Posts

Showing posts from 2010

berkecil hati dengan hebatnya !!!

saya benar-benar berkecil hati. selagi saya tidak mendapat penjelasan kenapa saya tidak diberitahu tentang berita besar itu maka saya tidak mahu mengucapkan sebarang ucapan tahniah pun sempena perkahwinan beliau minggu lalu. saya tak faham kenapa semua orang anggap. Facebook kan ada?? macam mana saya boleh taktau?.. Facebook memang ada. masalahnya saya bukan mengadap Facebook setiap masa. mungkin Facebook menyebabkan kita hilang nilai sentimental terhadap sesetengah perkara. sebelum saya kawen. saya akan diactivate akaun Facebook.! saya benci Facebook. benci!!!! p/s:- notis seminggu untuk 'kamu' mintak maaf.

anak Nogori berehi makan cili api?

entry ini imbas balik, masa trip ke Negeri 9 weekend lalu. masa tu aku lunch kat small food court kat pantai Blue Lagoon. aku pesan nasi goreng cili api. yep! aku ni suka sangat makan pedas terutama cili api. boleh gigit-gigit cili api begitu sahaja makan dengan nasik. lagi-lagi kalau ada budu. nasik putih ngan ikan goreng pun jadi. tapi kalau tak ada cili api memang kurang berkesan untuk tambah nasik. haaa. penangan cili api. walaupun pedas tapi  puas.  that time aku makan, ada geng bebudak sekolah duduk bertiga sebelah kami. diorang order makan nasik putih lauk ayam masak merah. lepas tu diorang mintak cili api kat owner kedai. owner tu bagi sepiring kecil cili api yang dah dipotong kecil-kecil. kagum jap aku. aku tanya En.H, macam ni ke anak nogori makan nasik?.. siap ada cili api tu, phew!! kalau kat tempat aku (Johor ke KL ke). macam mustahil la nak nampak bebudak yang bersekolah lagi dah selamba je makan cili api dengan nasik begitu sahaja. adik aku sendiri pun tak suka pedas.

Trip to Seremban-Port Dickson-Blue Lagoon.

cuti-cuti Malaysia. memang rakyat kita benar-benar memanfaatkan cuti. kalau di Kuala Lumpur ni. kebanyakan warga kota hanya bercuti-cuti di mall. MidValley, Sunway Pyramid, Suria KLCC, 1 Utama, Times Square, The Mines, Sogo dan lain-lain dengan aktiviti kalau tak shopping mesti tengok wayang. lepas tu bila beli tiket wayang atau  nak bayar barang shopping sampai kena beratur hampir 40 minit.so, mulalah depress!.. nahhhh. maka sesekali. menghabiskan cuti hujung minggu harus ada kelainannya. tak perlu habis duit banyak untuk plan for trip. yang perlu kita ada cumalah seorang 'driver' merangkap 'teman jalan-jalan' dan mungkin 'pemandu pelancong'. Ops!.. janganlah pilih khidmat berbayar. pilihlah yang percuma. ia percuma bila dia adalah 'teman tapi mesra' yang berstatus 'single' malah suka berjalan macam saya... ^_^ 'B.e.r.k.a.w.a.n.B.i.a.r.B.e.r.i.b.u.-.r.i.b.u' memang trip ini trip untuk dua orang. tapi bukan acara dating sebab tak rom

K.A.R.M.A

Image
7 hari lagi.. bakal meninggalkan 2010. selamat tinggal segala tawa dan airmata sepanjang setahun lalu. untuk tahun 2011. aku masih disini. menulis di kamar catat ini. yang baca aku di kamar ini. yang seringkali baca aku dan walau apapun tanggapan dari apa yang anda baca dan mungkin jumpa dan kenali aku. sama ada betul dan salahnya. aku maafkan kalian dari hati kecil aku.  sepanjang hayat ini. aku selalu yakin bahawa hidup yang kita lalui tidak dapat lari dari KARMA. buat baik dibalas baik. buat jahat dibalas jahat. hari ni kau persendakan orang. esok lusa akan datang akan tiba waktunya. yang kau persendakan tu akan dapat kat kau. KARMA adalah pengajaran dalam hidup. supaya manusia ni walau macam  mana bagusnya. jangan suka bercakap besar.  contoh:-  1. seorang lelaki menyindir kawan dia. "weh bai! takkan kau jadi kawen dengan minah tu.?.. dia tu tua 10 tahun dari kau dowh... apahal teruk sangat taste kau ni. BHAHAHA!!" tak sampai setahun dari tempoh dia perlekehkan or

macam mana nak halau kau nih ????

aishhh. kau ni  tak sesudah. orang dah halau lagi mau datang jugak. berambus boleh?.. tolongla pergi dan sila pergi untuk selama-lamanya. please la. please! jangan ganggu hidup aku dan please mind ur own bussines!  aku penatla nak halau kau banyak kali. tak paham bahasa melayu nak aku cakap perancis ke apa. ini aku merayu sangat-sangat dengan rasa sesungguhnya merayu. plez go!..  aku cuma nak kau blah. sebab aku ada hidup yang masih panjang untuk aku teruskan. jangan stalk aku. dan jangan lagi datang blog aku nih. jangan stalk siapa famili aku. siapa kawan-kawan aku. ish, aku pelik kenapa kau macam banyak masa sangat boleh kenal siapa adik dan kakak aku segala.  ni last permintaan. tolong. tolong. tolongla pergi. PLEASE!!!

bila kali terakhir main basikal?

Image
serasa macam dah tak ingat macam mana nak main basikal. agak-agak masih hebat macam dulu ke tak?... huish. dah sekian lama meninggalkan dunia berbasikal (bajet atlet). padahal dulu-dulu. berbasikal adalah kenangan paling indah. indah sebab lelaki kesayangan saya di zaman dahulu sangat macho bila dia berbasikal. Oh! sungguh macho macam dia adalah paling macho ketika itu maka kalah lah semua lelaki lain dalam dunia ini. Hahaha!. dan pada ketika ini, beliau tetap macho. heh. bukankah beliau adalah kawan baik saya dari dahulu, kini dan akan datang. menjelang 2011.. nak masuk 13 tahun pun our friendship.. huaaa! oleh itu beliau tetap saya anggap paling macho sampai bila-bila.  *ini entry pasal apa sebenarnya Excuse Me!!!! hari-hari yang saya lalui, macam begitu pantas!.. tak terkejar walhal taktau apakah sebenarnya yang dikejarkan. dunia yang sementara. kenalan yang sementara. yes! ada sesetengah kenalan kita dalam hidup ni bersifat sementara. datang pergi sesuka hati. macam biskut. h

Bicara Tentang Lelaki.. Siri 1

lelaki Oh lelaki.. :p bukan nak cerita pasal 'lelaki kesayangan saya'. tapi kita cerita pasal lelaki secara random. mungkin lelaki ini dan lelaki itu. mungkin lelaki anda. mungkin anda? si lelaki. dan para lelaki sekalian.  lelaki. some of them. mentang-mentang anda lelaki. selalu buat hal sesuka suki. Im a man. so I boleh buat apa saja tapi You tak boleh. contoh, you are talking about be punctual on a date and always bubling yang perempuan leceh lambat siap bagai. but You are actually the worst bila janji dan berjanji. tapi hanya tahu berjanji. I think next time you have to write down all ur bloody stupid promises. and check them out. dari 18 janji. mungkin 1 saja yang tertunai.  lelaki. some of them. selalu bercerita dan berlagak macam bagus. macam bagus tapi padahal tak bagus pun. cerita macam  Oh! you are the best and you are the perfect one. suka perlekeh orang itu orang ini. macamlah you tak pernah tengok cermin dan cermin diri. orang lama kata apa, cakap tak serupa

untuk hari-hari terkemudian..

impian saya, saya mahu berjaya dan lebih berjaya. saya belum nampak lagi, apa saya akan jadi. I mean. kerjaya saya di masa depan. pengajian saya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang pekerjaan. bukan macam pengajian medic yang confirm akan jadi seorang doktor, bukan juga pengajian kejururawatan yang confirm akan berkhidmat sebagai jururawat. dan bukan juga pengajian alam perguruan yang confirm akan menjadi cikgu. saya dulunya hanya memilih pengajian secara semberono. Bioteknologi?. hurmm. saya main pilih saja, dan main belajar saja. saya tidak aim untuk after pengajian saya harus kerja bidang yang saya belajar. kerana pada akhirnya. saya rasa jiwa saya bukan dibidang ini. mungkin jiwa untuk belajar itu ada. sebab belajar bukanlah makan masa lama. macam pejam celik tup-tup dah habis. pasal kerjaya ni lain, satu perancangan untuk 'kerja dengan lama' tapi kalau jiwa tak ada dalam bidang ini? Oh! sungguh mintak maaf. dan seterusnya.. selain kerjaya. mungkin adalah soal berumahta

My Dear, sila cepat pulang...

" You buat apa tu?.. online ke? " " Aah. tapi bukan online YM... " " Habis tu?.." " I ada depan PC, tapi I buat benda lain...." " Takkan You buat assignment kot.. You dah habis blaja kan..? " " Takla. I tengah mengarang ni... I menulis.." " You tulis apa?..." " Adalahhh......" " Baik bagitau I, You tulis apa?.." " Hahaha. nanti bila-bila You taulahhh..." " Apa yang rahsia sangat?.. You tulis apa dear?.." " I tulis blog.... I tulis pasal You..." " Haaaaaa..?! " ---------------------------------------------------------------------------- p/s: nanti satu hari, I bagi You baca blog ni.. OK?.. You.. cepat-cepat pulang eh. =(

hidup Angah yang advanture..

my sister yang nurse ppum tu bercuti semester. dah 3 malam berkampung kat rumah sewa kami. hari ni sepatutnya dia balik kampung dnegan train. train jam 9 pagi. dia bercuti dalam 2 minggu. lebih kurang.  semalam aku belikan tiket train tu untuk dia. pagi ini aku mintak adik aku yang form 4 tu temankan dia balik. since adik aku yang form 4 dah biasa dengan KL Central. sebab dah 2 minggu kerja sementara kat sana.  jam 8 pagi they all masih terhegeh-hegeh bersiap-siap. 8.15 baru keluar rumah. aku dah membebel-bebel macam mak nenek. geram dengan budak berdua nih. lepas diorang keluar rumah, aku sambung tido. dah pesan dah, kalau ada apa-apa mesej ke call ke. tapi sebab aku tido mati. tak dengar pun call, tiba-tiba aku bangun balik kul 9.15 baca mesej bahwa adik aku ketinggalan train. OMG! dan tetiba dia kata dia dah beli tiket baru malam esok pukul 11 malam. terus darah aku naik sampai ke muka! aku terus call n tanya. macam mana boleh tertinggal train. diorg kata sebab tunggu bas lama

suasana di jalanraya KL yang SHIT!

Oh. SHIT! entry yang dimulakan dengan carutan. Ah. aku peduli apa..!  tak HOT pun. mood ok je sebenarnya. cuma kengkadang kesal sikit dengan ke'BullShit'an sebuah suasana yang memang aku rasa 10-20 tahun lagi pun tak akan pernah berubah.  bila fikirkan tentang kat mana aku nak hidup bila aku dah kawen nanti. agak 'pening' jugak. aku tak suka tinggal menetap di kampung. sebab bagi aku kampung adalah tempat untuk 'balik kampung' dan bukan tempat untuk menetap. sebab aku nak dalam life aku lepas kawen nanti aku dan suami dan anak-anak ada acara 'balik kampung' saban tahun. cuti-cuti raya, cuti-cuti sekolah. aku nakkan tradisi balik kampung ini terus ada. sebab balik kampung adalah indah. cuti-cuti dan kemudian balik kampung lawat emak abah. disamping dapat tengok pokok kelapa yang pelepah dia melambai-lambai. tengok ibu ayam bersama 10 ekor anak-anak ayam yang comel-comel. ok. itu adalah keindahan. untuk dapat moment indah yang sekali-sekala begitu, a

pilihlah yang pandai menjaga hatimu..

malam semalam ada sedikit episod sakit hati. sedang sakit hati dan sakit perut. terdetik untuk send mesej kepada beberapa orang. tengah malam sebenarnya. bukan mesej meminta simpati. tapi mesej berbentuk menguji. mari kita lihat siapa yang kena....! benar-benar tidak sangka, dalam pada 4. memang hanya cuma 1 yang masih punya hati. entah kenapa hati aku macam begitu tersentuh. air mata mengalir. sebenarnya terharu. He is truely my bestfriend. forever and ever.  tidur semalam dengan airmata. airmata terima kasih. mr.S, you are truely my bestfriend. even though we are far away, u'll always in my heart. 

kesinambungan..

banyaknya bermenung dua tiga empat hari ni. fikiran menerawang entah kemana-mana. perasaan yang serabut. makin termenung maka diri semakin sugul. nak menangis tapi tak ada airmata yang mengalir. makan dengan tak ada selera. makan sebab terpaksa makan sebab dikhuatiri pengsan. semua perkara dirasakan tidak menarik. sendiri tak faham. fenomena apakah yang melanda ini? kawan aku kata, aku dilanda penyakit 'angau'. dia kata penyakit ini tiada ubatnya. ~KahKah~ dulu, aku pernah sampai 'angau' dengan sebuah watak kartun dalam anime Naruto. watak siapa lagi kalau bukan watak Sasuke. aku suka sangat watak Sasuke. sebab dia cool. sebab dia menyakitkan hati. sebab dia tak layan perempuan yang gilakan dia. sebab dia berlagak macho. sebab dia macam bagus. ok.ok. sudahlah tu. p/s: mr.sasuke.. bila you nak tunaikan janji?

jangan dekat kerana kamu bakal tercedera

Image
~gambar hiasan~ salam Isnin, selamat menjalani hari-hari kerja. dari Isnin ke Jumaat tak rasa macam lama kalau kita penat bekerja. ok. saya berkeputusan bekerja pada minggu ini. Eceh. rupanya kerja part time macam aku ni boleh pilih nak kerja ke tidak.  itu cerita kerja part time. kalau ditanya tentang kerja tetap. aku masih belum ready. atau mungkin lambat lagi untuk ready. dan mungkin tak akan ready langsung. anggap saja masih awal untuk fikirkan tentang kerja tetap. masih awal. masih awal.  menjalani weekend lalu dengan terperuk di rumah selama 48 jam. hanya keluar rumah untuk jemur basuhan. apa yang berlaku di luar sana pada Sabtu dan Ahad sungguh tidak tahu. dengar kata ada gathering bloggers bowling?. oh ya! sudah berkeputusan pencen dari bergathering maka keraskan hati untuk buat-buat tidak tahu. kalau pun kita jumpa. (yang pastinya bukan beramai-ramai). tolong anggap aku bukan blogger. jangan tanya url blog atau berbual tentang dunia blog dengan aku. sudah tidak fun unt

azam baru sebagai penulis blog

hai blog, hai semua.. Ahad yang sejahtera. ketika mencoret disini. aku ditemani sebuah lagu jiwang karat. Dadali-Di Saat Aku Mencintaimu. asyik ulang dengar lagu ni puluh-puluh kali dalam seminggu ini. mood jiwang is On? belum pun tahun baru, tapi sudah ada azam. jangan kagum sangat. kerana azam ini bukanlah sebuah azam yang bagus untuk dicontohi. so dun ever follow this bloody stupid 'azam'. Haha! it may harm you..  bakal menulis sahaja:- aku semakin menganggap blog sebagai tempat aku membuat contengan/ catatan/ bebelan. aku tak rasa aku ada komitmen untuk membalas kunjungan bloggers lain. memang berbunyi arrogant di situ. tapi aku malas nak peduli sangat. aku baca blog yang mana aku nak baca. membaca dengan perasaan yang sungguh bebas. bukan komitmen. you all jangan percaya sangat dengan bloglist yang menyinari ruangan tepi blog ni. sebab itu mungkin sekadar bloglist yang mungkin aku baca dan mungkin tak. macam aku kata tadi. kebebasan mutlak di situ. menulis yang bai

izinkan hati ini gembira..

Image
apabila kita memang sukakan seseorang. kita tidak kisah jika terpaksa menunggu dengan lama. malah menunggu dengan lapar dahaga. hari ini aku kenyang hanya kerana aku dapat melihat kamu lagi. kita tidak perlu fikirkan kesudahannya. andai juga kamu cuma setakat teman biasa. aku tetap gembira..! p/s: macam gila bila sanggup tunggu seseorang sampai 8 jam tanpa makan dan minum. nasib baik dia datang. kalau tak mungkin bakal pengsan seorang diri.

status single:- jual mahal atau tak laku?

salam Rabu to all of you.. harap semua sihat-sihat dan ceria-ceria selalu, sambil-sambil melepak depan pc, sambil minum-minum kopi. sambil baca blog. errr, baca entry tau. jangan datang-datang cari shoutbox je. kang buang shoutbox tu kang...! :p somebody ask me. my current status rite now. tak. tak. beliau tak tanya. "apakah status anda sekarang?..". nope. bukanlah soalan dia berbunyi se-skema itu. tapi dia tanya. "dah ada steady boyfriend ke?...". lebih kurang macam tulah bunyi dia. atau something like.. "dah ada calon suami ke?.."..eh. soalan tetiba berbunyi mulia jika title boyfriend ditukar kepada calon suami . Hahaha! tidaklah aku menjawab. "Oh.Its Complicated..". padahal memang nak jawab seperti itu. ok. aku juga tak jawab dengan ayat begini " My boyfriend is on his way...". padahal memang berhasrat mahu menjawab sedemikian. baiklah. akhirnya menjawab dengan begini. " belum ada..../ tak ada lagi.) dan jawapan naif itu

food review:- Restoran Tasik Indah Shah Alam

Image
ini cerita Sabtu yang lalu. cerita makan-makan. lebih kurang pukul 8 malam, aku keluar dengan seorang kawan. beliau janji nak belanja makan. actually tak tau nak makan kat mana. aku ni kalau orang offer nak belanja makan, memang aku tak tolak. tapi syarat nak belanja makan. mestilah bukan makan kat tempat yang  aku pernah makan. bukan Kepsi, bukan Mekdi. aku tak demand pun sebenarnya. tapi bosanlah kalau makan benda yang kita biasa makan.  on that day, aku tak bawak pun kamera. tak tau plak kan kawan aku ni nak belanja kat tempat best. aku rasa memang tempat makan ni best. makanan dia best, suasana dia best. bab harga. paling best. tapi berbaloi-baloi. sebabkan aku pergi hari minggu, malam plak tu, memang penuh gak restoran ni. krew dia pun aku rasa macam tak cukup. lambat sket nak tunggu diorang ambik order. dan lepas order. dalam 25 minit gak tunggu order sampai. mungkin diorang perlu lebihkan staf untuk malam minggu. sebab customer memang ramai.  aku bukan kisah sangat bab tung

setahun ini... bakal tinggalkan kita.

Image
salam. moga sejahtera semua pembaca.. sudah Isnin semula. selamat bekerja dan selamat menjalani apa saja rutin anda pada hari ini. diam tak diam. dah berakhir pun tahun Hijrah kita. nak tutup dah buku amal untuk tahun ini. esok dah buka buku amalan baru pula. serius macam tak perasan begitu pantas masa berlalu. ya. setiap kali tahun baru memang akan cakap macam ini. ulang lagi. "begitu pantas masa berlalu..". anda pun ulang ayat ini juga kan? setahun ini bakal melabuhkan tirainya. mari kenang semula. apakah setahun ini lebih banyak kejayaan dari kegagalan. adakah lebih banyak manfaat dari yang sia-sia. adakah setahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya?.. walau apapun, setahun ini sudah mahu meninggalkan kita.  bersama lembaran baru dalam tahun Hijrah. petang ini sebelum maghrib jangan lupa baca doa akhir tahun. dan selepas maghrib, baca pula doa awal tahun. selamat datang tahun baru Hijrah. doa akhir tahun, baca sebelum maghrib. doa awal tahun, baca sele

cerita boring sang bujang vs berkahwin..

Image
dalam hidup, bukan hari-hari kita rasa semua perkara adalah menarik. ada masa memang boring. lalu terkeluarlah cerita boring sebegini. cerita hanya sekadar contengan. mungkin ya. mungkin tidak. mungkin kena. mungkin tak. layanzzz! kadang-kadang kan, yang ada paras rupa. yang dah ada kereta. dah ada rumah. yang dah pakej lebih dari mampu untuk mendirikan rumahtangga. mereka masih lagi sendiri. tak ada isteri. tak ada suami. tak ada boyfriend. tak ada girlfriend. setiap hari pergi kerja balik kerja. yang lelaki kalau boring-boring melepak kedai mamak. kalau ada game bola best gak. kalau tak. layan teh tarik sambil perfikir, "kalaulah aku ada bini..". kalau perempuan pulak, aktiviti layan drama. layan sinetron. paling advanture pun pegi berendam dalam tab mandi. dan kemudian berangan. "kalaulah aku ada laki..". lain pula ceritanya bagi yang dah berkahwin. ada suami, ada isteri. suami kerja, isteri pun kerja. isteri bangun tidur suami dah pergi kerja. isteri balik

cerita selepas 3 hari..

salam Jumaat. eh. dah Jumaat balik?.. macam baru saja merasai Jumaat baru-baru ini, alih-alih dah Jumaat semula. dan Jumaat kali ini. sudah Disember. sungguh pantas masa berlalu. macam. Bling.Bling!.. macam magic. macam. ah sudahlah tu! dah 3 hari tanpa cerita baru. 3 hari blog terbiar. 3 hari tak jenguk Nuffnang. ek eleh. asal jenguk blog je mesti jenguk Nuffnang. ek.eleh. korang pun sama kan?.. 3 hari tak update kenaikan B.E jadi sangat sedikit. tapi tetap ada 5 B.E yang masih running. terima kasih Nuffnang. mmuah.mmuah! sebenarnya tak update blog sebab tengah tumpukan perhatian untuk exam. haha!. memang mimpi nak pakai alasan macam ni. kahkah!.sebenarnya tak update sebab takde line internet. streamix nilah. janji punya janji punya janji. konon 3 hari selepas pasang telefon, tapi jadi 12 hari. haaaa. nasib baik hari ni mereka datang kasi setel problem. kalau tak. kalau tak. aku dah karang dah surat mengkritik streamix. nasib baik belum hantar ke Harian Metro.! rindunya nak pakai s

kedekut selalunya pakej dengan berlagak!

semakin kaya raya, semakin liat menderma. semakin besar rumah, semakin jarang terima tetamu.  itu hanya secebis frasa. tak suruh terasa. kata-kata dari blogger hingusan ni bukanlah boleh pakai sangat. ya. saya tak punya harta melimpah-limpah. manalah saya nak tau perasaan begitu menyayangi harta. yelah. penat-penat meeting sana sini. sain kontrak sana-sini. arahkan staf itu ini. Aishh. sain kontrak pun penat apa. lenguh kot jari-jemari. mana setanding dengan kerja seorang eksekutif bersengkang mata siapkan proposal projek. style orang ala karporat. meeting. meeting. meeting. out station. out station. out station. aktiviti paling advanture adalah main golf. (pengaruh tengok drama..realitinya taktau betul ke tak macam tu. ops! mana nak tau, saya tak penah bergaul dengan ahli karporat.) entry ini bukan ulasan kepada drama tv. bukan juga harapan kepada ahli karporat. anggap saja ini entry meracau. just nak cakap satu je. kalau satu hari nanti anda kaya raya. jangan kedekut dan berlag

review film:- NGANGKUNG (lakonan yang hebat + jalan cerita yang superb).

Image
hari Ahad yang lain dari biasa. pertama kalinya tengok wayang dan makan-makan di MV bersama dua gadis muda. (my younger sisters). walaupun poket kosong. tetap nak pergi berhibur. sebab ini mungkin kali terakhir berhibur sebelum menghadapi paper final exam. maka tauke kita pada hari ini adalah adik aku yang pelatih nurse PPUM itulah. beliau kan kaya dengan elaun-elaun. tengok wayang dia bayar, makan-makan pun dia bayar. harga tiket 12 ringgit seorang. darab 3 dah jadi 36 ringgit. campur total makan di the Warung untuk tiga orang adalah 41 ringgit. semuanya 77 ringgit. pejam mata sahaja duit melayang-layang. bukan magic! nak berhibur tanpa guna duit adalah mustahil. mustahil bagi aku. sebab bila sebut berhibur maknanya duit mesti  melayang. itu fakta. kalau duduk diam di rumah menghadap blog. aku tak terhibur. boring. tapi save duit. kesian adik aku. kena layan kakak dia yang suka berhibur. kelak bila dah kawen, kesian kat laki aku plak. kena layan bini dia yang kaki wayang. kaki sho

andainya nilai kejujuran manusia itu terpapar di dahi masing-masing..

kalau memang nilai jujur setiap manusia itu dapat dilihat di dahinya. pasti tak ada sesiapa pun berani berbohong, berdusta, mengadu domba. bayangkan nilai jujur kat dahi anda adalah negatif. bermakna anda memang tidak jujur. banyak auta. penipu besar.   semakin jujur berkata-kata. semakin tinggi nilai yang tertera di dahi anda. sebab kan nilai itu terletak di dahi. pada ketika anda bercakap benar dan jujur. pertambahan nilai itu tidak dapat anda lihat sendiri. tetapi mampu dilihat oleh orang lain. berkata bohong dan menyebar fitnah adalah keseronokan buat yang busuk hati. p/s: dan kalaulah hati yang busuk itu benar-benar boleh mengeluarkan bau. jauh sebatu engkau sudah aku hindari. 

Ops! saya bukan peminat siri Harry Potter..

Image
sebenarnya sejak zaman sekolah lagi. aku pelik kenapa ramai sangat yang gilakan novel Harry Potter. cerita sihir ke apa ntah. dan sejak ia difilemkan. makin menjadi-jadi pulak kegilaan orang ramai terhadap siri Harry Potter nih. sejak dari pelakon utamanya tu masih belum baligh sampai la sekarang dah boleh jadi bapak budak aku agak..sana sini orang cerita Harry Potter ni best. now dah sampai siri ke-7. hebat. hebat!. kalau kat oversea lak. time nak launch novel dia, orang boleh  get ready nak beratur untuk beli seawal mungkin, sebelum muncul matahari lagi kot. biso bonar. ni pic siri HP yang ke bape ntah. mana lah aku nak tau. Hahaha! Errr. mesti penulis novel ni begitu kaya raya kan?..  aku memang lewat start baca novel English. masa sekolah dulu memang aku tak baca langsung novel English. bahana asyik layan novel cinta keluaran Alaf 21. alah. jalan cerita yang tak berkembang-kembang. pusing-pusing balik-balik kawen kontrak mula-mula benci pastu suka. Lol. tapi bila aku dah ma

begitu ramai blogger-blogger hebat!

salam sejahtera kepada pembaca. yang bloggers mahupun bukan, yang tua dan yang muda, teman dekat dan teman jauh. tak lupa juga, exboyfriend-exboyfriend ku sekaliannya. wow!.. bila diimbas balik. ramai gak ex-ex rupanya. HaHaHa! pelik tak entry ini tetiba ada pendahuluan. ok. tak pelik tak apa. sebab hari ini hari paling sejahtera buat aku. genap 23 tahun bernafas di muka bumi ini. syukur ke hadrat Ilahi atas limpah rezeki. syukur atas redha kedua orang tua. redha suami belum lagi. InsyaAllah ulangtahun 24 nanti. (gurau je jangan amik serius). dan ucapan terima kasih kepada semua yang wish me seawal jam 12 malam tadi. lenguh jari reply wish kalian di Facebook. (haha bajet popular uwekk). dan cerita tentang tajuk, semalam. aku ada banyak masa mengunjungi blog rakan-rakan maya. kebanyakkannya yang pertama kali aku jejak blog mereka. sekarang ada mood sikit la nak jalan blog orang. ini pun semenjak web GengBlogger pulih dari gejala malware kejadah apa ntah tu. rupanya dah 3 bulan tak ma

pendapat seorang kawan pengkid, tentang ciri lelaki yang aku suka.

Image
bukan nak cerita pasal kawan pengkid. tak. tak. cuma nak cerita point-point yang diteka oleh dia, tentang macam mana orangnya, lelaki yang aku suka. mari lihat:- - kau mesti tak suka lelaki yang kurus kan?.. mesti nak lelaki tu tinggi. badan cam sedap-sedap sket.  - kau mesti tak suka lelaki pendiam kan?.. mesti nak lelaki tu banyak point boleh bercakap, boleh buat gelak, supaya kau tak boring. mesti kalau lelaki yang buat ko rasa bosan so cepat je kau nak blah. kan? antara ciri-ciri yang diteka oleh kawan pengkid aku. kehkehkeh. entah macam mana dia boleh keluarkan ciri-ciri ni aku pun taktau.. tapi kalau you all nak tau. memang tepatlah 2 ciri yang dia teka nih. and last dia cakap.. "boyfriend kau tengah on the way nak datang...." HAHAHAHA!

hati yang riang ria..

Image
buka mata hari ini. masih bisa menghembus nafas lagi. hati riang ria. kawan-kawan ceria. errr. aku tak suka berangan banyak. tapi gambar di atas memang satu angan-angan aku.  p/s: update blog dengan entry-entry yang semakin pendek. kamu tetap datang baca. TQ ya!

lets play.. the next game!

Image
kadang-kadang. aku rasa macam aku ini tak sekuat mana. lelah. ya. aku tak gagah. tiap kali episod hidup aku ini melibatkan manusia lain. aku banyak pasrah. mungkin aku tak bagus dalam memahami manusia. mungkin aku lebih sesuai menyendiri. aku selalu gagal. sudah acapkali, akhirnya aku kembali sendiri. macam main catur. sang Raja yang selalu kita nak jaga itulah yang selalu membuat kita dalam kesusahan. kita penat berjuang. kita kalah bila mana pada akhirnya sang Raja tetap ketemu jalan buntu. mati langkah. lalu gagal mengorak lagi. so next game. buah catur diatur kembali. dan kita mencuba lagi. dan lagi. p/s: bilakah waktunya.. akan pencen bermain catur?

perempuan gedik tergedik-gedik..

hey guys.. welcome back. dah habis cuti raya. dah puas makan ketupat, lemang, rendang ayam, serunding daging. now dah selamat sampai KL. dah start kerja esok. weeeehooooo! pulang kali ini membawa adik perempuan form 4 yang baru nak kenal KL. tak tau la dia akan stay kat rumah sewa ni sampai bila. rasanya rumah ini bakal sesak seperti sardin beberapa hari kemudian. bunyi-bunyi macam ada beberapa teman yang nak menumpang. mungkin hasrat adik aku nak stay lama tak kesampaian.  aku mungkin akan kerja sampai 24hb sahaja. lepas tu konon-konon nak fokus study. errmmm. baiklah. kembali pada tajuk. siapa tu perempuan gedik yang tergedik-gedik? JENGKEL. haha, tau tak baik. tapi tetap nak rasa Jengkel. Gelis. Nyampah. Uwekk. Muntah. HAHAHAH! biasanya kan. yang gedik dan suka menunjukkan kegedikan terlampau ni adalah perempuan-perempuan yang berkepit dengan foreigner.  dah selalu sangat aku nampak. mentang-mentang BuayaPren dia mat saleh. pastu dia sukalah nak tunjuk perangai mengada-ngada d