Kenapa Menganggur Dipandang Hina
Mengimbau kisah dahulu. actually tahun 2015 la masa awal tahun. masa ni aku dah terima tawaran masuk government tapi surat panggilan belum sampai lagi. and kebetulan aku ada krisis sikit dekat tempat kerja lama yang memaksa aku untuk resign awal dan jadi penganggur untuk beberapa bulan. oleh sebab memang jenis tak suka duduk rumah, and tak nak susahkan mak kalau tau aku tak ada kerja, yelah sebab aku ada komitmen kereta, sewa bilik and so on. so aku still stay kat putrajaya duduk saja kerja berjalan je tapi bukan berbelanja lah. sikit-sikit simpanan aku habis. dari amaun lebih tiga ribu dalam bank, memang susut dan susut sebab menanggung diri aku yang menganggur time tu.
ok cerita nya baru nak mula, sebenarnya ini bukan kali pertama aku tanam anggur berbulan-bulan (2-3bulan) tapi kali ketiga. sebelum tu masa tahun 2011 lepas aku pindah dari UM. dan jugak 2013 lepas aku resign dari taska kat putrajaya. masa 2011 n 2013 still okay sebab aku ada buat kerja secara part time, walaupun dapat 500-600 je sebulan tapi still boleh survive sebab masa ni aku belum ada kereta.
tiga kali aku hadap episode menganggur ni aku masih jugak jenis tak duduk diam di rumah n suka berjalan. bila dah berjalan ni mesti kau akan jumpa macam-macam orang kan. bila jumpa orang je nak mulakan sembang tu mesti Tanya aku keje apa. aku buat apa. bila aku bagitau jujur aku tak kerja semua orang akan buat muka pelik dan terkejut. hah tak kerja? serius? habis makan apa? siapa bagi aku makan? siapa tanggung aku?.. aku tak kisah pun kalau cuma setakat tu bertanya. tapi ada jugak yang sampai sinis dengan reaksi. tak kerja ke teruknya. reaksi ni aku dapat dari agen insurans. siap buat muka jelik kat aku macam dipandang hina sangat. nak je aku respon balik. ye dosa ke aku tak kerja, aku tak mencuri pun. huh.
lewat tahun dulu bisnes online ni macam kurang sambutan lagi and tak mencanak sangat macam sekarang. jadi nak bagitau orang yang kau tak kerja and buat online bisnes tu memang rasa macam cerita dongeng lah. tapi memang aku takde bisnes online pun dulu. sekarang je ada. ye sekarang bila dah ada kerja tetap baru aku berjinak-jinak bisnes online. takdelah banyak nau income tu tapi kalau boleh topup 200-300 sebulan kira oklah kan siapa nak bagi? apa aku jual?.. next time aku update.
sebenarnya aku malas nak cerita panjang, tapi hidup ni macam tulah. orang mudah nak pandang hina kat kita. aku dah biasa dah hadap benda ni. dari time fasa menganggur, n sekalipun kau bekerja and kerja biasa macam kedai makan, kutip pinggan, basuh cawan, mop lantai,ajar budak mengaji sampailah dah masuk kerja kerajaan pun akan ada je orang perlekeh kau and banding begitu begini. aku dah masak sangat sampai dah alah bisa tegal biasa.
sebenarnya life ni sentiasa ada turun naik and setiap yang jadi tu ada je hikmah dia. kita jangan mudah nak pandang orang tak ada mata. sekalipun orang tu menganggur, mungkin simpanan dia berbukit dari kau yang bekerja dah bertahun-tahun. mungkin dia pun zero hutang siapa tau? semua orang diuji, tapi Allah nak tengok sejauh mana kita bersabar dengan ujian. nak cerita walaupun pernah hilang pekerjaan 2-3 bulan tapi rezeki Allah dah jamin sentiasa ada. walaupun bukan kerja tetap sikit sebanyak time menganggur tu jadi part time promoter sehari rm100, 3 hari dah rm300 pun boleh isi perut untuk makan sebulan. syukur.
dengan ekonomi sekarang yang serba mahal ni tipulah kalau nak kata tak pernah lalui episode sesak terdesak. pernah je tapi aku terus positif, yakin yakin yakin dengan rezeki Allah, aku tak mintak dengan manusia, Allah ada, Allah Maha Kaya, kalau bukan untuk aku, Allah sediakan untuk anak-anak rezekinya tak pernah putus. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. syukurlah selalu.
Comments