Wednesday, September 30, 2009
buras.
even ini kali pertama sy makan benda alah ni, sy terus jatuh suka, sy makan dengan perasaan macam sy dah biasa makan, housemate lain cam kak izat n syida tak berapa berkenan, tp kenapa sy ni berkenan ja dengan sebarang makanan..kak izat kata dia teringin nak tengok sy menolak makanan..ini kerana sepanjang serumah dgn sy, dia kata sy ni makan apa saja..tak memilih langsung bab makan..bila difikirkan, mmg betul apa yg kak izat cakap, sy ni...sebat apa saja..
tadi tengahari, sy cuma makan nasi panas berlaukkan ikan bilis goreng, dan telur rebus.. letak jugak kicap manis cap kipas udang, sy tetap berselera makan. di hati ini, sy bersyukur kerana sy tetap rasa nikmat kenyang..teringat plak cerita abah, abah kata masa dia kecik2 dulu, iaitu zaman 60an, abah cuma makan ubi kayu rebus tiap2 hari..cicah dengan sambal tumis..abah kata nak makan nasi lauk ayam. 2 bulan sekali pun belum tentu..
sy teringatkan adik sepupu sy yg baru darjah 1, kalau makan lauk ayam, cuma nak makan bahagian peha ayam, bahagian lain dia tak mau..jadi masa raya di kampung aritu, mak dia awal2 dah simpankan peha ayam untuk anak bujang dia..takut kalau nanti peha ayam habis n anak dia tak dapat makan..sy sendiri tak dapat bayangkan, generasi akan datang, pada zaman sy ada anak nanti, apakah pula ragam mereka..
p/s: sy sedang makan ubi keledek goreng cicah ngan sambal kicap!
cuba teka...
malam tadi, sy mimpikan dia, dan setiap kali sy mimpikan dia, ianya seperti satu scene yg sangat indah. sy dapat lihat dia..dan sy sangat gembira sekali dapat melihat dia, walaupun dalam keadaan tidur, sy macam sedang sedar bahawa sy sebenarnya hanya bermimpi, tapi tak apa..sy tetap gembira sekali..
sy lihat dia dalam mimpi..dia begitu gentleman, cara dia memandang sy, sy seperti sedang dilamun cinta..dan sy tahu, sy pernah memiliki pandangan mata itu suatu ketika dulu..
dan apabila mimpi itu berakhir, dia akan terus memandang sy, sehingga ia menjauh dan menghilang dr pandangan..
sy bingung, kenapa kadang-kadang dia muncul dalam mimpi sy, sy seadanya sudah menerima kenyataan bahawa dia cuma satu kenangan dalam hidup sy..sy tidak tahu apakah tafsiran mimpi, mungkin ianya cuma mainan tidur, tapi ada org kata bahwa mimpi itu hadir kerana minda terlalu memikirkan tentangnya..
sy memang gagal dr berhenti memikirkan dia..
sy pernah mahu membenci dia, mengharapkan dengan cara itu sy boleh melupakan dia selama2lamanya..
tapi sy gagal mencari sebab untuk merasa benci, ini kerana dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.
sy tahu, bahawa dia akan hadir lagi dalam mimpi sy.. dan situasi mimpi itu akan selalu indah. sama indah dengan kenangan yg sy miliki suatu masa dulu...
p/s: fun tak cerita nih?..
Tuesday, September 29, 2009
entry lepas disambung kembali...
sekiranya 'kamu' membaca ini, sy berharap 'kamu' akan mengerti..
sy adalah insan biasa yg mahukan kehidupan sy ini 'lengkap', tapi sy tidak tahu siapakah gerangannya yg akan 'melengkapkan' hidup sy. sy tidak tahu siapakah belahan jiwa yg Allah titipkan buat sy di dunia ini..
sejujurnya dalam hati sy, sy gembira dengan kedatangan 'kamu', dan itu adalah kerana sy memang merasa gembira apabila mendapat kawan baru. menerima 'kamu' sebagai kawan baru dalam hidup sy, sebagai seorang yg berstatus single, berkawan adalah sesuatu yg menggembirakan. sy menghargai 'kamu' sebagai seorang kawan, sama seperti kawan-kawan sy yg lain.
sy berterima kasih kerana 'kamu' berterus terang, dan sy cukup hargai sekiranya perasaan 'kamu' itu adalah benar..
dan jika 'kamu' bertanyakan perasaan sy, sy tiada jawapannya.
sy mmg bukan seorang yg berterus terang, dan sy adalah seorang yg terlalu banyak berahsia, hgga kawan2 mengatakan bahawa sy seorang yg 'misteri'..dan sy turut merasakan bahawa sy seorang yg misteri.
banyak yg sy fikirkan, pelajaran sy, mak abah sy, adik-adik sy, teman2 sy...dan sy dapati sy sudah punya banyak komitmen.
sy sejujurnya tidak kisah jika seseorang itu melukakan hati sy, apa yg sy lebih kisahkan adalah jika sy terpaksa melukakan hati seseorang itu.
dan secara muktamadnya sy berkeputusan untuk menganggap 'kamu' sebagai kawan. sy bukan mereject 'kamu'. tetapi sy mereject hubungan yg lebih dr persahabatan.
p/s: am i wrong???
deep in my heart!
pintu hati sy telah diketuk
erm...sy masih terkejut dengan ketukan itu walaupun ianya tidak berbunyi, hakikatnya sy masih belum bersedia untuk membuka pintu hati sy..bukanlah sy ini penakut, bukan juga kerana sy ini memilih, dan bukan juga kerana sy kini sedang menunggu seseorang yg dulunya pernah menghuni hati sy...semua itu bukan alasannya.. sesungguhnya sy meyakini bahawa masanya belum tiba...
membina harapan
terima kasih atas usaha kamu, sy amat menghargainya...jika kamu menanyakan jawapan, ianya adalah: sy tidak menolak, dan bukan juga menerima..
akankah kamu fahami jika sy katakan bahwa sy masih 'tidak bersedia'. akankah kamu berkecil hati sekiranya sy melarang kamu drpd membina sebarang harapan..dan sy.....betul-betul berharap agar kamu dapat memahami...
p/s: sy amat mengantuk sekarang, entry ini bakal bersambung esok..nantikan..!
Monday, September 28, 2009
entry indah ini..
dan sy juga mendapati bahawa menulis blog kini seperti satu komitmen dan satu tanggungjawab, kerana adanya readers yg mintak sy update blog sekerap mungkin, mungkin dah addicted terhadap penulisan sy yg hodoh ini..anyway, tenkiu berbanyak atas sokongan kamu, sy akan usahakan untuk terus meng'update' blog ini dengan jayanya, InsyaAllah.
sebenarnya sy agak berasa rendah diri kerana blog sy ini tidaklah indah seperti blog2 mereka yg lain, yg bersinar2 bergemerlapan penuh warna-warni, ini kerana tuan rumah ini seadanya sukakan warna putih sebagai background dan tidak minat akan semak-samun yg berkelip-kelip...jadi seadanya rumah ini sy design se'simple' yg boleh supaya sesiapa berkunjung, mata mereka hanya akan tertancap pada tulisan purple yg men'story'kan sesuatu yg terbit dr hati dan fikiran sy..itu saja.
sy adalah blog walking sejati..haha..dan melalui blog walking, sy baru sedar bahwa dunia blog adalah seperti satu dunia yg mempunyai masyarakatnya yg tersendiri, punya komuniti blog tersendiri, komuniti bloggers yg pelbagai ragam, walaupun komuniti ini hanya di alam maya, tapi terdapatnya satu ikatan kukuh yg menjalinkan hubungan alam maya itu. komuniti tanpa sempadan..sesuatu yg indah bukan?..
menulis entry yg bertajuk "entry indah ini", mood sy berada di tahap 80% gembira..dan lebih gembira lagi kerana ketika sy menulis entry ini, sy sedang menikmati coklat cadbury kegemaran..alhamdulillah!
Sunday, September 27, 2009
terasa terbeban..
bebanan 1:-
ada someone, yg merisik khabar. dan aku, menolak pun tidak, menerima pun bukan. aku taknak sakitkan hati sesiapa. dan aku juga belum mampu menggembirakan hati sesiapa. aku taknak ulas lanjut, sebab aku sendiri tak berapa faham keadaan apakah yg berlaku saat ini.
bebanan 2:-
a lot of assignment yg tertangguh. aku takda idea yang mencurah untuk siapkan assignment. padahal masa yg ada tak banyak. buntu betul. betul-betul buntu.
bebanan 3:-
keadaan semasa yang menyepit sehingga tersepit. aku marah sungguh dengan kenaikan tambang bas dan teksi. aku rasa keadaan ini telah menjerut leher aku hgga sukar nak ambik oksigen. naik je teksi, meter start dengan rm3.00, malah meningkat dengan selaju mungkin. aku naik teksi dr stesen U ke Bukit Jalil, tambangnya adalah rm16.00. naik dari PPUM ke Pasar Seni, tambangnya adalah rm9.20. aku betul2 tak faham kenapa tambang teksi begitu mahal. kalau teksi tu adalah kereta Honda Accord edisi terhad takpe la jugak. ini cuma Saga keluaran 90an. teksi pun pakai gas, guna gas sangat la murah berbanding petrol, tp kenapalah agaknya....???!&*%&$*&^&@*&%!! bila nak kemana-mana naik teksi, aku n kawan2 akan pk 100 kali. dan aku rasa pemandu teksi boleh dapat income rm300 hgga rm700 dalam sehari!
bebanan 4:-
sebenarnya aku taknak menyatakan semua diatas sebagai beban. tapi semua tu telah menyebabkan mood aku merudum.
p/s:- tiada pesanan penaja untuk entry ini!
Saturday, September 26, 2009
salam lebaran.
so many things to share, especially about Eid celebration..jom ushar apa cerita di sebalik sambutan raya aidilfitri kali ini,
19/09/09:-
bertolak pulang ke kampung emak bertempat di Kampung Tiong Baru, Muar Johor. Mak n abah amalkan sistem giliran untuk tentukan dimana patut sambut malam raya dan hari raya pertama. kali ini turn beraya di kampung emak. seronok dengar pengunguman raya pd malam raya kerana perkara camni jarang berlaku..hihi.
20/09/09:-
lepas sembahyang raya, sesi ziarah kubur arwah atuk, dah lebih sedekad arwah atuk pergi buat selama2nya. kemudian, sesi menerima duit raya. Alhamdulillah, dah dekat umo 22 still lg dapat angpau!..huhu..then rombongan keluarga ziarah rumah sedara-mara, yg bestnya kat umah atuk mak adalah jiran2 sumer sedara dekat..
malamnya adalah sesi BBQ, so petang tu sumer makanan laut dah di bereskan (disiang), dan ayam pun dah diperap semalaman. sangat kenyang malam tersebut, aneka hidangan ada, nugget, sosej, sate, udang bakar, sotong bakar, kerang bakar, ayam bakar, dan aku hanya tukang makan saja, bab membakar serah pada kaum lelaki (my uncles n my abg sedara dan adik sedara.)
21/09/09:-
sesi beraya pada waktu pagi sekitar Parit Raja dan Parit Bengkok. semuanya rumah atuk saudara belah emak. time ptg tak beraya, lepak kat umah, hujan sangat lebat petang tu.. sesi tido amat bersesuaian.haha..dan pd malamnya bertolak ke rumah atuk abah yg terletak di Felda Sri Ledang, Muar Johor.
22/09/09:-
hanya berada di rumah atuk abah sepanjang hari.tolong puan shima masak hidangan tengah hari. puan shima-20 thn, adalah sepupu yg baru kawin b4 bln puasa. rumah atuk byk terima tetamu sepanjang hari ini. tp semua mereka adalah sedara-mara.. pd mlmnya aku hanya berada di depan tv, tonton kl drift, even dah pernah tengok tetap jugak tengok lagi sebab sangat suka dengan Farid Kamil..ehehehe.
23/09/09:-
sesi beraya bermula sejak jam 8 pagi, kami sekeluarga seramai 10 org beraya di Parit Raja, umah atuk sedara sebelah abah. sebanyak 7 buah rumah kesemuanya dan selesai beraya pada pukul 2ptg..
lepas asar abah decide untuk pulang ke Felda Maokil. singgah ke rumah adik abah kat Felcra Bukit Kepong n solat mahgrib kat situ. sampai maokil dah masuk Isya'. lepas solat terus beraya lagi ke rumah adik angkat abah n kawan baik abah.
hari yg sangat penat.
24/09/09:-
sesi beraya dengan teman2ku, ex-RKA Munshi Ibrahim 00-02, cuma dapat kumpulkan 7 org saja, yg lain sume banyak komitmen lain, keluar jam 9 pg, my dad antar sampai umah izzani kat Taman Mewah, Labis, 9.30 pg gerak dr umah izzani ke rumah abby kat perumahan rakyat labis. tggu yun n dila sampai 30 minit..pukul 10 pg baru gerak ke Felda Chemplak. beraya rumah amy n asma. ada gak sesi bergambar kat umah diorg ni.
pukul 11.30 bergerak ke Felcra Bukit Kepong, beraya rumah tiqa moharam. budak2 ni sibuk ushar tentang cincin. rupanya minah ni dah terima rombongan merisik 2 hr sebelum tu..
jam 12 tgh hari bergerak ke Lenga, ambik masa setengah jam gak nak sampai. Lenga ni takda dalam jadual pun, tp tetibe jer Yun ajak gi sana, rupanya nak beraya umah special friend dia.. siap makan tengah hari kat situ.
bergerak semula ke Labis dalam jam 1.30ptg..destinasi pertama rumah abby, best dijamu dengan mee hailam. solat zuhur kat sini.. then singgah rumah 'abah'->penyelia Asrama Munshi Ibrahim, tp dia tak da, yg ada cuma isteri dia, jd cuma singgah sekejap je. dalam kul 3.40 ptg bertolak ke rumah Yun,di jamu dengan mee kari. cuma makan sikit sebab perut dah full!
jam 4.10 ptg bergerak ke rumah izzani. solat asar kat sini, jamu gak kuih raya yang dia buat. 4.30 ptg bergerak ke Felda Maokil. beraya ke rumah Saiful Bahri. mamat ni tak berubah langsung aku tengok. ada gak sesi bergambar kat rumah dia ni.. n mak dia plak jamu kitorang dengan mee goreng.
next n the last destination. my house!.. diorang sampai umah aku dah pukul 5.30 ptg..my mom masa tu takda kat umah, pergi bank Agro bawak 3 org adik aku yang skola rendah tu pergi menabung duit raya diorg..so my sis yang buatkan air milo panas..dalam pukul 5.45 my mom sampai rumah. sempat la jumpa kengkawan aku yg 6 org tu..this is the 1st time kengkawan aku ni datang umah. selama ni tak pernah nak datang, kata diorg maokil ni jauh sangat.
rupanya sepanjang hari tersebut dapat beraya sebanyak 10 buah rumah. pencapaian unggul! thanks to mereka yg terlibat iaitu izzani, abby, yun, dila, amy, n asma.
25/09/09:-
sesi mengemas barang2 untuk balik ke k.l, cuti dah abis, segunung homework menanti!
p/s: kabel kamera hilang, segala gambar berkaitan belum dapat di upload. sy akan usahakan untuk mengupload gambar2 tersebut di lain entry..salam.
Thursday, September 17, 2009
no title!
satu benda yg macam jadi habit aku time jalan-jalan ialah, aku suka tengok orang. td masa aku duk dalam lrt Star. ada sepasang dak lelaki duk depan aku..aku katakan sepasang kerana mereka terdiri drpd dua org, one of them muka comel macam pempuan, tapi suara lunak kalah suara aku. cumanya rambut dia macam lelaki, dress pun macam lelaki. dan yg sorang lagi plak muka mmg macam lelaki,suara pun suara lelaki, tapi dress dia pelik.. pakai tight hitam ngan skirt hitam atas lutut. 1st time aku nampak pasangan yg camnie..isk! but suasana ni kejap je dapat aku tengok. coz dr stesen masjid jamek ke stesen bandaraya cuma ambik masa 5minit..
pastu tadi masa kat Sogo, kak izat ngah beratur nak bayar..cam biasa, beratur punya panjang. aku keluar la jap dr Sogo tu, lepak depan Sogo. hujan renyai ala macam nak lebat tapi tak berapa lah sangat. kat depan Sogo tu, ada sorang pakcik pakai baju jubah kaler biru pekat paras lutut. dia duk 'mengajar'. siap bawak mini white board, dengan marker pen, then kat leher dia gantung kad bod yg ditulis 'idea saya untuk kerajaan malaysia'. pakcik tu ceramah apa ntah, tapi ramai gak yg duk berdiri dengar bebelan dia, antara yg aku dengar, dia kata dia dah 15 tahun 'mengajar' di jalanan. pakcik ni bleh tahan gak. kengkadang kuar cakap omputih dr mulut dia.dan aku dengar dia asyik sebut slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" ..then dia sebut gak "you are what you think"..then dia kata, "if you think u are brilliant then dont come to my class"..setakat itu je aku tonton acara tersebut..ada la dalam 12minit..then aku masuk balik dalam Sogo carik kak izat.
alamak!, dah sejuk pun air milo yang aku minum ni..cepat benar air ni sejuk, kipas rumah ni kuat sangat agaknya. tiba-tiba teringatkan cik hasni, apa khabar agaknya dia sekarang kat KLIA tu.? kesian dia entah tidur ke tak malam ni..takkan menangok je tggu flight ke Kota Kinabalu esok pagi..moga dia selamat sampai ke pangkuan keluarga dia kat Sabah tu..
dan esok giliran aku plak yg akan pulang ke Johor.biasalah time raya je bas ke area selatan akan bertolak dr Bukit Jalil. memang rasa happy bila nak balik kampung, terbayang peluang untuk jumpa sumer orang, mak abah, adik beradik, nenek, atuk, sepupu, dua pupu, kupu-kupu apa semua bleh jumpa.dan terbayang makanan enak-enak yg akan dijamu dihari raya, lemang, ketupat, sambal kacang, sayur lodeh, rendang, dodol..huh! tapi tetap tak leh nak happy sangat sebab naik cuti raya ada 3 homework nak kena submit.
alamak! dah larut pagi. esok kena bangun awal untuk bersahur, episod sahur kali terakhir bersama housemate untuk Ramadhan kali ini. InsyaAllah akan datang puasa Syawal kita akan bersahur bersama-sama lagi.heheh..
to all this blog readers, aku nak ucapkan..
"selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin"
Wednesday, September 16, 2009
persiapan hari raya..









Tuesday, September 15, 2009
entry tonite...
baru lepas antar testi raya kat kengkawan friendster...sebut hal friendster, akaun friendster seperti dah basi dan semakin dilupakan, lebih2 lagi sejak adanya facebook...ramai kengkawan pun dah beralih kepada facebook..tapi aku still lagi malas nak buka akaun facebook...belum masanya kot...haha...nnti aku bukan ada masa nak aktif benda2 camtu..huhu...
sedang menjamu selera dengan wafer munchy's muzic perisa vanilla..sambil tengok tv..channel rtm2..cerita orang minyak..lakonan fizz fairuz dan fauzi nawawi..
rasa macam nak tido awal malam ni...esok kelas pukul 10pagi....dan esok merupakan hari terakhir untuk ke kuliah pada mggu ini..dan ramai rakan-rakan sekuliah yg akan balik ke kampung halaman pada hari esok...
so, nak wish kepada mereka yg akan balik kampung..
"have a happy journey and selamat hari raya aidilfitri to all of you, jangan lupa bawak balik kuih raya, nanti boleh la kita makan sama-sama.."
short story...
bila perut rasa lapar, mesej terus dihantar melalui neuron menuju ke otak. "nak makan apa ek buka puasa petang ni"...di minda ni terus teringatkan bahan-bahan basah yg naemah n hasni beli kat pasar semalam..ermmm...ada ayam, udang, sayur lobak, bunga kobis, wahh..jadi.. menu apa yg sesuai ya???..teringat plak bahawa aku n hasni akan pulang lambat gara2 test...ermm..
kepala otak yg nakal ni terus teringat nak membuli org yg ada kat umah untuk masak.... haaa...yes..yes! idea bernas dah datang..apa kata suruh kak izat masak paprik??..uhhhh...tanpa lengah terus bagitau hasni cadangan nakal tersebut...hasni yg nakal jugak pun terus setuju, sms terus dihantar kepada kak izat..."akak, dah lama kan kita tak makan paprik???"..ayat pancing simpati harap2 dia terus faham..akhirnya kakak mithali terus setuju tanpa ragu2..yes!yes!... sayang kak izat 14kali..hehe..terus terbayang hidangan paprik masakan kak izat yg sedap tu....
cop! ni masih puasa jgn bayangkan lebih2..!
pulang menuju ke rumah dgn menaiki rapid yg penuh macam tin sardin..tak apa..tak apa..hati sedang senang sekarang bila terbayangkan juadah berbuka...maka tak heran dengan kesesakan dalam bus tersebut...tetap boleh senyum-senyum..haha..dan hati tetap senang walaupun tak dapat jawab test dengan sebenar-benar bagus..thanks to joegrimjow, satu-satunya blogger yang antar komen kat blog wish me gud luck..
okay..okay..sekarang dah pukul 7.10 ptg..sat lg nak azan dah....bersedia...get ready now!bismillahirrahmanirrahim.....baca doa...ok! dahh azan pun..jom buka puasa!
Monday, September 14, 2009
What is this?
seronok lah...kerana raya kali ini..aku akan beraya sebagai seorang blogger...ceh....terharu betul..macam adalah berbeza apabila 1st time beraya sebagai blogger??..berbezakah?...yup! sumpah ianya adalah perasaan yang berbeza..walaupun blog ini tak la seglamor blog puan chika atau bujang susah, tapi blog ini, aku yakin tetap ada pengunjung setia yg sentiasa mengikuti setiap entry2 yg ter'pos' di sini...ya! terima kasih kepada pengunjung2 itu, terima kasih!..
penulis sedang kekenyangan sekarang, masih terasa kenyang walau dah lebih 5 jam berbuka puasa.. best buka puasa makan nasi putih lauk ayam masak kicap..(kak izat masak)..dan makan kuih kole kacang...( beli kat bazar)..best!..dan jugak minum jus belimbing+oren..(naemah buat)..
aik! penulis ni makan sajakah?...haha..ok..ok..penulis ambik port jugak la masak nasik..( susah apa masak nasik nak kena basuh beras, sukat air apa semua..)..huhu.. kira ok lah tu terlibat la jugak..kahkah..
dah..dah...jgn panjang2 sangat taip entry, remember that you have test tomorrow! ok..ok.. baiklah moderator blog, sy keluar sekarang jugak..mana ek jalan keluar???...takda tulis Exit pon??..!!! Aiiiyyaaa! wat lawak plak dia...keluar kau sekarang..!!! baik tuAN!
jom..jom..blah sekarang...nanti moderator blog ni ngamuk kang susah!!...
Sunday, September 13, 2009
entry hodoh?!
online ym..owhh..tiada siapa yg buzz I pd hari ahad yg sejuk ni...diorang ni tak sedar ke I tengah online sekarang..so (kawan2 ym) sila buzz I sekarang!..ahakz..macam mana diorg nak sedar sedangkan I sentiasa berstatus invisible bila on ym..ceh, padahal bila I berstatus available pun takda gak org nak buzz I, yg ada cuma org bagi salam jer..tanya hari ni berbuka dgn apa? ahaa..itu gara2 I asyik announce dalam blog tentang juadah berbuka puasa..kahkah... tp hari ini takda sapa pun tanya tentang juadah buka puasa?! maaflah I tak larat dah nak snap gambar masakan kami di rumah sewa ini..hari ni I penat, siap masak pun dah pukul 7.10ptg..siap jer hidang terus azan maghrib..mana sempat nak cari kamera apa semua! tp meh sini nak cerita bahawa I berbuka puasa dengan nasi putih lauk sambal sotong dan sayur campur digoreng dengan sos tiram..minuman nya teh O ais..dibuat dalam jag dan di share seramai 4 org..(ceh itupun nak cerita)..weh suka ati akulah nak cerita ke tak!
asyik tengok nota-nota.....aik? tengok ja?...yes! tengok jer coz I tak mampu dah nak menelaah nota2 tersebut..aduhai seakan gangguan psikologi bila kena attend test di mggu akhir sebelum raya! mana ada dah mood study..yang ada cuma mood nak raya.nak raya.nak raya! sekali lagik. NAK RAYA! so sampai bila kah nota2 itu akan menjamu mata? sampai mata pun dah terlayu.. (mmg mataku akan terlayu bila nampak nota)..adakah mata I ni alergik tengok tulisan2 bertaip Arial Black font 12??....mata! oh mata! tolong bagi kerjasama! aku nak test ni..tolong!!!
skang ni I takda mood sangat nak jelajah+jengah blog orang..nak komen kat entry blog org pun rasa cam nak patah jari kaki..aik! jari kaki ku kah yg menaip di keyboard laptop?...owh! tidak2! mahu jahanam kah laptop jika jari kakiku yang menaip diatasnya???!..maaf..maaf..mengarut entah apa2 gara-gara stress seketika..(sumpah ianya cuma seketika)..jom! jom! percaya kat I.. hehe..
dan tolong percaya bahawa I ambik masa setengah jam untuk tulis entry hodoh sebegini...!
mggu shopping@ berhabis duit..
kasut raya: rm 59.90
rm29.90
total:rm89.80
tudung raya: matahari: 3 helai* rm18= rm54
total: rm54
baju raya: sehelai kurung biasa: rm50
brooch tudung: 6biji=rm10
sarung kaki: 3psg= rm10
grand total=rm213.80
for my family:-
tudung raya: manjalara= 10 helai*rm10
tudung ekin=rm5/helai
3helai=rm15
total = rm115
baju kurung adik form5 : sehelai kurung biasa
= rm60
brooch tudung: 6biji=rm10
12biji=rm20
sarung kaki: 3psg=rm10
6psg=rm20
biskut raya: short bread= rm21
pinachio=rm21
total = rm42
grand total=rm257.00
Wednesday, September 9, 2009
resipi dari internet..

entry sedih.
ingin sekali aku berkongsi rasa bagaimana agaknya kesengsaraan dan kesedihan dia yang berkeadaan 'sakit'. aku ingin katakan bahawa aku tumpang simpati, tapi aku bukan jenis yang mudah untuk menahan emosi. aku tak mahu bertanya lanjut tentang penyakitnya. kerana aku tak mahu dia rasa bahawa nasibnya adalah nasib yang kasihan. aku mahu dia kuat. jadi tiada apa yg akan terlafaz dari bibir aku.
hanya doa yang ikhlas dapat aku panjatkan kepada Ilahi, moga pembedahannya akan berjaya, dan walaupun dia bakal kehilangan 'sesuatu' yang paling berharga dalam diri seorang wanita, aku berdoa moga dia dipanjangkan usia, dan Allah menganugerahkannya seorang teman sejati yang tidak memandang akan kekurangannya dan akan menemani dia sepanjang hayat.
p/s: berdoa lah bersamaku, moga dia kuat hadapi dugaan ini. Amin.
Tuesday, September 8, 2009
cerita hari ini..
cerita pertama hari ini ialah..hari ini merupakan 1st day peperiksaan UPSR..my sister juga adalah calon upsr tahun ini. apalah punya kakak tak wish good luck pun kat dia. langsung terlupa. sebenarnya ingat masa minggu lepas, tapi minggu ni jadi hilang ingatan terhadap tarikh upsr.harap adikku siti zulaiha dapat menjawab dgn baik sekali. jom kengkawan blog doakan sama supaya murid2 darjah 6 dapat menjawab soalan peperiksaan dgn baik.Amin.
cerita kedua, hari ni penulis tak masuk dapur, sampai umah kul 5.30 ptg, kak izat n shida dah beroperasi di dapur.diorang masak ikan masak asam pedas, jadi penulis malas nak sesakkan dapur, duk depan tv tengok tv9, cerita drama Aqsa dan Medina. geram membara ngan watak Ikram, boleh abaikan isteri yang tengah pregnant (Iran).. sebab sibuk tergila-gilakan Medina (bekas isterinya) padahal Medina tu dah pun berkahwin dengan Aqsa. Bengong ke apa Ikram tuh! macam Ikram tu ada penyakit jiwa plak aku rasa. Gila talak kot..hahaha.
cerita ketiga, malam ini penulis sedang bermalas-malasan, surf internet, tengok tv..tak study pun. haha..ini kerana test culture tissue pada hari khamis ni telah ditangguhkan ke selasa depan, yes! syok..mmg tak sedia langsung jika test itu dibuat pada hari khamis ni..sumpah tak ready. dan bukan aku jer tak ready, tapi semua org pun tak ready dan sumer org vote untuk tangguh test tersebut, yeeeha!
cerita keempat adalah..nak in4m bahawa entry sebelum ini iaitu antry deep in my heart tu hanyalah imaginasi penulis yg sedang berangan pada ketika itu, takda kena mengena dengan sesiapa pun, meskipun penulis mmg pernah naik ke menara dengan seseorang, tapi dia tiada kaitan pun dalam entry jiwang tersebut..haha..itu jelah nak in4m..saja melawak sket2 dalam blog..hehe..
cerita kelima....errr..tiada apa dah nak diceritakan..haha..dah kul 11 malam..selamat malam.
Monday, September 7, 2009
deep in my heart!
susunan langkahku terus mati..dan....membatu aku disitu...pernafasanku...??..tolong beri aku oksigen secara banyak!..kerana aku seakan lemas, walau aku bukan di dalam air..kedua kakiku sudah tidak gagah lagi untuk terus berdiri, aku akan pengsan kah?..
pemandangan yg menyakitkan itu akhirnya semakin menjauh dan menghilang..tapi ianya seakan tertanam di dalam benakku..tidak mampu dicantas oleh daya ingatan...benarkah dia?
...bagai hilang kesedaran...benar-benar tidak tahu bagaimana aku boleh sampai ke sini...di puncak menara ini...ucapan keramat itu, seakan kedengaran kembali....sepertinya aku berada di dalam roda masa...kembali ke masa di mana aku memiliki senyuman dan tawanya..
dan kerdipan mata ini, akhirnya memecahkan genangan air mata..menangisi sebuah kepergian..
menoktahkan sebuah pengharapan..ku yakin kini....dia hanya lah pinjaman, yg sudah tiba waktunya, untuk aku pulangkan....
p/s: try to love what u have, but dun try to have what u love!
Sunday, September 6, 2009
15 ramadhan..kisah buka puasa..
seronok memasak bersama2.. macam ianya satu aktiviti gotong royong..dan antara kami tak pernah berkira pun sapa yg perlu masuk dapur untuk memasak..semua org serba tak kisah..walaupun hari kuliah mungkin semua org cam penat nak memasak, tapi kitorang tetap berusaha sediakan sendiri juadah berbuka..coz yg penting dapat berbuka sama2 dengan gembira..( gembira sebab lebih jimat kalau masak sendiri..hehe)..dan biasanya time weekend menu adalah special skit..coz masa pd hari cuti adalah lebih terluang..dan lebih dr sempat untuk masak something special..
jom ushar gambar berkaitan:

Saturday, September 5, 2009
entry ini tentang..
Friday, September 4, 2009
juadah berbuka puasa 14 ramadhan..
jom ushar gambar berkaitan..:
Boys Over Flowers.
sekali lagi tentang abah..
sekali lg penulis ingin mencoret tentang abah, biar bertambah lg peminat abah dalam blog ni..( aik! promosi abah sendiri dalam blog, macam mana tu?)..anyway..2nd interest is, my dad loves reading..tapi dah jarang nampak abah membaca sebab abah asyik dengan tanaman dia..sampai malam b4 tido pun dia akan siram tanam-tanaman dia dulu..
berbalik bab membaca, abah suka sangat beli buku2 tebal, dan beli buku2 kulit tebal..mmg dia tak sempat baca pun buku2 tu, tapi di rumah, buku2 sangat melambak-lambak, sampai tak cukup almari buku.. mak plak asyik mintak abah beli almari buku yg baru..isk.isk.
buku2 yg abah beli adalah buku terbitan readers digest..dan buku2 tersebut bukan murah untuk setiap satunya..malah lebih mahal drpd buku rujukan penulis di universiti..tapi penulis sangat bertuah dapat baca buku2 yg dibeli abah..rasanya buku2 macam tu mmg hanya boleh ditempah dan tiada dijual di mana-mana kedai buku..banyak bagusnya buku2 yg abah beli tu, n banyak sangat perkara menarik yg penulis dapat drpd pembacaan buku2 milik abah tu..
dan sampai sekarang, penulis belum khatam lg membaca buku2 tersebut..dan setiap dua bulan, abah akan order sekurang-kurangnya satu buku baru..maka buku2 tu macam beranak pinak dalam rumah..hahaha..
jom ushar sebahagian drpd buku2 kepunyaan abah..


dah boleh buka mini library kot?
Thursday, September 3, 2009
03/09/09-13 ramadhan.
bangun pagi pukul 5.42, aiseh, betul2 dah waktu imsak! satu rumah takda yang bangun sahur, aku bangun tengok jam hp..terus g dapur minum seteguk air masak.. mengucap panjang sebab kami serumah tak sempat bersahur.. dan paling rugi adalah aku sendiri, yg berbuka dengan tanpa nasi petang semalam..tapi terpaksa redha jer..terima kenyataan bahawa hari ni berpuasa tanpa sahur..mata masih ngantuk..terus tido balik sampai kul 6.30pg..dan 6.30 pg tulah semua org baru sedar yg diorg terlepas untuk bersahur. kesian kami serumah. isk.isk
dan bila tak bersahur, perut pun lapar n rasa macam takda tenaga, hadir kelas jam 11 pg, dr salihin baba bg lecture melebihi sejam, semua org cam tepu dengan penerangan2 die, at last dia tanya faham ke tak, sume student diam membatu takda respon..kahkah! ingatkan aku seorang jer yg tepu, tp semua pun tepu tahap nak muntah, rupanya kami sepakat tak mahu faham slide2 terakhir dari dr salihin..hahaha..
sampai rumah jam 2 ptg, tak tido pada siang hari untuk hari ini, duk depan laptop baca blog puan chika, saja baca entry beliau yg dulu2, masa zaman dia masih comot. hahaha..tp beliau makin comel sekarang sebab bahagia dengan hubby dia..
pukul 5.30 ptg penulis terus masuk dapur sediakan juadah berbuka, memasak bersama hasni dan shida, penulis memasak dengan teruja sekali kerana tak sabar2 nak makan nasik dan lauk pauk, maklum jer, dah tiga hari berbuka dengan fast food. masak macam2, tapi sayangnya tak ambik pun gambar makanan yg dimasak pd petang ini, terus menyambar makanan sebaik saja tv mengumandangkan azan maghrib..baru 10 minit makan, perut rasa kenyang sesangat.. padahal, cuma makan nasi dgn tomyam campur, ikan goreng, sayur sawi+tomato goreng, budu, bebola2 yg direbus n keropok lekor. minum air kelapa yg hasni beli kat bazar ramadhan, dan penulis tambah sejenis lg air iaitu air milo ais buatan sendiri..
jam 7.30 penulis menonton naruto..best nyer naruto siri yg remaja. nape naruto ni best banget?
berazam taknak miss episod anime naruto siri remaja even penulis sentiasa mengikuti manga naruto..walaupun cerita dalam manga makin rumit, tapi mashashi kishimoto mmg best!
lepas solat maghrib n baca yasin, penulis sambung makan coklat cadbury..n makan potato crisps perisa hot n spicy..minum air masak secara bergelas-gelas. buka tv 1, ada rancangan forum perdana ehwal Islam..cakap pasal remaja, tapi penulis tak dengar sangat apa yg diceramahkan.
cuma yg pasti ahli panel tu cakap pasal sikap budak2 remaja zaman sekarang..antaranya bab merempit, bab cinta, bab ilmu dan byk2 lagi..teringat masa zaman skola rendah dulu, abah panggil semua anak2 dia suruh tengok forum perdana ehwal Islam..sampai tersengguk-sengguk kitorang adik beradik tahan ngantuk time dengar forum..haha, macam lucu untuk dikenang..hihi
sampai sini bebelan kali ini..jumpa lagi untuk entry esok..
part time abah..



kaktus

kacang bendi

cili hijau

kahwin campur..
orang kata.....
kalau pasangan berkahwin berlainan bangsa/ negara. atau 'mix'. maka:
1). genetik keturunan akan melahirkan anak-anak yang bijak pandai.
2). genetik keturunan akan melahirkan anak-anak yang cantik dan handsome.
sejauh mana kebenaran statements tersebut?
adakah mitos atau ianya kajian para saintis?
penulis tak ambik pengkhususan genetik, maka tak ada pengetahuan tentang ini secara mendalam. tapi, apa yg dilihat melalui pengalaman dan pembacaan, ianya boleh jadi benar.
bukti kebenaran statement no 1:
-sufiah yusof. genius matematik.mendapat tawaran ke university oxford ketika usia 13 tahun.
bukti kebenaran statement no 2:
-cantik ni subjektif, penulis mengkategorikan Maya Karin sebagai contoh anak kacukan yang cantik dr segi paras rupa. artis lain, catriona ross dan farahdhiya.
berdasarkan pengalaman yg paling dekat dgn penulis iaitu dalam keluarga penulis, adik kepada emak penulis berkahwin dengan gadis jepun dan mereka mempunyai sepasang cahaya mata yg kini berusia 9 tahun dan 8 tahun. semasa kecil, mereka sangat pantas mempelajari dan memahami sesuatu. tapi setelah 5 tahun tinggal di jepun, sepupu penulis ni mengalami masalah untuk bertutur dalam bahasa melayu.
penulis sendiri, macam adalah teringin jugak nak ikut jejak langkah pakcik. rasanya abah bg jer greenlight. bagus apa kawin campur, ibarat memasuki dunia yg baru dan asing. macam makcik yg bangsa jepun tu, banyak budaya melayu yg dia belajar selama 4 tahun duduk kat malaysia dulu. yg paling die suka, ikan keli masak lemak cili api.
tapi, ramai gak yg berpendapat kawin campur ni susah. susah sebab dunia tak sama. takut berakhir dengan perceraian, macam sasha saidin n sarimah ibrahim. tapi pada hakikatnya semuanya adalah bergantung kepada individu, bagaimana meng'handle' situasi yg dihadapi. kawin dengan sebangsa pun belum tentu perjalanannya adalah mudah, dan takda sesiapa boleh jamin tentang itu. so, buka pemikiran di luar kotak. jgn terus dibayangi mitos2 purbakala.