food review:- Restoran Tasik Indah Shah Alam




ini cerita Sabtu yang lalu. cerita makan-makan. lebih kurang pukul 8 malam, aku keluar dengan seorang kawan. beliau janji nak belanja makan. actually tak tau nak makan kat mana. aku ni kalau orang offer nak belanja makan, memang aku tak tolak. tapi syarat nak belanja makan. mestilah bukan makan kat tempat yang  aku pernah makan. bukan Kepsi, bukan Mekdi. aku tak demand pun sebenarnya. tapi bosanlah kalau makan benda yang kita biasa makan. 

on that day, aku tak bawak pun kamera. tak tau plak kan kawan aku ni nak belanja kat tempat best. aku rasa memang tempat makan ni best. makanan dia best, suasana dia best. bab harga. paling best. tapi berbaloi-baloi. sebabkan aku pergi hari minggu, malam plak tu, memang penuh gak restoran ni. krew dia pun aku rasa macam tak cukup. lambat sket nak tunggu diorang ambik order. dan lepas order. dalam 25 minit gak tunggu order sampai. mungkin diorang perlu lebihkan staf untuk malam minggu. sebab customer memang ramai. 

aku bukan kisah sangat bab tunggu pesanan ni. aku sendiri kerja dalam F&B sector. jadi aku tau, sebagai customer kena gak pupuk rasa sabar. mungkin krew diorang dah buat yang terbaik. memang nampak, masing-masing buat kerja laju je. tapi kita manusia bukan robot. sebab tu aku geram kalau ada customer yang tak sabar-sabar. padahal duduk baru 10 minit. kepala dah terjengah-jengah. muka dah masam. tak kira lagi yang songeh dia macam mak nenek. kalau kirakan nak cepat, semua orang pun nak cepat. semua orang pun kejar masa. dah kalau tak ada masa sangat nak tunggu, beli jela roti kat 7eleven ke. kan senang..!

berbalik kepada restoran ni. macam yang anda lihat dalam gambar. restoran ni macam duduk atas tasik. macam terapung. restoran pun luas. bila kita datang, krew diorang akan pilihkan seat untuk kita. kalau ramai dapatlah meja bulat yang besar tu, kalau berdua je dapatlah meja tepi. tapi itu pun depend gak. aku sendiri dapat makan kat meja bulat. sebab meja area tepi diorang tak sempat clear kan. okla tak apa. macam aku cakap tadi. tak kisah sangat. diorang pun bijak. kita duduk-duduk je, terus dia hidang sepiring kecil kacang dan ikan bilis goreng. serta segelas teh cina untuk seorang. kat situ. dah di cas 6 ringgit.

menu restoran ni sangat banyak!.. kebanyakannya memang menu makan hidang. maksudnya bukanlah sesuai nak carik char kuey teaw atau mee goreng mamak kat sini. menunya nasik putih dan hidangan lauk. kebanyakan lauk utama dia adalah ikan. semua meja pun aku tengok ada order ikan. bukan ikan yang kecik-kecik. ikan dia saiz besar. adalah lebar macam saiz keyboard laptop anda. bila kita makan hidangan macam ni, memang sangat sesuai makan dalam 4 orang dan keatas. sebab portion dia sebenarnya tak sesuai untuk dua orang. kalau makan dua orang patut order dua lauk je. kalau order 4 lauk memang tak habis makan.

malam tu aku makan banyak dan kenyang tersangat-sangat. order siakap stim, udang harimau, onion chicken, kailan belacan dan dua nasik putih. air jus tembikai dan jus honeydew. semua pun sedap-sedap belaka. nasik dia seringgit je sepinggan. jus buah pun tak mahal. standard la 3.80sen segelas. tapi lauk dia boleh tahan mahal. ikan siakap stim tu 48 ringgit. sayur kailan 13 ringgit. udang harimau 25 ringgit. ayam 18 ringgit, including service charge and tax 5ringgit. so total kesemuanya adalah dalam 125 ringgit. nasib baik orang belanja. walhal aku memang tak pernah makan dua orang dengan harga begini. Pheww! tapi macam aku cakap tadi. sebenarnya hidangan kami ni lagi sesuai untuk 4 orang makan. baru berbaloi.





macam aku cakap tadi. aku tak bawak kamera. jadi aku bagi link kat you all blog yang review pasal restoran ni yang ada gambar. gambar diatas kredit to Miss Rara Joe dengan bantuan enjin carian Google. oh ya. restoran ni pun ada website dia. bolehlah melawat http://www.tasikindah.com.my untuk maklumat lanjut. untuk reservation pun boleh. mana tau nak buat reunion ke, gathering bloggers ke. sesuai. sesuai. hehe!

oklah. setakat itu cerita food review cuti-cuti begini. penulis baru sudah makan nasik lemak. panas dan segar dari kitchen rumah kami. owh. housemateku bercuti hari ini. rajin pagi-pagi bangun pi pasar cari bahan nak buat nasik lemak untuk dimakan seisi keluarga. eceh. bunyi macam sudah berumahtangga. ah, sudahlah!

Comments

Izzat Aziz said…
aku ada terlintas gak nak menulis tentang tempat aku makan, tapi sampai sekarang tak berjaya.. tempat subang ni banyak gak tempat makan best walaupun benda sama je.

restoran atas tu cam best.. bleh try bila sempat..hehe
hans said…
bukan mahal ker tempat nih?
ke murah?
aku kurang pasti tapi pernah lalu sini

P/S : 5 Gaya Rambut Mengikut Zaman
Wah.. kalau makanan sedap,
harga pun sedap jugak. huhu ^^

Popular posts from this blog

Scan Baby Di Klinik Kesihatan

pengalaman naik bas 'lompat'..

hadiah harijadi drpd mr.S