Monday, November 15, 2021

A mom of three

 Assalamualaikum. hai.


Penulis masih menulis sebenarnya. ya Allah rindunya blog sendiri. apa kabar kawan2 yang masih membaca coretan di sini. dah hampir dua tahun menyepi sebab Covid19. Tahun kedua kita bersama pandemik ni. sangat mencabar sebenarnya. banyak perkara yang berlaku sepanjang lebih setahun ni. 

Status pun dah bertukar dari ibu anak dua kepada ibu anak tiga. banyak benda nak share untuk info sebab ada juga dapat komen-komen yang bertanya di post post lepas. InsyaAllah i will continue blogging sikit masa lagi. stay tune gais. 

Monday, February 25, 2019

hi 2019


Assalamualaikum readers. Ok baru perasan last year aku cuma update blog sekali je so cuma 1 post je sepanjang 2018 serius lah haha. semakin merudum mood menulis nampaknya tapi no lah aku sebenarnya membebel di medium lain. biarkan saja blog ini bersawang. Nuffnang pun tak naik naik haha frust lah. so kali ni just nak say Hi je. penulis masih hidup lagi and happy with my small family. 

My kids, they are growing so fast. sekejap je rasanya dua dua macam dah besar. Azzam nak masuk 2 tahun 6 bulan n Alisya pula setahun 3 bulan Mac ni. and Mac ni kena bawak diorang cek up kat Klinik Kesihatan. Alisya ada imunisasi. Azzam just cek perkembangan dia n timbang berat ukur tinggi. Alhamdulillah anak anak sihat dan cerdik. perkembangan diorang seiring dengan usia. 

ini update gambar terkini dua hari lepas kami berkelah kat Tanjung resang Mersing Johor. kalau u guys nak datang mersing and taktau nak berkelah kat mana boleh roger ai. nanti aku pecah rahsia port mana yang tenaang and takde orang. boleh masak and makan and mandi puas puas.




oklah itu sahaja. gambar penulis tak payahlah kan. sejak dah ada anak ni malas sungguh nak bergambar sendiri. handphone ada gambar anak-anak je. 

Wednesday, October 10, 2018

Kelahiran Anak Kedua (My 1st Baby Girl)

Assalamualaikum.

sumpah tak perasan dah setahun blog tak update. last update bulan 9 tahun lepas dan sekarang dah bulan 10 di tahun 2018. oh mai god. nampak tak dah jadi mak anak dua ni semenangnya super duper busy tersangat. banyak perkara terpaksa dilupakan termasuklah lupa bahawa saya seorang penulis blog. lamanya meninggalkan dunia blog ni mesti orang ingat blog ni sudah terkibur.

back to the topic. Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah Taala. anak kedua kami adalah anak perempuan yang sudah tentu sangat menyerikan kehidupan kami sekeluarga. yeaaa dah sepasang. dah bleh shopping baju gigirl dan boboy setiap kali rasa nak shopping.

cerita kelahiran anak kedua ni masih segar dalam ingatan. segalanya Allah permudahkan. sakit bersalin (contraction) pun aku tak rasa sangat sampai lah dah masuk LR and doktor pecahkan ketuban. masa masuk LR jalan dah buka 6cm. untuk makluman anak kedua juga dilahirkan di Hospital Sultanah Fatimah Muar Johor. sama dengan anak sulung.

anak perempuan kami dilahirkan pada jam 1.45 petang pada 24 Disember 2017 secara normal. sehari sebelum cuti Krismas. Alhamdulillah kali ini merasa juga bersalin tanpa induce dengan turun tanda darah pada pagi hari tersebut lebih kurang jam 8.00 pagi.

untuk persediaan kelahiran kali ni aku dah awal-awal pulang ke Muar and kami menunggu masa 7 hari juga untuk aku bersalin. jadi encik suami masa tu terpaksa lah cuti awal teman aku mak buyung ni hari2 duk ajak dia berjalan berjalan konon nak cepat bersalin. actually aku bersalin masa tu 39weeks 4days. baby girl seberat 3.6kg. memang anak-anak aku ni membesar dengan jaya nya dalam perut mak dia yang kuat makan masa mengandung. hehehe.

Siti Alisya nama diberi oleh encik suami. bagi nama yang mudah je senang nak sebut. nama dah simple pun panggilnya Isya je. hehe


Alhamdulillah Isya dah 9 bulan dan dah pandai berdiri sendiri. cepat jalan ye anak. 



easy baby sangat dari lahir tak meragam. senang dijaga cuma lately dia tak boleh tak nampak ibu dia. asalkan ibu ada kat depan mata elok je dia main. bila ibu pergi dapur ke pergi toilet ke setia ikut and menunggu urusan kita selesai. 

doakan semoga Siti Alisya membesar dengan sihat sejahtera dan menjadi anak yang solehah yang akan medoakan kedua ibu bapanya. Aaminn Ya Rabbal Alaminn.