perlu membeli di bazaar ramadhan. Cuma kadang-kadang penulis akan membeli kuih-muih sebagai juadah sampingan. Kuih kegemaran di bulan puasa ini adalah kuih kole kacang, manis dan sedap. Dua hari sekali mesti beli kuih kole kacang. Sumpah sedap! Alhamdulillah penulis dilahirkan sebagai seorang yg tak cerewet bab makan. Senang kata asalkan halal, tolak batu dan kayu. Pasti akan disebat. Jadi bila

perjalanan ini..

Image
shima ( my coursemate) n penulis..( gambar hiasan tiada kaitan dengan entry). perjalanan dalam meniti kehidupan, tak pernah berhenti.. selagi jantung masih bernadi.. perjalanan yang kelihatan jauh, padahal ia hanyalah dalam waktu yang singkat.. dalam pada kita terus melangkah ke arah destinasi akhir sebagai insan.. adanya persinggahan yang mengikat kita untuk tempoh tertentu.. persinggahan di zaman kanak-kanak.. zaman remaja.. zaman dewasa.. persinggahan yang sebenarnya begitu pendek tempohnya.. begitu berharga.. kerana dalam tempoh ini.. seorang insan membina karakter.. membangun peribadi.. menjadi 'diri sendiri'.. alangkah sayangnya.. apabila kita gagal menghargai tempoh yang singkat ini.. hanya kerana.. kita tidak nampak betapa 'berserinya' kehidupan bersama teman-teman sepersinggahan.. pernah hati ini merasai derita.. kerana menahan pahitnya sengketa.. dan sejak itu.. ada azam yang tertanam.. supaya derita seperti itu.. tidak terulang lagi..

ustaz kata.....

just simple thing.. nak cerita kat sini.. tentang kata2 seorang ustaz dalam kuliah pagi tadi.. dia bercerita sedikit.. mulanya ustaz cerita pasal buah kurma baik untuk wanita nak bersalin, then bertukar ke topik bahawa bersalin adalah sangat sakit.. dan berkata bahawa lelaki patut hargai pengorbanan isteri.. jgn jadi macam 'seseorang' senang2 beralih arah.. baru sebulan bercerai dgn isteri, dah menikah lain.. bekas isteri belum sampai separuh pun tempoh iddah.. itulah perangai lelaki.. dan tiba2 ustaz kata.. kalau betul nak ikut sunnah nabi.. " Nabi Muhammad s.a.w hanya berpoligami selepas kematian zaujah pertama Baginda iaitu Saidatina Khadijah" mmg betul.. itulah sunnah Nabi yg sebenar2nya.. dan dalam banyak2 isteri Baginda.. hanya Saidatina Aisyah sahaja yang bukan seorang janda.. memang peribadi Rasulullah sangat agung.. teladan sepanjang zaman.. apapun, nice words from ustaz.. thank you!

kuih raya untuk emak abah.

Image
kuih raya. mmg belum pun melepasi 10 hari pertama ramadhan, tp penulis dah menempah kuih raya dr seorang pengedar kuih raya yg juga adalah housemate penulis..berminat ngan kuih yg kat atas tu..katanya sedap..sejenis kuih raya yg berunsurkan biskut disalut coklat dan di taburkan nestum..penulis decide untuk beli satu bekas.. satu bekas tu rm21 dengan 50 biji didalamnya ..beli bukan untuk makan time raya, tapi beli untuk makan time bulan puasa.. haha.. kuih raya ni adalah khas untuk mak n abah kat rumah..serta my siblings..50 biji bahagi ngan 10 org, haha..sorang dapat makan 5 biji jer..kahkah! sekali hadap jer dah boleh habis..tapi takpe, at least ada gak something yg boleh diberi dgn ikhlas..better than nothing..kuih raya tak semestinya dihidang untuk tetamu, tapi ianya boleh juga diberi sebagai hadiah kepada sesiapa pun..lagipun cuma time ni jer ada org jual kuih raya yg macam2 jenis..jadi, ambik kesempatan ni untuk beli yg sedap2..dan makan bersama org tersayang..hehe..

friday..

Image
te'ah, mamek n me.. dah berakhir pun mggu kuliah kali ni.. mggu yg tension coz ada 3 test..apapun hidup mesti tak boleh selalu tension..nanti cepat tua dan cepat dapat sakit..apapun..badan yg sihat datang dr akal dan emosi yg sihat..so, buang jauh2 segala mood tension.. bulan puasa yg sejuk..sejuk kerana selalu saja hujan.. bila hujan, rasa cam nak tido je.. my elder sis nak datang kl mggu depan..katanya nak uruskan pinjaman pelajaran dgn MARA.. whatever it is, doesn't matter..tapi aku kena jemput dia kat puduraya tu..maklum bahawa dia bukan tau k.l ni cam mana..tak kisah la..janji dia kenalah blanje aku..terlanjur dia ada kat cni, bleh la shopping tudung raya sekali, haha..rupanya tak sabar nak shopping..kuangkuangkuang! macam entry ini adalah ntah apa2..takda idea pun..saja bebel sorang2..suka ati akulah nak bebel, ni kan blog aku..kahkahkah! weekend ini wajib bincang assignment..tak bleh tangguh lagi.. dan kenalah pergi library untuk berbincang dengan ahli group.. weeke

im sorry!

"iff all things could be forgiven with the word sorry , then why are there laws and police in this worlds?.." is it so hard to forgive and forget? the 1st thing that will come to my mind when i did something wrong to people of coz is = ask for the apologize! its look like just simple thing to ask for forgiveness. but actually its so hard depends on the situation. sumtimes, things go wrong and we didn't realize that we already hurt others.. n it was not on purpose to hurt somebody's heart..i swear! it was not on purpose. sometimes people turn to be very sensitive mood..or bad mood..or not in good mood. a lot of reason behind the bad mood.. but doesn't matter if we try much not to let the 'bad mood' to become worst.. there are so much things for us to share together in this short life, so why are we still have to keep the past mistakes too long?.. is it so hard for us to forget and give forgiveness? why sometimes people turn to be childish? maybe som

sekembali...

salam ramadhan..nak ucap selamat berpuasa kepada semua bloggers n readers yg mengunjungi blog ni..selamat bertarawih juga di malam hari.. lama dah tak update, rasanya dah lebih 10 hari kot..sampai blog pun dah jadi berhabuk nampaknya..bukan skrin laptop yg berhabuk okay..ceh, tetap nak kata yg skrin laptop penulis sentiasa clean n clear..kahkahkah.. blog tak dapat di update kerana penulis bercuti semester selama seminggu, dan selama seminggu juga berada di kampung halaman..dan selepas naik cuti pun penulis sibuk dengan aktiviti sebagai pelajar..haha..musim-musim test baru rasa diri ni macam seorang pelajar..kalau tak, tak rasa pun diri adalah seorang pelajar..kahkah..mungkin terasa diri adalah seperti seorang penulis bebas?.. test pada hari isnin sangat tidak memuaskan hati..test hari selasa juga sama..tinggal satu lg test hari khamis nanti harap2 boleh jawab dgn cemerlang..Amin..dan esok adalah hari untuk pembentangan dan men'submit' report..padahal belum siap lagi..malam nant

bersama housemate..

Image
oh..ini adalah sejenis entry yg ditujukan khas buat pembaca yg mahu mengenali siapakah gerangan mereka yg selalu dekat dengan penulis, mmg dekat kerana mereka yg terpapar dalam entry ini adalah rakan2 serumah penulis, walaupun baru saja tinggal serumah selama sebulan setengah, tapi rasanya macam kita berlima dah lama hidup bersama.. dan foto2 dibawah telah dirakamkan ketika kami sama2 berkonvoi ke feskum 09 malam semalam.. with shida, ( chemistry student from kelantan). we both dress pink color! with naemah, shida, n kak izzat. hasni takda dalam foto..kerana dia si pengambil gambar..hihi.. 3 pinky girls vs 1 greenish. with hasni (as coursemate too) n naemah. masing2 pegang bear yg matching dengan dressing..hahaha.. actually dapat ambik gmbo jer dan tak mampu nak beli teddy bear tersebut walaupun org beranggapan harganya murah..cuma rm50..murah tak? p/s: all of you are the best housemate forever!

H1N1..

Mangsa h1n1 yg melibatkan kes kematian di malaysia mencatat jumlah yg membimbangkan iaitu sebanyak 51 kes kematian. 6 kes kematian dicatat di Uitm Segamat hinggakan ipt tersebut terpaksa ditutup untuk satu semester. situasi yg benar2 mengundang kerisauan seluruh rakyat malaysia. suasana sekitar tempat2 awam juga dah bertukar, ramai yg mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng menutup rongga mulut dan hidung, malah budak umur 2-3 tahun pun pakai jugak..mmg mangsa terlibat ramai di kalangan kanak2 yg berada di tahap imunisasi yg masih lemah.. rakyat menunggu tindakan drastik kerajaan bg mengatasi dan mengawal wabak swine flu ini drpd terus memangsakan penduduk awam.. sampai ada yg komen bahawa kementerian kesihatan hanya bertindak mengira jumlah kes dan jumlah kematian sahaja tanpa ada sebarang tindakan yg lebih efektif.. suspek yg dijangkiti h1n1 boleh sembuh sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal, kebanyakan kes kematian adalah berpunca drpd merebaknya virus terhad

13 08 09

Image
semakin difikir, semakin menyakitkan hati, so..berhenti berfikir tentangnya dan adalah lebih baik memikirkan hal2 lain yg lebih berfaedah..aik! apakah jenis perkara yg jika difikirkan adalah tidak berfaedah itu? no..no.. jgn byk tanya..lupakan saja..anggap lah ia perkara tahap sulit ibarat penyiasatan CSI..haha, dah lama tak tengok CSI...macam mana nak tengok, kat rumah sewa ni mana ada tv..huhuhu.. maggi goreng jawa.. percaya tak, penulis dah berpuasa drpd makan mee maggi selama 3 mggu?..aduhai seperti pencapaian yg amat bagus..maka hari ini penulis telah mencemar duli dgn memasak maggi mee.. dan memakan nya dengan penuh selera..macam biasa, maggi perisa kari jadi pilihan..mmg sedap dan best tahap dewa.. malam ni, penulis dan semua housemate akan menjengah gerai feskum..saja nak pergi di malam hari..macam suasana adalah lebih syok drpd siang hari..dan sengaja kami serumah plan untuk berjalan2 sebelum cuti mid sem break bermula lusa nanti..rasanya macam penulis akan beli satu tedd

12 08 09

Image
hari ini, dengan sangat kebetulan tanpa dirancang, kami berenam kesemuanya memakai baju kurung ..maka kami dengan senang hatinya mengabadikan gambar yg sweet ini untuk kenangan bersama, bg penulis, we are the best coursemate in the world.. zati, sara, jihan, zahidah, hasni n izzah.. gerai yg bertuah.. masih lg dalam mggu n mood feskum 09.. maka nak cerita bahawa penulis n the geng telah meneroka feskum buat kali kedua demi mencari hadiah untuk senior2 kami yg terpilih, haha.. maaflah tak semua senior dapat gift drpd penulis dan rakan2, dalam byk2 gerai yg jual-jual ni, cuma satu gerai jer yg bertuah kerana terpilih untuk appear dalam blog ini, haha.. terima kasih kepada pemilik gerai tersebut kerana sudi berunding harga dengan kami, berbanding dengan gerai2 lain, harga yg diletakkan banyak yg terlalu mahal dan macam tak berbaloi untuk membelinya..sangat comel2 patung2 kat gerai ni sampai rambang mata nak pilih yg mana.. malu jugak sebenarnya coz masa jalan2 kat feskum ni nampak rama

11 08 09..

Image
bersama bunga2.. sangat pening saat menaip entry kali ini..ntahla pening disebabkan aper, tapi rasanya pening ni datang akibat jalan2 tengah hari tadi kat Feskum..sebut pasal feskum, penulis baru hari ini berkesempatan mengunjungi gerai konvo sempena konvo um 2009..cuaca sangat panas saat berjalan-jalan sekitar feskum ni..hari ini student yg graduate tak ramai sangat coz hari ni hanya melibatkan pelajar sarjana sahaja, esok pasti ramai sebab esok adalah hari pertama konvo bagi student sarjana muda,konvo kali ini dimulakan dengan fakulti akademi pengajian Islam (esok) dan diakhiri dengan fakulti sains (sabtu)..rasanya gerai2 yg ada macam tak berapa banyak sangat, penulis tertarik nak ambik gambar bersama bunga2 mawar merah ni, mmg terharu kalau grad dapat bunga macam tu..hihi, dan kepada sesiapa saja org luar yg nak kunjungi um, masa Feskum ni adalah masa paling sesuai sekali..jemput2 datang ok.

10 ogos 09..

yahoo! nak ceritakan mood penulis yg hepi sangat kerana test pada rabu ini ditangguhkan ke tarikh 24 ogos iaitu selepas cuti mid sem break..aduhai bohonglah klu ada org tak hepi dgn penangguhan test apatah lg orang yg tak ready macam si penulis blog ini..macam rasa dibebaskan dr beban bila test ditangguhkan..mggu ni mmg bukan mood untuk ulangkaji pelajaran, bukanlah kerana malas tetapi adalah kerana tidak rajin..yelah, org lain bergembira masa feskum tapi ada plak kita kena menelaah pelajaran, mana aci?.. dengan penangguhan test tersebut maka plan asal untuk study pada malam hari terus terbatal dengan automatik..dan diganti dengan aktiviti menonton drama korea, drama korea ini adalah adaptasi drpd drama taiwan bertajuk Meteor Garden..mesti sapa2 yg minat drama korea akan terus dapat tahu tajuk cerita ni..Boys Over Flower.. cerita ni sangat panjang berjela-jela of coz takkan dapat terhabis untuk tonton secara terus, malam ni cuma dapat tengok 3 episod sahaja..mmg cerita ni persis denga

9 ogos 09

Image
hari ini bangun dengan agak awal..dikategorikan awal kerana patutnya hari ahad adalah hari untuk bangun lewat.. sebenarnya dah berjanji dengan hasni untuk ikut dia memberi khidmat bakti di sebuah asrama anak yatim..program bakti ini sebenarnya adalah aktiviti subjek ko-k iaitu subjek wajib universiti.. subjek ko-k tersebut ialah subjek khidmat masyarakat, kagum betul bahwa student um ramai yg pilih subjek ni padahal ada lebih daripada 50 pilihan subjek ko-k lain yang ditawarkan..jgn salah faham, sebenarnya bukan la student um ni suka berbakti sangat, tapi subjek ni sangat mudah kerana student tidak perlu menghadiri kelas setiap mggu..cuma hadir dua kelas di awal semester untuk briefing, dan kemudian boleh pilih mana2 institusi kebajikan untuk memberi khidmat selama 20 jam, boleh berkhidmat apa saja sama ada program gotong royong atau ceramah atau apa sajalah.. dan yg terakhir adalah pembentangan tentang program yang telah dijalankan..it sound so easy rite? student u macam tak biasa men

hey ladies!

Rossa – Hey Ladies Sudah kubilang jangan terlalu yakin Mulut lelaki banyak juga tak jujur Bila sakit hati wanita bisanya nangis Sudah ku bilang jangan terlalu cinta Kalau patah hati siapa mau nolong Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi Hey ladies jangan mau di bilang lemah Kita juga bisa menipu dan menduakan Bila wanita sudah beraksi dunia hancur Hey ladies sekarang cinta pakai otak Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu Bila dia merayumu ingat semuanya bohong Memanglah tak semua laki-laki busuk Namun ladies tetaplah harus waspada Semogalah kita semua akhirnya Mendapatkan cinta yang tulus Sudah kubilang jangan terlalu yakin Mulut lelaki banyak juga tak jujur Bila sakit hati wanita bisanya nangis baru semalam penulis dapat dengar lagu ini secara penuh dan dapat hayati bait2 lirik lagu rossa ni..lagu ni sangat rancak muziknya dan sesuai untuk ladies2 yang di indonesia dan seluruh malaysia jugak..rossa yang sweet lagi comel semakin matang dalam pembawaan lagu2 beliau. lagu due

Apakah Ini ??

Bukanlah sebenarnya aku sukakan dia. Tapi kenapa aku gembira bila nampak dia. Sumpah aku takda hati pada dia. Tapi memang dia ada daya tarikan tersendiri, daya tarikan yang menarik minat aku untuk rasa hepi bila tengok dia. Macam dapat tenaga yang di cas semula saat nampak wajah dia. Walaupun cuma nampak kelibat dia dari kejauhan pun dah cukup menggembirakan. Aku menafikan sekerasnya bahawa perasaan begini adalah rasa cinta. Betul-betul tak masuk akal untuk jatuh cinta pada dia. Ish, entah kenapa rasa geli mengistilahkan perasaan aneh sebegini sebagai cinta. Tetapi kenapa ianya adalah seperti perasaan yang begitu aneh dan asing. Nampaknya gagal untuk menganalisa dan memahami hati sendiri. Atau mungkin cuma akal yang sengaja menidakkan perasaan hati. Ada orang percaya bahawa akal tak menjalankan fungsi dalam kes-kes yang melibatkan percintaan. Percintaan adalah sesuatu yang hanya melibatkan hati sahaja. Tapi benarkah begitu? Patutlah orang yang dilamun cinta selalunya gagal berfikir den

mggu ke-5 kuliah..

mggu ke kelima kuliah dah pun berakhir, penulis memonteng kelas pada hari isnin kerana menyambung cuti mendadak dengan alasan yang tak dapat dielakkan..sekali lagi memonteng kelas pada hari pagi khamis kerana mengikuti trip ke hulu langat, (ceh padahal cuma pergi 4jam je tetap nak kategorikan ia sebagai trip).. belum dapat menaip sebarang assignment kerana masih belum berjaya mencari bahan dgn banyak..sumer masih on the way..lab report juga telah terlambak dengan menggunung..harap dapat mula menyiapkannya hujung mggu ini juga.. berasa hampa lagi kecewa kerana streamix masih belum dipasang padahal telah membuat deal sejak 2 mggu lalu..ntah kenapa geng streamix ni lambat sangat buat kerja, kesian dekat kak izat sebab terpaksa secara baik hati meminjamkan broadband celcom beliau kepada penulis, malah penulis mmg tak malu asyik meminjam broadband beliau demi mengupdatekan blog kesayangan ni. tolonglah wahai geng streamix..kau orang mesti datang pada mggu depan kalau tak datang jugak mmg ak

hari ini dalam berjalan-jalan..

Image
hari ini penulis telah bangun dengan awal..jam 6.40pagi..tidaklah awal, tapi masih nak kategorikan sebagai awal kerana penulis tidak tido semula selepas solat subuh..ini adalah gara2 rancangan untuk ke hulu langat selangor demi mencari seorang penternak ikan yang berjaya, actually kepergian kesana adalah kerana final year project my housemate cik hasni, tapi dengan ngada2 penulis tetap nak menyibukkan diri sebab dalam hati cam ada minat gak nak ternak ikan bila dah grad nanti, ceh, tiba2 impian ingin diceritakan disini jugak, apalah tak malu! nama penternak yang kami interview adalah En.Shah!..macam nama seseorang, ceh, tiba2 sibuk teringatkan Shah yang seorang tu..haha, kenapalah??.. masa ni kami dah nak sampai pun ke destinasi.. iaitu hulu langat..rombongan secara berlima menaiki perodua kancil yg disewa secara khas dr sorang student master..khalila yg drive dibantu oleh jihan sebagai pemandu palancong..haha..suasana masih sangat pagi..masa yg diambil untuk ke sini tak sampai pun

6 ogos 09

hati rasa pedih sangat, kepedihan yang tak dapat digambarkan dengan kata2.dalam keadaan ni betul2 rasa nak pergi ke suatu tempat yang dapat mengurangkan bebanan perasaan yang sarat dengan duka. lupakan semua episod sedih dan mulakan life dengan hati yang ringan tanpa sebarang bebanan lagi. tapi keadaan sekarang tak mengizinkan. sangat2 tidak punya waktu terluang yang panjang untuk 'honeymoon'. masa dah suntuk, lagi 2 mggu akan melangkah ke bulan puasa. nampaknya perlu jadikan ramadhan kali ini wadah untuk menenangkan jiwa yang kusut. bulan yang merupakan hadiah dr Allah khas buat umat Nabi Muhammad hampir tiba. rasa syahdu pulak dengan kedatangan nya kali ini. abah selalu kata, jangan doakan yang bukan2 dalam bulan ramadhan, cukuplah dengan berdoa supaya Allah mengampunkan dosa kita. life untuk ramadan kali ini sedikit berbeza kerana menyambutnya bersama housemate2 baru. kami sama2 excited nak lalui bulan ramadhan kali ini. lebih2 lagi untuk bangun sahur dan makan bersama2..to

yang nampak cam sedap..

Image
sila bergembira bersama penulis apabila melihat hidangan sambal sotong ni. sambal sotong jawa walaupun balik rumah dah jam 5.40 petang dan terus mengadap laptop untuk mengupdate blog, penulis tetap berjaya mengasapkan dapur dengan masakan air tangan sendiri. jam 6.30 penulis dan housemate merangkap coursemate (cik hasni) tetap gigih untuk sediakan makan malam.. sebenarnya penulis main hentam je masak sotong sambal ni..tapi oklah sumer org komen positif. sori cuma letak 1 gmbar sahaja kerana penulis terlalu menghargai masakan ini dan entry ini khas untuk menunjukkan masakan ini di sini..padahal ketika menaip entry ini, sambal sotong ini telah selamat dihadam dan mungkin telah diserap dalam usus kecil..hahaha..terima kasih kepada kamera cik hasni kerana berjaya merakam foto ini dengan penuh bergaya..sumpah comel!

5 ogos 09..

Image
meja group kami..(group 3) di bawah bimbingan Aaron.. izzati mengambil bacaan OD..(optical density).. piring petri perlu dilabel..kenapa serius sangat si jihan ni?.. this is pH meter.. posing kejap sebelum practical class start.. hari ini penulis menulis entry dengan sedikit bersemangat kerana entry kali ini disertakan gambar..perasan tak bahawa entry penulis dah lama kesunyian dr gambar2? mesti reader rasa penulis ni syok sendiri menulis yang ntah apa2..haha, dengan adanya gambar..maka kali ni reader dijemput menghantar komen ikhlas anda supaya penulis tambah semangat lagi untuk berblog..ini adalah kali pertama penulis meng'upload' gambar di dalam lab..lab fisiologi biokimia mikrob..lab yang agak best jugak..byk benda baru dipelajari..terutama bab bermain2 dgn mikroorganisma such as bacteria n fungus..bahaya sebenarnya bermain dengan diorg ni..lagi2 bagi mereka yang alahan..tapi macam biasa tutor kami selalu ingatkan supaya kami selalu berhati-hati dan rajin mencuci tanga

ogos ke 4..

best nyer dapat tengok baby.. lepas kelas culture tissue tadi, sambil jalan nak turun lab komp fak sains, ternampak akak2 senior yg datang um untuk ambik jubah konvo, dan salah seorang dr mereka memangku anak kecil yang sangat comel, rupanya baby girl tu adalah anak kepada kak zara..sumpah baby tu sangat comel mewarisi kecomelan ayahnye..(ayah dia mat salleh)..rambut blonde, kulit putih kemerahan.. tapi kak zara pun comel jugak muka chinese..hehe..umurnya baru 52 hari..baby tu sangat comel walaupun dalam keadaan lena..betul2 macam anak patung..sangat sejuk hati tengok baby tersebut. yelah, baby kan berjiwa suci bersih..wangi kerana tiada secalit dosa. dan ibu yang melahirkan nya juga berada dalam keadaan suci seperti bayinya..itulah ganjaran kesusahan si ibu melahirkan seorang anak.mendapat ganjaran lumayan daripada Allah Yang Maha Besar dan Maha Pengasih.. betapa beruntungnya wanita yang diberi peluang bergelar seorang ibu..Subhanallah. tidak berhasrat untuk makan tengah hari pada har

Alhamdulillah.

bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, mandi pagi.. Alhamdulillah, mencelikkan mata di pagi 4 ogos 2009, rupanya Allah masih memberikan kesempatan untuk hambaNya ini bernafas pada hari ini. Pagi yang cerah dan indah, matahari tunduk patuh pada hakikat kejadiannya sebagai pemancar pencahayaan menerangi seluruh alam, moga manusia yang menikmati kurniaan ini tidak berhenti berfikir betapa agungnya kebesaran Ilahi.Subhanallah. Alhamdulillah, masih dipinjamkan nikmat kesihatan yang baik demi meneruskan perjalanan yang penuh liku, moga nikmat sihat ini akan selalu disyukuri dan rasa syukur perlu dibuktikan dengan ketaatan tidak berbelah bagi sebagai seorang hamba. Alhamdulillah, hati ini masih dalam keimanan terhadap agama yang satu. Nikmat Islam yang dikurniakan sejak lahir ke dunia tetap hidup di dalam diri. Moga nikmat ini tidak akan terlepas dari menghuni jiwa selagi nyawa dikandung badan. Alhamdulillah, diri ini masih dikelilingi insan yang menghargai apa itu nilai kasih sayang. Kasih saya

aku tak percaya C.I.N.T.A !

tajuk entry ini memperkatakan tentang cinta manusia terhadap manusia..cinta antara lelaki dan perempuan..cinta adam dan hawa, cinta romeo n juliet..cinta rahul dan anjali, dan apa saja nama pasangan yg sewaktu dengannya..penulis tak percayakan cinta..ops! apakah ini satu prinsip baru penulis di kala hati sedang kacau.. andai lah penulis punya kuasa misterius yg dapat membaca yg tersirat di hati manusia, tentu keadaan akan jadi lebih mudah..tapi bukan kah manusia itu lemah, keupayaan yg sedia ada pun tak mampu untuk digunakan sebaiknya apatah lagi kalau punya keupayaan luar biasa sebegitu, mesti manusia akan jadi kacau bilau dan haru biru..bukan kah ciptaan Allah ini adalah sebaik2 kejadian dan Allah Maha Bijaksana dalam setiap PenciptaanNya..Subhanallah..moga penulis sedar dan tahu apa itu erti syukur.. manusia memang kejam..kejam terhadap orang lain dan kejam terhadap diri sendiri..kenapa sangat mudah tersasar langkah dan selalu saja menidakkan petunjuk dari akal yg waras?.. tersalah

mggu ke 4 kuliah..

mggu ni tak byk beza dengan mggu sebelumnya, alhamdulillah tak miss sebarang kelas, cuma kelas plak ada yg dibatalkan gara2 prof tak sihat..mana ada student yg tak hepi bila kelas batal.. of coz penulis mmg hepi..(jgn contohi perangai ini).. mggu ni penulis dapat berjimat duit makan dengan sejimatnya..haha..alhamdulillah..mmg masak ala kadar kat rumah dan makan beramai2 adalah sesuatu yg indah dalam kehidupan..lagi2 kalau dapat housemate yg berbakat dalam memasak..bolehla penulis curi tulang..haha...(sekali lg jgn contohi perangai ini juga okay)..terima kasih kepada housemate2 penulis yg memasak, paling puas ati adalah cempedak goreng cik hasni yg mmg tak bleh lupa.. juga aiskrim walls beliau yg berperisa milo 3in1 tu..mmg class! mggu depan penulis akan masakkan spaghetti untuk you all.. masakan ala western tak bleh selalu makan..hihi..sebulan sekali jerk.. saat menulis disini, adalah bertarikh 1 ogos..tarikh keramat bg penyokong yg mengikuti perhimpunan haram membantah ISA..tengok ber